Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain–
“alat pengangkutan” ertinya apa-apa perekaan yang boleh bergerak atau digerakkan atau mengangkut bahan;
“barang” termasuklah binatang, burung, ikan, tumbuhan dan segala jenis harta alih;
“bijih timah padat” ertinya apa-apa agregat galian yang mengandungi lebih daripada 4 peratus timah logam;
“kuota” ertinya kuantiti bijih timah padat yang seseorang pengeluar dibenarkan untuk mengeluarkan dan menghantar serah atau mengeluarkan dan mengeksport mengikut perakuan pengeluaran; dan berhubungan dengan urus niaga mengikut kuota ertinya apa-apa
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 362
amaun atau amaun-amaun kuota selain pengeluaran yang dianggarkan bagi seseorang pengeluar atau pengeluar-pengeluar;
“perakuan pengeluaran” ertinya suatu perakuan yang dikeluarkan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang membenarkan seseorang pengeluar mengeluarkan dan menghantar serah atau mengeluarkan dan mengeksport suatu kuantiti tertentu bijih timah padat dalam suatu tempoh tertentu;
“Perjanjian” ertinya Perjanjian Timah Antarabangsa 1953 dan termasuklah mana-mana Perjanjian yang menggantikannya;
“stok penimbal” ertinya stok penimbal yang ditubuhkan di bawah