Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(2)
Pengawal hendaklah, tertakluk kepada arahan dan kawalan am Menteri, melaksanakan kewajipan yang dikenakan ke atasnya dan menjalankan hak dan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini dan peraturan-peraturan.
(3)
Timbalan Pengawal, Penolong Pengawal dan pegawai lain yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah berada di bawah arahan dan kawalan Pengawal.
(4)
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (5), seseorang Timbalan Pengawal boleh melaksanakan segala kewajipan yang dikenakan ke atas dan menjalankan segala hak dan kuasa yang diberikan kepada Pengawal di bawah
Akta ini.
(5)
Kewajipan yang hendak dilaksanakan dan hak dan kuasa yang hendak dijalankan oleh Pengawal di bawah seksyen 6, 8,
9, 10, 11, 13 dan 14 hendaklah dilaksanakan dan dijalankan oleh
Pengawal sendiri.
12
Undang-Undang Malaysia
Akta 500
(6)
Pengawal atau Timbalan Pengawal boleh melaksanakan segala kewajipan yang dikenakan ke atas dan menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Penolong Pengawal di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan.
(7)
Semua pegawai yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun
Keseksaan [Akta 574].