Malaysia legislation

Section 17

of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998

Seksyen 17

Ketua Pengarah boleh enggan meneruskan pertimbangan sesuatu permohonan bagi lesen untuk mengendalikan atau menyediakan, atau boleh menghendaki supaya permohonan itu dipinda atau dilengkapkan dengan sewajarnya dan dikemukakan semula atau supaya suatu permohonan baru dikemukakan bagi menggantikannya jika—

(a)

borang permohonan sebagaimana yang ditetapkan tidak dilengkapkan dengan sewajarnya disebabkan oleh apa-apa peninggalan atau salah perihal;

(b)

borang permohonan itu mengandungi kesilapan atau ubahan; atau

(c)

permohonan itu tidak mematuhi apa-apa kehendak lain yang ditetapkan.

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 31

Sebab bagi keengganan untuk mengeluarkan atau membaharui lesen untuk mengendalikan atau menyediakan

Section 17 — AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998