Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(2)
Suatu perintah perlindungan interim hendaklah dibuat melalui suatu permohonan kepada mahkamah.
(3)
Mahkamah dalam membuat suatu perintah perlindungan interim di bawah subseksyen (1) boleh memasukkan peruntukan yang melarang orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada menghasut mana-mana orang lain untuk melakukan keganasan rumah tangga terhadap isteri atau suami atau bekas isteri atau bekas suami atau kanak-kanak atau orang dewasa tidak berkeupayaan atau mana-mana anggota lain keluarga orang yang terhadapnya perintah itu dibuat, mengikut mana-mana yang berkenaan.
WJW22/0376 Akta 521.indd 14 04/08/2023 4:10 PM
Keganasan Rumah Tangga 15
(3a)
Suatu perintah perlindungan interim yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh, jika mahkamah berpuas hati bahawa adalah perlu bagi perlindungan dan keselamatan diri isteri atau suami atau bekas isteri atau bekas suami, kanak-kanak, orang dewasa tidak berkeupayaan atau mana-mana anggota lain keluarga, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengadakan peruntukan bagi mana-mana satu perintah atau lebih yang dinyatakan dalam perenggan 6(1)(a) hingga (f).
(3b)
Bagi maksud membuat perintah di bawah subseksyen (3a), peruntukan dalam subseksyen 6(3), (4) dan (5) hendaklah terpakai.
(3c)
Perintah yang diperuntukkan di bawah subseksyen (3a)
hendaklah mempunyai kuat kuasa selama tempoh perintah perlindungan interim itu.
(4)
Suatu perintah perlindungan interim hendaklah terhenti berkuat kuasa—
(a)
apabila orang dilindungi dimaklumkan secara bertulis oleh pegawai polis tentang penyiasatan yang telah selesai dan bahawa tiada tindakan selanjutnya akan diambil terhadap orang yang terhadapnya perintah itu dibuat;
(b)
apabila prosiding jenayah dimulakan terhadap orang yang terhadapnya perintah itu dibuat jika, apabila dimaklumkan secara bertulis oleh pegawai polis bahawa prosiding jenayah yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan yang melibatkan keganasan rumah tangga akan dimulakan terhadap orang yang terhadapnya perintah itu dibuat, tiada permohonan bagi perintah perlindungan dibuat oleh orang dilindungi dalam masa tujuh hari selepas dimaklumkan sedemikian; atau
(c)
apabila permohonan bagi perintah perlindungan ditentukan oleh mahkamah jika, apabila dimaklumkan secara bertulis oleh pegawai polis bahawa prosiding jenayah yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan yang melibatkan keganasan rumah tangga akan dimulakan terhadap orang yang terhadapnya perintah itu dibuat, permohonan bagi perintah perlindungan dibuat oleh orang dilindungi dalam masa tujuh hari selepas dimaklumkan sedemikian.
WJW22/0376 Akta 521.indd 15 04/08/2023 4:10 PM
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 521
Perintah perlindungan