Malaysia legislation

Section 2

of AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“anggota lain keluarga” ertinya—

(a)

(i)

anak lelaki atau anak perempuan dewasa; atau

(ii)

ibu atau bapa, pesalah itu; atau

WJW22/0376 Akta 521.indd 5 04/08/2023 4:10 PM

Undang-Undang Malaysia 6

Akta 521

(b)

(i)

abang, kakak atau adik; atau

(ii)

mana-mana saudara lain, pesalah itu yang pada pendapat mahkamah patut, dalam hal keadaan keluarga itu, dikira sebagai seorang anggota keluarga itu;

“isteri atau suami” termasuk isteri atau suami de facto, iaitu, seseorang yang telah melalui suatu bentuk istiadat yang diiktiraf sebagai istiadat perkahwinan mengikut agama atau adat pihak yang berkenaan, walaupun istiadat itu tidak didaftarkan atau tidak dapat didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan upacara dan pendaftaran perkahwinan;

“kanak-kanak” ertinya seseorang yang berumur di bawah lapan belas tahun yang tinggal sebagai seorang anggota keluarga pesalah atau keluarga isteri atau suami atau bekas isteri atau bekas suami pesalah, mengikut mana-mana yang berkenaan;

“kediaman alternatif” ertinya premis atau tempat tinggal yang mangsa itu terpaksa atau telah terpaksa mencari atau pindah masuk akibat daripada keganasan rumah tangga;

“kediaman bersama” ertinya premis di mana pihak itu sedang atau telah tinggal bersama sebagai anggota rumah tangga yang sama;

“keganasan rumah tangga” ertinya pelakuan satu perbuatan atau lebih yang berikut:

(a)

dengan sengaja atau dengan disedarinya meletakkan, atau cuba meletakkan, mangsa itu dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal;

(b)

menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa itu dengan apa-apa perbuatan yang diketahui atau yang sepatutnya diketahui akan mengakibatkan kecederaan fizikal;

(c)

memaksa mangsa itu dengan paksaan atau ancaman untuk melakukan apa-apa kelakuan atau perbuatan, berbentuk seksual atau selainnya, yang mangsa itu berhak tidak melakukan;

WJW22/0376 Akta 521.indd 6 04/08/2023 4:10 PM

Keganasan Rumah Tangga 7

(d)

mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa itu;

(e)

melakukan khianat atau kemusnahan atau kerosakan pada harta dengan niat untuk menyebabkan atau dengan disedari bahawa ia berkemungkinan menyebabkan distres atau kegusaran kepada mangsa itu;

(ea) dengan curang menggelapkan harta mangsa yang menyebabkan mangsa itu mengalami distres kerana kerugian kewangan;

(eb) mengugut mangsa dengan niat untuk menyebabkan mangsa itu takut akan keselamatan dirinya atau keselamatan hartanya, takut akan keselamatan pihak ketiga, atau mengalami distres;

(ec) berhubung dengan mangsa, atau berhubung dengan pihak ketiga tentang mangsa, dengan niat untuk mengaibkan kehormatan mangsa itu melalui apa-apa cara, elektronik atau selainnya;

(f)

menyebabkan penderaan psikologi yang termasuklah kecederaan emosi kepada mangsa;

(g)

menyebabkan mangsa mengalami delusi dengan menggunakan apa-apa bahan yang memabukkan atau apa-apa bahan lain tanpa kerelaan mangsa atau jika kerelaan diberikan, kerelaan itu diperoleh dengan cara yang menyalahi undang-undang; atau

(h)

dalam hal jika mangsa ialah seorang kanak-kanak, menyebabkan mangsa itu mengalami delusi dengan menggunakan apa-apa bahan yang memabukkan atau apa-apa bahan lain, oleh seseorang, sama ada dengan sendiri atau melalui pihak ketiga, terhadap—

(i)

isteri atau suaminya;

(ii)

bekas isteri atau bekas suaminya;

WJW22/0376 Akta 521.indd 7 04/08/2023 4:10 PM

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 521

(iii)

kanak-kanak;

(iv)

orang dewasa tidak berkeupayaan; atau

(v)

mana-mana anggota lain keluarga;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat dan termasuklah Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri bagi setiap Negeri;

“mahkamah” ertinya—

(a)

berkenaan dengan prosiding jenayah yang melibatkan pengataan keganasan rumah tangga, mahkamah yang berwibawa untuk membicarakan kesalahan sebenar yang atasnya tertuduh itu dipertuduh;

(b)

berkenaan dengan prosiding sivil bagi pampasan di bawah seksyen 10, mahkamah yang berwibawa untuk mendengar tuntutan itu secara tort;

“mangsa” ertinya seseorang mangsa keganasan rumah tangga;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kebajikan masyarakat;

“orang dewasa tidak berkeupayaan” ertinya seseorang yang pada keseluruhannya atau sebahagiannya tidak berkeupayaan atau lemah, oleh sebab kehilangupayaan fizikal atau mental secara kekal atau sementara atau tidak sihat atau usia tua, yang tinggal sebagai seorang anggota keluarga orang yang dikatakan telah melakukan keganasan rumah tangga itu, dan termasuklah mana-mana orang yang telah dikurung atau ditahan oleh orang yang dikatakan telah melakukan keganasan rumah tangga itu;

“orang dilindungi” ertinya seseorang yang dilindungi di bawah suatu perintah perlindungan;

“pegawai kebajikan masyarakat” ertinya seseorang pegawai kebajikan masyarakat Kementerian atau Jabatan yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan dan termasuklah seseorang penolong pegawai kebajikan masyarakat;

WJW22/0376 Akta 521.indd 8 04/08/2023 4:10 PM

Keganasan Rumah Tangga 9

“pegawai penguat kuasa” ertinya seseorang pegawai polis atau pegawai kebajikan masyarakat;

“pegawai polis” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Polis 1967 [Akta 344];

“perintah perlindungan” ertinya perintah yang dikeluarkan di bawah seksyen 5;

“perintah perlindungan interim” ertinya perintah yang dikeluarkan di bawah seksyen 4;

“perintah perlindungan kecemasan” ertinya perintah yang dikeluarkan di bawah seksyen 3a;

“saudara” ertinya seseorang yang mempunyai hubungan persaudaraan melalui pertalian darah seibu sebapa atau pertalian darah seibu atau sebapa, atau melalui perkahwinan atau pengangkatan, termasuk pengangkatan de facto;

“tempat berlindung” ertinya mana-mana rumah, institusi atau mana-mana tempat lain yang sesuai yang penghuni atau pemunyanya bersedia untuk menerima seseorang mangsa buat sementara waktu;

“tempat selamat” ertinya mana-mana rumah atau institusi yang disenggarakan atau diuruskan oleh Kementerian atau Jabatan yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan atau oleh mana-mana agensi lain atau organisasi sukarela yang diluluskan oleh Menteri bagi maksud Akta ini.

Akta hendaklah dibaca bersama dengan Kanun Keseksaan, dsb.

Section 2 — AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 | mylaw.my