Malaysia legislation
Section 10
of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998
Seksyen 10
Ketua Pengarah boleh enggan untuk meneruskan pertimbangan sesuatu permohonan bagi kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta, atau boleh menghendaki supaya permohonan itu dipinda atau dilengkapkan dengan sewajarnya dan dikemukakan semula atau supaya suatu permohonan baru dikemukakan bagi menggantikannya jika—
(a)
borang permohonan sebagaimana yang ditetapkan tidak dilengkapkan dengan sewajarnya disebabkan oleh apa-apa peninggalan atau salah perihalan;
(b)
borang permohonan itu mengandungi kesilapan atau ubahan;
(c)
permohonan itu tidak mematuhi apa-apa kehendak lain yang ditetapkan; atau
(d)
pemohon itu tidak menunjukkan bukti bahawa dia ialah orang yang sesuai untuk diberi kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta.
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 586
Alasan bagi keengganan untuk memberikan kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan