Malaysia legislation
Section 43
Seksyen 43
Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan di mana-mana mahkamah terhadap Pengawal,
Timbalan Pengawal, Penolong Pengawal atau mana-mana pegawai lain yang dilantik sewajarnya di bawah Akta ini bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa tindakan yang diperintahkan atau dibuat bagi maksud menguatkuasakan Akta ini dan peraturan-peraturan, dan tiada guaman atau pendakwaan boleh dibawa di mana-mana mahkamah terhadap mana-mana orang lain bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa tindakan yang dibuat atau berupa sebagai dibuat olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan Pengawal, Timbalan Pengawal, Penolong
Pengawal atau mana-mana pegawai lain yang dilantik di bawah
Akta ini jika perbuatan itu dibuat dengan suci hati dan dengan kepercayaan munasabah bahawa tindakan itu perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai olehnya.
Perlindungan kepada pemberi maklumat 43a. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada saksi dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah boleh dikehendaki atau dibenarkan untuk menzahirkan nama atau alamat mana-mana pemberi maklumat atau isi maklumat dan jenis maklumat yang diterima daripadanya atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin menyebabkan pemberi maklumat diketahui.
(2)
Jika apa-apa harta, dokumen atau data berkomputer yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin menyebabkan pemberi maklumat diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan supaya semua catatan sedemikian ditutup daripada penglihatan atau dipadamkan setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat daripada diketahui.
(3)
Jika dalam suatu perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan, mahkamah selepas menjalankan siasatan penuh tentang kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan material yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilakukan sepenuhnya antara pihak-pihak kepada prosiding itu tanpa mengetahui pemberi maklumat, mahkamah boleh menghendaki pengemukaan aduan asal, jika dalam bentuk bertulis, dan membenarkan siasatan dan menghendaki penzahiran yang sepenuhnya berkenaan dengan pemberi maklumat.
Peraturan-peraturan