Malaysia legislation

Section 24

of AKTA JUALAN LANGSUNG DAN SKIM ANTI-PIRAMID 1993

Seksyen 24

(a)

perihal terperinci barang-barang atau perkhidmatan yang hendak dibekalkan atau, jika kontrak itu membuat peruntukan bagi penjalanan kerja yang jenisnya dinyatakan, butir-butir terperinci kerja itu;

(b)

terma kontrak bagi kontrak itu, termasuk jumlah balasan yang kena dibayar atau diberikan oleh pembeli, atau jika jumlah balasan tidak dapat dipastikan pada masa kontrak itu dibuat, cara jumlah itu akan dikira;

(c)

masa, tempat dan cara pembayaran hendak dibuat;

Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 25

(d)

masa dan tempat bagi penghantarserahan barang-barang atau bagi pelaksanaan perkhidmatan itu; dan

(e)

notis dalam bentuk yang ditetapkan yang memberitahu pembeli tentang haknya untuk menamatkan kontrak itu sebelum habis tempoh bertenang.

(2)

Kegagalan mematuhi subseksyen (1) hendaklah menjadikan kontrak itu batal.

Section 24 — AKTA JUALAN LANGSUNG DAN SKIM ANTI-PIRAMID 1993