Malaysia legislation
Section 44
Seksyen 44
Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 43
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1) peraturan-peraturan boleh dibuat—
(a)
untuk mengawal selia pengeluaran, pengelilingan atau pengedaran dokumen, sama ada iklan, prospektus, pekeliling atau notis, yang mengandungi—
(i)
pelawaan kepada mana-mana orang untuk menjadi peserta dalam skim jualan langsung; atau 44
Undang-Undang Malaysia
Akta 500
(ii)
maklumat yang direncanakan untuk mendorong, sama ada secara langsung atau tidak langsung, mana-mana orang untuk menjadi peserta dalam skim sedemikian, atau untuk melarang mana-mana dokumen sedemikian daripada dikeluarkan, dikelilingkan atau diedarkan melainkan jika dokumen itu mematuhi kehendak tentang perkara yang hendak dimasukkan atau tidak dimasukkan ke dalam dokumen itu sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan;
(b)
melarang penjual atau mana-mana penjual, atau mana-mana peserta, dalam skim jualan langsung, daripada—
(i)
membekalkan apa-apa barang-barang kepada seseorang peserta dalam skim itu;
(ii)
membekalkan apa-apa kemudahan latihan atau perkhidmatan lain bagi peserta sedemikian;
(iii)
memberikan apa-apa barang-barang atau perkhidmatan di bawah sesuatu transaksi yang dibuat oleh peserta sedemikian;
(iv)
sebagai suatu pihak kepada apa-apa perkiraan yang di bawahnya barang-barang atau perkhidmatan dibekalkan atau diberikan seperti yang tersebut dalam subperenggan (i), (ii) atau
(iii)
; atau
(v)
menerima daripada mana-mana peserta sedemikian apa-apa bayaran, atau apa-apa aku janji untuk membuat pembayaran berkenaan dengan apa-apa barang-barang atau perkhidmatan yang dibekalkan atau diberikan seperti yang tersebut dalam subperenggan (i), (ii), (iii) atau (iv) atau berkenaan dengan apa-apa barang-barang atau perkhidmatan yang akan dibekalkan atau diberikan sedemikian, melainkan jika (dalam mana-mana hal sedemikian) kehendak sebagaimana yang ditetapkan dipatuhi;
Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 45
(c)
melarang peruntukan atau golongan peruntukan tertentu daripada dimasukkan ke dalam sesuatu kontrak yang baginya Akta ini terpakai;
(d)
mengawal selia segala perkara yang berhubungan dengan skim jualan langsung dan penjalanan jualan langsung;
(e)
menetapkan tatalaku bagi penjual atau peserta yang ada kaitan dengan sesuatu skim jualan langsung;
(f)
menetapkan kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang boleh dikompaun, amaun kompaun itu dan tatacara yang hendaklah diikuti dalam mengkompaunkan kesalahan; dan
(g)
menetapkan apa-apa jua yang boleh atau dikehendaki ditetapkan.
(3)
Kuasa yang diberikan kepada Menteri di bawah seksyen ini boleh dijalankan untuk—
(a)
membuat pelanggaran mana-mana peruntukan peraturan-peraturan menjadi suatu kesalahan;
(b)
mengadakan peruntukan yang berlainan—
(i)
berhubungan dengan perihal atau golongan skim jualan langsung yang berlainan yang baginya Akta ini terpakai;
(ii)
berhubungan dengan skim jualan langsung yang beroperasi atau pernah beroperasi pada tarikh yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan; atau
(iii)
berhubungan dengan perihal atau golongan peserta yang berlainan dalam skim sedemikian.
(4)
Bagi maksud seksyen ini, “peserta” ertinya orang yang mengambil bahagian dalam skim jualan langsung dan termasuklah pengedar, wakil jualan, ejen, peraih dan pembeli.
Pindaan Jadual