Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
Tiada seorang pun, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa harta, dokumen atau data berkomputer yang disita pada menjalankan atau berupa sebagai menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau, tertakluk kepada seksyen 35, mendapat apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu telah dibuat tanpa sebab yang munasabah atau barangkali.
Kos memegang harta, dsb., yang disita 36a. Jika apa-apa harta, dokumen atau data berkomputer yang disita dalam menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan Kerajaan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah
Akta ini atau peraturan-peraturan, kos bagi memegang harta, dokumen atau data berkomputer itu dalam jagaan itu hendaklah, sekiranya mana-mana orang didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan, menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan oleh orang itu dan hendaklah didapatkan dengan sewajarnya.
PELBAGAI
Terma kontrak tertentu dilarang