Malaysia legislation

Section 3

of AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994

Seksyen 3

A k t a i n i h e n d a k l a h d i b a c a b e r s a m a d e n g a n

Kanun Keseksaan [Akta 574] atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang melibatkan kesalahan yang berhubungan dengan keganasan rumah tangga.

WJW22/0376 Akta 521.indd 9 04/08/2023 4:10 PM

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 521

Bahagian Ia

PERINTAH PERLINDUNGAN KECEMASAN

Perintah perlindungan kecemasan 3a. (1) Pegawai kebajikan masyarakat yang diberi kuasa secara bertulis dengan sewajarnya oleh Ketua Pengarah boleh, dalam suatu permohonan melibatkan suatu aduan keganasan rumah tangga yang disebut dalam perenggan (a) atau (b) takrif “keganasan rumah tangga” di bawah seksyen 2, mengeluarkan suatu perintah perlindungan kecemasan.

(2)

Suatu permohonan bagi suatu perintah perlindungan kecemasan boleh dibuat pada bila-bila masa sama ada atau tidak suatu perintah perlindungan interim atau perintah perlindungan telah dibuat sebelum itu atau permohonan bagi perintah perlindungan interim atau perintah perlindungan masih belum selesai.

(3)

Suatu permohonan bagi suatu perintah perlindungan kecemasan hendaklah dibuat secara ex parte oleh—

(a)

mangsa itu;

(b)

peguam mangsa itu; atau

(c)

dalam hal jika mangsa itu ialah seorang kanak-kanak atau orang dewasa tidak berkeupayaan, penjaga, saudara atau orang yang bertanggungjawab bagi menjaga kanak-kanak atau orang dewasa tidak berkeupayaan itu, atau seorang pegawai kebajikan masyarakat selain pegawai kebajikan masyarakat yang diberi kuasa.

(4)

Suatu permohonan bagi suatu perintah perlindungan kecemasan boleh dibuat di mana-mana daerah yang—

(a)

mangsa itu tinggal;

(b)

orang yang terhadapnya perlindungan itu diminta tinggal;

(c)

keganasan rumah tangga yang dikatakan itu berlaku; atau

(d)

mangsa itu ditempatkan buat sementara waktu.

WJW22/0376 Akta 521.indd 10 04/08/2023 4:10 PM

Keganasan Rumah Tangga 11

(5)

Apabila permohonan bagi suatu perintah perlindungan kecemasan diterima, permohonan itu hendaklah didengar oleh pegawai kebajikan masyarakat yang diberi kuasa dengan serta-merta dan pengeluaran perintah perlindungan kecemasan, jika ada, hendaklah dibuat, jika dapat dilaksanakan, dalam masa dua jam selepas permohonan itu dibuat.

(6)

Bagi maksud suatu permohonan bagi suatu perintah perlindungan kecemasan, laporan polis yang berhubungan dengan keganasan rumah tangga itu tidak dikehendaki.

(7)

Pegawai kebajikan masyarakat yang diberi kuasa, dalam membuat perintah perlindungan kecemasan di bawah subseksyen (1), boleh mengeluarkan satu perintah atau lebih yang berikut:

(a)

menghalang orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada menggunakan keganasan rumah tangga yang disebut dalam perenggan (a) atau (b) takrif

“keganasan rumah tangga” di bawah seksyen 2 terhadap isteri atau suaminya atau bekas isteri atau bekas suaminya, kanak-kanak, orang dewasa tidak berkeupayaan atau mana-mana anggota lain keluarga, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(b)

melarang orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada menghasut mana-mana orang lain untuk melakukan keganasan rumah tangga yang disebut dalam perenggan (a) atau (b) takrif “keganasan rumah tangga”

di bawah seksyen 2 terhadap isteri atau suaminya atau bekas isteri atau bekas suaminya, kanak-kanak, orang dewasa tidak berkeupayaan atau mana-mana anggota lain keluarga, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau

(c)

melarang orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada memasuki tempat selamat, tempat berlindung, tempat kediaman, kediaman bersama atau kediaman alternatif mana-mana orang dilindungi, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(8)

Suatu perintah perlindungan kecemasan hendaklah sah selama tempoh tujuh hari dari tarikh pengeluaran perintah itu, dan berkuat kuasa apabila suatu salinan perintah itu disampaikan kepada orang yang terhadapnya perintah itu dibuat mengikut seksyen 3b.

WJW22/0376 Akta 521.indd 11 04/08/2023 4:10 PM

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 521

(9)

Perintah perlindungan kecemasan yang dikeluarkan tidak terjejas dengan pengeluaran suatu perintah perlindungan interim atau perintah perlindungan.

Penyampaian perintah perlindungan kecemasan 3b.  (1)  Pegawai kebajikan masyarakat yang diberi kuasa yang mengeluarkan perintah perlindungan kecemasan di bawah subseksyen 3a(1) hendaklah mengemukakan suatu salinan perintah itu, jika dapat dilaksanakan dalam masa sepuluh jam selepas perintah perlindungan kecemasan itu dikeluarkan, kepada pegawai yang bertanggungjawab bagi daerah polis di mana orang yang terhadapnya perintah itu dibuat tinggal atau mana-mana pegawai polis lain di bawah perintahnya.

(2)

Pegawai yang bertanggungjawab bagi daerah polis itu atau mana-mana pegawai polis lain di bawah perintahnya yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah menyampaikan secara ke diri salinan perintah perlindungan kecemasan itu kepada orang yang terhadapnya perintah itu dibuat, jika dapat dilaksanakan, dalam masa dua belas jam selepas salinan perintah itu diterima.

Penyampaian ganti bagi perintah perlindungan kecemasan 3c. Jika pegawai yang bertanggungjawab bagi daerah polis atau mana-mana pegawai polis lain di bawah perintahnya yang disebut dalam subseksyen 3b(1) tidak dapat menyampaikan salinan perintah perlindungan kecemasan itu kepada orang yang terhadapnya perintah itu dibuat secara ke diri dalam masa dua belas jam selepas salinan perintah itu diterima, penyampaian perintah perlindungan kecemasan itu hendaklah dilaksanakan—

(a)

dengan meninggalkan suatu salinan perintah itu di alamat yang terakhir diketahui bagi orang yang terhadapnya perintah itu dibuat; atau

(b)

dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai kebajikan masyarakat yang diberi kuasa.

WJW22/0376 Akta 521.indd 12 04/08/2023 4:10 PM

Keganasan Rumah Tangga 13

Bukti penyampaian perintah perlindungan kecemasan 3d. Pegawai yang bertanggungjawab bagi daerah polis atau mana-mana pegawai polis lain di bawah perintahnya yang disebut dalam subseksyen 3b(1) hendaklah memfailkan bukti penyampaian salinan perintah perlindungan kecemasan yang dilaksanakan di bawah seksyen 3b atau 3c dengan pegawai kebajikan masyarakat yang diberi kuasa, dan memaklumkan penyampaian yang telah dilaksanakan itu kepada mangsa, dalam masa dua belas jam selepas penyampaian itu.

Pelanggaran perintah perlindungan kecemasan 3e.  (1)  Mana-mana orang yang dengan sengaja melanggar suatu perintah perlindungan kecemasan atau mana-mana peruntukan perintah itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(2)

Mana-mana orang yang dengan sengaja melanggar suatu perintah perlindungan kecemasan dengan menggunakan keganasan ke atas orang dilindungi melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi empat ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(3)

Mana-mana orang yang disabitkan atas pelanggaran kali kedua atau berikutnya sesuatu perintah perlindungan kecemasan di bawah subseksyen (2) hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada tujuh puluh dua jam dan tidak lebih daripada dua tahun, dan boleh juga didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

Rekod permohonan dan perintah perlindungan kecemasan 3f. (1) Pegawai kebajikan masyarakat yang diberi kuasa hendaklah menyenggarakan suatu rekod mengenai segala permohonan bagi perintah perlindungan kecemasan dan perintah perlindungan kecemasan yang dikeluarkan oleh pegawai kebajikan masyarakat yang diberi kuasa itu di bawah Akta ini.

WJW22/0376 Akta 521.indd 13 04/08/2023 4:10 PM

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 521

(2)

Rekod itu hendaklah mengandungi—

(a)

nama, jantina dan perhubungan pihak itu;

(b)

keganasan rumah tangga yang dikatakan, sama ada ia melibatkan apa-apa senjata, atau mengakibatkan kecederaan diri dan sama ada kecederaan yang diakibatkan itu memerlukan rawatan perubatan; dan

(c)

tarikh kuat kuasa dan terma setiap perintah yang dikeluarkan.

Section 3 — AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 | mylaw.my