Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Pembatalan lesen
(a)
pemegang lesen itu telah gagal mematuhi apa-apa obligasi yang dikenakan ke atasnya oleh atau di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan;
(b)
pemegang lesen itu telah melanggar apa-apa syarat yang dikenakan di bawah lesen itu, atau apa-apa peruntukan lain lesen itu, atau apa-apa peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan, tanpa mengira bahawa tidak ada pendakwaan bagi kesalahan berkenaan dengan pelanggaran itu;
(c)
pemegang lesen atau mana-mana orang yang menjadi atau akan menjadi pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa itu yang lain dalam pemegang lesen itu telah, sama ada berkaitan dengan permohonan bagi mendapatkan lesen, atau pada bila-bila masa selepas pemberian lesen itu, memberikan maklumat yang palsu,mengelirukan atau tidak tepat kepada Pengawal;
(d)
kepentingan orang yang berurusan dengan pemegang lesen atau kepentingan pembelinya terancam dengan apa-apa cara, sama ada dengan cara pemegang lesen itu menjalankan atau bercadang hendak menjalankan perniagaannya atau kerana apa-apa sebab lain;
16
Undang-Undang Malaysia
Akta 500
(e)
pemegang lesen telah berhenti menjalankan mana-mana satu atau lebih bidang perniagaan yang baginya ia dilesenkan;
(f)
suatu kompromi atau perkiraan dengan pemiutang telah dibuat berkenaan dengan pemegang lesen itu;
(g)
seorang penerima atau pengurus perniagaan pemegang lesen itu telah dilantik; atau
(h)
milikan telah diambil, oleh atau bagi pihak pemegang mana-mana debentur yang bercagarkan gadaian, akan mana-mana harta pemegang lesen itu yang terkandung dalam atau tertakluk kepada gadaian itu.
(2)
Pengawal hendaklah membatalkan sesuatu lesen yang diberikan kepada pemegang lesen di bawah seksyen 6 jika dia berpuas hati bahawa—
(a)
suatu perintah penggulungan telah dibuat terhadap pemegang lesen itu; atau
(b)
suatu resolusi bagi penggulungan sukarela pemegang lesen itu telah diluluskan.
Pengenaan had sebagai ganti pembatalan lesen