Malaysia legislation
Section 11
of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998
Seksyen 11
Sesuatu permohonan bagi kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta tidak boleh dibenarkan oleh Ketua Pengarah melainkan jika dia berpuas hati bahawa—
(a)
pemohon mampu menyediakan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan yang secukupnya;
(b)
pemohon mampu mengadakan pengurusan dan pentadbiran yang secukupnya dan cekap bagi penjalanan sepatutnya kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu;
(c)
jika pemohon ialah tuan punya tunggal, dia tidak pernah disabitkan atas kesalahan yang melibatkan fraud atau ketidakjujuran atau bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan;
(d)
tiada seorang pun yang telah disabitkan atas kesalahan yang melibatkan fraud atau ketidakjujuran atau yang seorang bankrap yang belum dilepaskan—
(i)
ialah anggota lembaga pengarah, atau ialah orang yang bertanggungjawab bagi pertubuhan perbadanan itu, jika permohonan dibuat oleh suatu pertubuhan perbadanan; atau
(ii)
ialah pekongsi, jika permohonan dibuat oleh suatu perkongsian; atau
(iii)
ialah pemegang jawatan bagi suatu pertubuhan, jika permohonan dibuat oleh suatu pertubuhan.
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 27
Pemberian atau keengganan untuk memberikan kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan