Malaysia legislation

Section 2

of AKTA JUALAN LANGSUNG DAN SKIM ANTI-PIRAMID 1993

Seksyen 2

Akta 500

“barang-barang” ertinya tiap-tiap jenis harta alih selain hak dalam tindakan, surat cara boleh niaga, syer, debentur dan wang;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan;

*CATATAN—Akta ini tclah dimansuhkan oleh Akta Insuran 1996 [Akta 553]—lihat subseksyen 214(1) Akta 553.

Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 9

“elektronik” ertinya teknologi yang menggunakan elektrik, optik, magnetik, elektromagnetik, biometrik, photonik atau teknologi lain yang seumpama;

“harta” ertinya tiap-tiap perihalan harta alih atau harta tak alih, sama ada yang ketara atau tidak ketara dan termasuklah suatu kepentingan mengenai mana-mana harta alih atau harta tak alih itu, hak dalam tindakan, surat cara boleh niaga dan wang;

“iklan” termasuklah tiap-tiap bentuk pengiklanan (sama ada atau tidak disertakan dengan atau berkaitan dengan perkataan lisan atau bertulis atau tulisan atau bunyi lain dan sama ada atau tidak terkandung atau dikeluarkan dalam sesuatu penerbitan) melalui pempameran notis atau dengan menggunakan katalog, senarai harga, label, kad atau dokumen atau bahan lain atau melalui pertunjukan filem sinematograf atau gambar atau fotograf, atau dengan menggunakan radio atau televisyen, atau dengan apa-apa cara lain;

“jualan langsung” ertinya jualan dari pintu ke pintu, jualan pesanan pos atau jualan melalui transaksi elektronik mengikut pengertian Akta ini;

“jualan melalui transaksi elektronik” ertinya jualan barang-barang atau perkhidmatan secara elektronik dengan menggunakan rangkaian pemasaran bagi maksud untuk mendapatkan komisen, bonus atau apa-apa faedah ekonomi yang lain;

“jualan pesanan pos” ertinya jualan barang-barang atau perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang, sama ada sendiri atau melalui mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya, dengan menerima tawaran bagi kontrak jualan melalui pos atau apa-apa kaedah penghantaran yang lain termasuk secara elektronik;

“jualan pintu ke pintu” ertinya jualan barang-barang atau perkhidmatan yang dijalankan dengan cara yang berikut:

(a)

seseorang atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya—

(i)

pergi dari satu tempat ke satu tempat selain suatu tempat perniagaan yang tetap; atau

(ii)

membuat panggilan telefon,

10

Undang-Undang Malaysia

Akta 500

mencari orang yang bersedia untuk membuat kontrak sebagai pembeli bagi penjualan barang atau perkhidmatan; dan

(b)

orang yang mula-mula disebut itu atau mana-mana orang lain selepas itu atau kemudiannya membuat perundingan dengan bakal pembeli dengan tujuan mewujudkan kontrak itu;

“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna;

“pembeli” ertinya orang yang kepadanya barang-barang atau perkhidmatan dibekalkan atau akan dibekalkan di bawah sesuatu kontrak dan, jika hak orang itu berpindah melalui kuat kuasa undang-undang, termasuklah orang yang sekarang ini berhak kepada hak itu;

“Pengawal”, “Timbalan Pengawal” dan “Penolong Pengawal”

masing-masing ertinya Pengawal Jualan Langsung, Timbalan

Pengawal Jualan Langsung dan Penolong Pengawal Jualan Langsung yang dilantik di bawah seksyen 3;

“penjual” ertinya orang yang membekalkan atau bersetuju untuk membekalkan barang-barang atau perkhidmatan di bawah sesuatu kontrak dan, jika hak orang itu berpindah melalui kuat kuasa undang-undang, termasuklah orang yang sekarang ini berhak kepada hak itu;

“peraturan-peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“perkhidmatan” termasuklah apa-apa jenis hak atau faedah kecuali pembekalan barang-barang dan pelaksanaan kerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan, dan sebutan mengenai perkataan

“perkhidmatan” dalam Akta ini hendaklah berhubungan dengan jualan langsung dan skim piramid;

“tempat perniagaan tetap” ertinya—

(a)

berhubungan dengan penjualan barang-barang, tempat di mana penjual biasanya menjalankan perniagaan atau tempat di mana barang-barang daripada perihal yang

Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 11

dengannya jualan itu berhubungan, atau barang-barang yang serupa perihalnya, biasanya ditawarkan atau dipamerkan untuk jualan dalam perjalanan perniagaan yang dijalankan di tempat itu;

(b)

berhubungan dengan penjualan perkhidmatan, tempat di mana penjual menjalankan perniagaan;

“tempoh bertenang” ertinya tempoh sepuluh hari yang bermula pada hari selepas tarikh pembuatan sesuatu kontrak jualan langsung.

Pengawal, Timbalan Pengawal, dsb.

Section 2 — AKTA JUALAN LANGSUNG DAN SKIM ANTI-PIRAMID 1993