/akn/my/act/act/1954/362
*AKTA KAWALAN TIMAH 1954
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
- Type
- Act
- Status
- In force
- Enacted
- 1954
- Sections
- 5
- Languages
- EN · MS
Quick answer
About this act
*AKTA KAWALAN TIMAH 1954 is Malaysia Act, cited as Act 362 1954, currently marked in force and first recorded in 1954.
Opening note
Preamble
- Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai pengawalan dan pengawalseliaan pengeluaran, pemilikan, penjualan, pembelian, pemindahan, penghantar serahan dan pengeksportan timah dan bijih timah padat bagi maksud melaksanakan di Malaysia, Perjanjian Timah Antarabangsa 1953 dan bagi maksud yang berdampingan dengannya. [1 Julai 1956] Tajuk ringkas dan pemakaian
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain–
“alat pengangkutan” ertinya apa-apa perekaan yang boleh bergerak atau digerakkan atau mengangkut bahan;
“barang” termasuklah binatang, burung, ikan, tumbuhan dan segala jenis harta alih;
“bijih timah padat” ertinya apa-apa agregat galian yang mengandungi lebih daripada 4 peratus timah logam;
“kuota” ertinya kuantiti bijih timah padat yang seseorang pengeluar dibenarkan untuk mengeluarkan dan menghantar serah atau mengeluarkan dan mengeksport mengikut perakuan pengeluaran; dan berhubungan dengan urus niaga mengikut kuota ertinya apa-apa
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 362
amaun atau amaun-amaun kuota selain pengeluaran yang dianggarkan bagi seseorang pengeluar atau pengeluar-pengeluar;
“perakuan pengeluaran” ertinya suatu perakuan yang dikeluarkan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang membenarkan seseorang pengeluar mengeluarkan dan menghantar serah atau mengeluarkan dan mengeksport suatu kuantiti tertentu bijih timah padat dalam suatu tempoh tertentu;
“Perjanjian” ertinya Perjanjian Timah Antarabangsa 1953 dan termasuklah mana-mana Perjanjian yang menggantikannya;
“stok penimbal” ertinya stok penimbal yang ditubuhkan di bawah
Bahagian VIII
Bahagian VIII Perjanjian;
“subpajakan perlombongan” ertinya suatu subpajakan, sama ada didaftarkan atau tidak, bagi tanah perlombongan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan termasuklah suatu subsubpajakan dan subpajakan lanjutan tidak b...
Seksyen 3
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen yang terdahulu, peraturan-peraturan itu boleh─
(a)
membuat peruntukan mengenai pelantikan pegawai-pegawai dan orang lain untuk menjalankan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini dan menetapkan kuasa dan tugas pegawai itu;
(b)
walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam atau di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593],
Akta Keterangan 1950 [Akta 56] atau mana-mana undang-undang bertulis lain, membuat peruntukan mengenai kuasa menggeledah, menyita, menangkap, menegak sekatan di tempat awam, menyiasat, dan memeriksa orang
(termasuk mengambil pernyataan dan meminta maklumat daripada orang itu), dan selanjutnya membuat peruntukan mengenai jagaan, pelucuthakan atau pelepasan apa-apa jua yang disita di bawah peraturan-peraturan itu, pembuatan anggapan, kebolehterimaan fakta dan dokumen dalam prosiding mahkamah dan perkara yang berhubung dengan pemberi maklumat;
(c)
membuat peruntukan mengenai penubuhan apa-apa jawatankuasa yang mungkin dikehendaki bagi menjalankan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini dan menetapkan kuasa dan tugas jawatankuasa itu;
(e)
menetapkan, berhubungan dengan jumlah kuantiti timah dan bijih timah padat yang boleh dieksport dari Malaysia di bawah Perjanjian, peratusan yang boleh dikeluarkan oleh golongan pengeluar yang berlainan;
(f)
membuat peruntukan mengenai pengeluaran perakuan pengeluaran dan menetapkan orang dan golongan orang yang kepadanya perakuan itu boleh dikeluarkan;
(g)
menetapkan amaun stok bijih timah padat yang boleh dimiliki oleh pengeluar dan peniaga bijih timah padat;
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 362
(h)
menetapkan syarat yang di bawahnya perakuan pengeluaran boleh dimiliki dan digunakan bersama oleh kumpulan pengeluar;
(i)
membuat peruntukan mengenai penubuhan tabung bersama untuk mempermudahkan urus niaga mengikut kuota dan menetapkan syarat yang di bawahnya kuota boleh dipindahkan kepada dan daripada tabung bersama itu dan cara bagaimana harga kuota itu hendak ditentukan bagi maksud pembelian dan penjualan daripada atau kepada tabung bersama itu jika penjualan dan pembelian itu dibenarkan;
(k)
mengawal selia pengeksportan timah dan bijih timah padat dan menetapkan syarat yang di bawahnya dan tempat yang darinya, timah dan bijih timah padat boleh dieksport;
(l)
melarang atau menyekat penggunaan apa-apa hak untuk membatalkan subpajakan perlombongan kerana perlanggaran syarat tertentu yang berbangkit secara langsung daripada mula berkuat kuasanya mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini;
(m)
menetapkan orang atau golongan orang yang kena mencarum kepada stok penimbal dan jenis, amaun dan kadar caruman, dan kaedah memungutnya;
(n)
menetapkan hal keadaan di mana pinjaman boleh diberi berkenaan dengan caruman kepada stok penimbal dan jaminan bagi dan kaedah pembayaran balik pinjaman itu;
(o)
menetapkan cara di mana hasil penyelesaian stok penimbal mengikut bahagian XI Perjanjian boleh dibahagikan;
(p)
menetapkan fi yang kena dicaj bagi apa-apa jua yang kena dilakukan di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini;
Kawalan Timah 9
(q)
membuat peruntukan mengenai perlucuthakan timah dan bijih timah padat yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan di bawah mana-mana peraturan di bawah seksyen ini dan apa-apa alat pengangkutan dan barang yang digunakan dalam perlakuan kesalahan itu;
(r)
mengenakan penalti (yang mungkin sebagai tambahan kepada apa-apa perlucuthakan) kerana melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini, dengan syarat bahawa tiada penalti boleh melebihi denda lima puluh ribu ringgit atau sepuluh kali ganda nilai timah atau bijih timah padat, mengikut mana yang lebih besar dan apa-apa tempoh pemenjaraan tidak melebihi dua tahun.
(3)
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh selepas ia dibuat, dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat dan jika, pada mesyuarat berikut Dewan Rakyat, selepas apa-apa peraturan dibentangkan di hadapannya, suatu ketetapan diluluskan yang mengungkai peraturan itu atau mana-mana bahagiannya, seluruh peraturan itu hendaklah mulai dari ketika itu menjadi tidak sah tetapi tanpa menjejaskan kesahan apa-apa jua yang dahulunya dibuat di bawahnya.
(4)
Mana-mana peraturan itu, melainkan jika diungkaikan sedemikian, hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan yang sama seolah-olah ia diperbuat di bawah Akta ini.
Hadiah
Seksyen 4
Kawalan Timah 7
Ketua Pengarah Kastam dan Eksais boleh memerintahkan supaya dibayar apa-apa hadiah yang difikirkannya patut kepada mana-mana pegawai atau orang lain kerana khidmat yang diberikan berkaitan dengan pengesanan kes penyeludupan atau kesalahan di bawah Akta ini, atau berkaitan dengan apa-apa penyitaan yang dibuat di bawah
Akta ini.
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 362
Seksyen 5
Perlindungan bagi orang yang bertindak di bawah Akta ini
Tiada guaman, pendakwaan atau prosiding undang-undang lain boleh diambil terhadap mana-mana orang kerana apa-apa jua yang dilakukan atau dicadangkan dilakukan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dengan suci hati.
11
Akta 362
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A417
Akta A591
Perintah Perlembagaan
Persekutuan (Pengubahsuaian
Undang-Undang) (Ordinan dan
Proklamasi) 1958
Akta Kawalan Timah
(Pindaan) 1977
Akta Kawalan Timah
(Pindaan) 1984
13-11-1958
30-09-1977
29-06-1984
31
Akta 362
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Tajuk Panjang
Kuasa Meminda
Akta A591
Berkuat kuasa dari
29-06-1984
1
2
3
4
Akta A417
Akta A417
Akta A591
Akta A417
Akta A591
13-11-1958
30-09-1977
13-11-1958 30-09-1977 29-06-1984
30-09-1977 29-06-1984
(2)
Bagi maksud Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, timah dan bijih timah hendaklah disifatkan telah dieksport pada masa timah dan bijih timah padat itu ditimbang oleh pegawai kastam yang hak bagi maksud menentukan duti kastam yang boleh dilevikan ke atasnya, dan ungkapan “eksport” hendaklah, melainkan jika konteks itu menghendaki makna yang lain, ditafsirkan dengan sewajarnya.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Common questions
- What is AKTA KAWALAN TIMAH 1954?
- *AKTA KAWALAN TIMAH 1954 is Malaysia Act, cited as Act 362 1954, currently marked in force and first recorded in 1954.
- Is AKTA KAWALAN TIMAH 1954 still in force?
- Yes — AKTA KAWALAN TIMAH 1954 is currently in force.
- When did AKTA KAWALAN TIMAH 1954 take effect?
- AKTA KAWALAN TIMAH 1954 was first recorded in 1954.
- How many sections does AKTA KAWALAN TIMAH 1954 have?
- AKTA KAWALAN TIMAH 1954 contains 5 sections.
- Where can I read the official version of AKTA KAWALAN TIMAH 1954?
- The official text of AKTA KAWALAN TIMAH 1954 is published at lom.agc.gov.my.