Malaysia legislation

Section 9

of AKTA JUALAN LANGSUNG DAN SKIM ANTI-PIRAMID 1993

Seksyen 9

(a)

mengenakan apa-apa batasan ke atas jangka masa lesen itu sebagaimana yang difikirkannya patut;

(b)

mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya wajar atau suai manfaat bagi melindungi pembeli atau bakal pembeli atau orang lain yang berurusan dengan pemegang lesen itu; atau

(c)

mengenakan kedua-dua batasan dan syarat itu.

(2)

Sesuatu batasan ke atas jangka masa sesuatu lesen tidak boleh sedemikian rupa sehingga membenarkan lesen itu terus berkuat kuasa selama suatu tempoh lebih lama daripada satu

Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 17

tahun dari tarikh batasan itu dikenakan; dan batasan itu boleh khususnya dikenakan dalam sesuatu hal apabila Pengawal berpendapat bahawa pemegang lesen patut dibenarkan membayar pembelinya atau orang lain yang berurusan dengannya dengan cara yang teratur.

(3)

Syarat yang dikenakan di bawah seksyen ini boleh, khususnya—

(a)

menghendaki pemegang lesen mengambil langkah tertentu atau tidak menggunakan atau meneruskan sesuatu bentuk tindakan atau mengehadkan skop perniagaannya mengikut sesuatu cara tertentu; atau

(b)

melarang pemegang lesen membuat apa-apa transaksi atau golongan transaksi, atau membenarkannya membuat transaksi sedemikian tertakluk kepada apa-apa had atau syarat sebagaimana yang dinyatakan.

(4)

Apa-apa syarat yang dikenakan di bawah seksyen ini boleh diubah atau dibatalkan oleh Pengawal dan apa-apa batasan yang dikenakan di bawah seksyen ini ke atas jangka masa lesen boleh diubah tetapi tidak sehingga membenarkan lesen itu terus berkuat kuasa selama tempoh lebih lama daripada tempoh yang diperuntukkan dalam subseksyen (2).

(5)

Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan di bawah seksyen ini hendaklah menjadi alasan bagi pembatalan lesen tetapi tidak menidaksahkan apa-apa transaksi.

Kuasa untuk mengenakan syarat baru dan untuk mengubah atau membatalkan syarat

Section 9 — AKTA JUALAN LANGSUNG DAN SKIM ANTI-PIRAMID 1993