Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA KAWALAN TIMAH 1954

Seksyen 3

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen yang terdahulu, peraturan-peraturan itu boleh─

(a)

membuat peruntukan mengenai pelantikan pegawai-pegawai dan orang lain untuk menjalankan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini dan menetapkan kuasa dan tugas pegawai itu;

(b)

walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam atau di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593],

Akta Keterangan 1950 [Akta 56] atau mana-mana undang-undang bertulis lain, membuat peruntukan mengenai kuasa menggeledah, menyita, menangkap, menegak sekatan di tempat awam, menyiasat, dan memeriksa orang

(termasuk mengambil pernyataan dan meminta maklumat daripada orang itu), dan selanjutnya membuat peruntukan mengenai jagaan, pelucuthakan atau pelepasan apa-apa jua yang disita di bawah peraturan-peraturan itu, pembuatan anggapan, kebolehterimaan fakta dan dokumen dalam prosiding mahkamah dan perkara yang berhubung dengan pemberi maklumat;

(c)

membuat peruntukan mengenai penubuhan apa-apa jawatankuasa yang mungkin dikehendaki bagi menjalankan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini dan menetapkan kuasa dan tugas jawatankuasa itu;

(d)

menetapkan kaedah mentaksirkan keupayaan keluaran lombong timah;

(e)

menetapkan, berhubungan dengan jumlah kuantiti timah dan bijih timah padat yang boleh dieksport dari Malaysia di bawah Perjanjian, peratusan yang boleh dikeluarkan oleh golongan pengeluar yang berlainan;

(f)

membuat peruntukan mengenai pengeluaran perakuan pengeluaran dan menetapkan orang dan golongan orang yang kepadanya perakuan itu boleh dikeluarkan;

(g)

menetapkan amaun stok bijih timah padat yang boleh dimiliki oleh pengeluar dan peniaga bijih timah padat;

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 362

(h)

menetapkan syarat yang di bawahnya perakuan pengeluaran boleh dimiliki dan digunakan bersama oleh kumpulan pengeluar;

(i)

membuat peruntukan mengenai penubuhan tabung bersama untuk mempermudahkan urus niaga mengikut kuota dan menetapkan syarat yang di bawahnya kuota boleh dipindahkan kepada dan daripada tabung bersama itu dan cara bagaimana harga kuota itu hendak ditentukan bagi maksud pembelian dan penjualan daripada atau kepada tabung bersama itu jika penjualan dan pembelian itu dibenarkan;

(j)

mengawal selia urus niaga mengenai timah dan bijih timah padat;

(k)

mengawal selia pengeksportan timah dan bijih timah padat dan menetapkan syarat yang di bawahnya dan tempat yang darinya, timah dan bijih timah padat boleh dieksport;

(l)

melarang atau menyekat penggunaan apa-apa hak untuk membatalkan subpajakan perlombongan kerana perlanggaran syarat tertentu yang berbangkit secara langsung daripada mula berkuat kuasanya mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini;

(m)

menetapkan orang atau golongan orang yang kena mencarum kepada stok penimbal dan jenis, amaun dan kadar caruman, dan kaedah memungutnya;

(n)

menetapkan hal keadaan di mana pinjaman boleh diberi berkenaan dengan caruman kepada stok penimbal dan jaminan bagi dan kaedah pembayaran balik pinjaman itu;

(o)

menetapkan cara di mana hasil penyelesaian stok penimbal mengikut bahagian XI Perjanjian boleh dibahagikan;

(p)

menetapkan fi yang kena dicaj bagi apa-apa jua yang kena dilakukan di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini;

Kawalan Timah 9

(q)

membuat peruntukan mengenai perlucuthakan timah dan bijih timah padat yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan di bawah mana-mana peraturan di bawah seksyen ini dan apa-apa alat pengangkutan dan barang yang digunakan dalam perlakuan kesalahan itu;

(r)

mengenakan penalti (yang mungkin sebagai tambahan kepada apa-apa perlucuthakan) kerana melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini, dengan syarat bahawa tiada penalti boleh melebihi denda lima puluh ribu ringgit atau sepuluh kali ganda nilai timah atau bijih timah padat, mengikut mana yang lebih besar dan apa-apa tempoh pemenjaraan tidak melebihi dua tahun.

(3)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh selepas ia dibuat, dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat dan jika, pada mesyuarat berikut Dewan Rakyat, selepas apa-apa peraturan dibentangkan di hadapannya, suatu ketetapan diluluskan yang mengungkai peraturan itu atau mana-mana bahagiannya, seluruh peraturan itu hendaklah mulai dari ketika itu menjadi tidak sah tetapi tanpa menjejaskan kesahan apa-apa jua yang dahulunya dibuat di bawahnya.

(4)

Mana-mana peraturan itu, melainkan jika diungkaikan sedemikian, hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan yang sama seolah-olah ia diperbuat di bawah Akta ini.

Hadiah