Malaysia legislation

Section 33

of AKTA JUALAN LANGSUNG DAN SKIM ANTI-PIRAMID 1993

Seksyen 33

Kuasa penyiasatan

(2)

Seseorang Penolong Pengawal yang menyiasat pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan boleh menjalankan segala kuasa atau mana-mana kuasa berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes kesalahan boleh tangkap yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah.

34

Undang-Undang Malaysia

Akta 500

Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes 33a. (1) Seseorang Penolong Pengawal yang membuat siasatan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan boleh, melalui perintah secara bertulis, menghendaki kehadiran di hadapannya mana-mana orang yang pada pendapat Penolong Pengawal itu mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian.

(2)

Jika mana-mana orang enggan untuk hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian, Penolong Pengawal itu boleh melaporkan keengganan itu kepada seorang Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1).

Pemeriksaan orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes 33b. (1) Seseorang Penolong Pengawal yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dikatakan mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu dan hendaklah mengubah ke dalam bentuk bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa sedemikian.

(2)

Orang yang diperiksa di bawah subseksyen (1) adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh Penolong Pengawal, tetapi orang itu boleh enggan untuk menjawab mana-mana soalan yang jawapannya berkecenderungan mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.

(3)

Seseorang yang membuat suatu pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat secara keseluruhannya atau sebahagiannya dalam menjawab soalan itu.

(4)

Penolong Pengawal yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).

Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 35

(5)

Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, apabila mungkin, diubahkan ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dilekatkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas—

(a)

pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa dia membuatnya; dan

(b)

dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.

Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan 33c. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada seorang Penolong Pengawal dalam perjalanan suatu penyiasatan yang dibuat di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan boleh digunakan sebagai keterangan.

(2)

Apabila mana-mana saksi dipanggil bagi pihak pendakwaan atau pembelaan, selain tertuduh, mahkamah hendaklah, atas permintaan tertuduh atau pendakwa, merujuk kepada mana-mana pernyataan yang dibuat oleh saksi itu kepada Penolong

Pengawal dalam perjalanan penyiasatan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan dan boleh kemudiannya, jika difikirkan patut oleh mahkamah demi kepentingan keadilan, mengarahkan supaya tertuduh diberi suatu salinan pernyataan itu dan pernyataan itu boleh digunakan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu mengikut cara yang diperuntukkan oleh Akta Keterangan 1950

[Akta 56].

(3)

Jika tertuduh telah membuat suatu pernyataan semasa perjalanan suatu penyiasatan, pernyataan itu boleh diterima sebagai keterangan untuk menyokong pembelaannya semasa perjalanan perbicaraan.

(4)

Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan terpakai bagi apa-apa pernyataan yang dibuat dalam perjalanan perbarisan cam atau yang diliputi oleh seksyen 27 atau perenggan 32(1)(a),

(i)

dan (j) Akta Keterangan 1950.

36

Undang-Undang Malaysia

Akta 500

(5)

Apabila mana-mana orang dipertuduh atas mana-mana kesalahan yang berhubungan dengan—

(a)

pembuatan; atau

(b)

kandungan, apa-apa pernyataan yang dibuat olehnya kepada seorang Penolong

Pengawal dalam perjalanan suatu penyiasatan yang dibuat di bawah

Akta ini atau peraturan-peraturan, pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam kes pihak pendakwaan.

Pendakwaan

*34. Tiada pendakwaan bagi atau berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis

Pendakwa Raya.

Pelucuthakan harta, dsb.

Section 33 — AKTA JUALAN LANGSUNG DAN SKIM ANTI-PIRAMID 1993