Malaysia legislation

Section 35

of AKTA JUALAN LANGSUNG DAN SKIM ANTI-PIRAMID 1993

Seksyen 35

(2)

Suatu perintah bagi pelucuthakan atau bagi pelepasan apa-apa harta, dokumen atau data berkomputer yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah

Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengan harta, dokumen atau data berkomputer itu telah diadakan dan suatu perintah bagi pelucuthakan harta, dokumen atau data berkomputer itu hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa harta, dokumen atau data berkomputer itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

*CATATAN—lihat subseksyen 22(2) Akta Jualan Langsung (Pindaan) 2010 [Akta A1379].

Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 37

(3)

Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa harta, dokumen atau data berkomputer yang telah disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, harta, dokumen atau data berkomputer itu hendaklah diambil dan disifatkan telah dilucuthakkan apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis kepada orang yang daripadanya harta, dokumen atau data berkomputer itu disita yang menunjukkan bahawa tidak ada pendakwaan dibuat berkenaan dengan harta, dokumen atau data berkomputer itu, melainkan jika suatu tuntutan terhadapnya dibuat sebelum tarikh itu mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5) dan (6).

(4)

Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya harta, dokumen atau data berkomputer yang disebutkan dalam subseksyen (3) dan bahawa harta, dokumen atau data berkomputer itu bukanlah harta, dokumen atau data berkomputer yang boleh dilucuthakkan boleh memberikan notis bertulis secara sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis kepada seseorang Penolong Pengawal bahawa dia menuntut harta, dokumen atau data berkomputer itu.

(5)

Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (4) diterima,

Penolong Pengawal hendaklah merujukkan notis itu kepada

Pengawal atau Timbalan Pengawal, yang boleh, selepas apa-apa siasatan yang perlu, mengarahkan supaya harta, dokumen atau data berkomputer itu dilepaskan atau dilucuthakkan atau merujukkan perkara itu kepada Majistret bagi mendapatkan keputusannya.

(6)

Majistret yang kepadanya sesuatu perkara dirujukkan di bawah subseksyen (5) hendaklah mengeluarkan saman menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya harta, dokumen atau data berkomputer itu dan orang yang daripadanya harta, dokumen atau data berkomputer itu disita supaya hadir di hadapan

Majistret itu, dan apabila mereka hadir atau jika mereka ingkar hadir, setelah dibuktikan penyampaian wajar saman itu, Majistret itu hendaklah terus memeriksa perkara itu dan apabila terbukti bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa harta, dokumen atau data berkomputer itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu hendaklah memerintahkan supaya harta, dokumen atau data berkomputer itu dilucuthakkan dan jika tidak terbukti sedemikian hendaklah memerintahkan supaya harta, dokumen atau data berkomputer itu dilepaskan.

38

Undang-Undang Malaysia

Akta 500

(7)

Segala benda yang terlucut hak atau yang disifatkan telah terlucut hak hendaklah diserahkan kepada Penolong

Pengawal dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan

Pengawal.

(8)

Jika apa-apa barang-barang yang disita pada menjalankan kuasa yang diberikan di bawah Akta ini adalah daripada jenis yang mudah musnah atau jika penjagaan barang-barang itu melibatkan belanja dan kesusahan yang tidak munasabah, barang-barang itu boleh dijual pada bila-bila masa dan hasil jualan itu dipegang sementara menanti keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan di bawah seksyen ini.

Tiada kos atau ganti rugi boleh didapati berbangkit daripada penyitaan

Section 35 — AKTA JUALAN LANGSUNG DAN SKIM ANTI-PIRAMID 1993