Malaysia legislation
Section 18
of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998
Seksyen 18
Ketua Pengarah boleh enggan mengeluarkan atau membaharui sesuatu lesen jika—
(a)
sekiranya pemohon ialah orang sebenar, Ketua Pengarah tidak berpuas hati tentang sifat dan kesesuaian pemohon itu;
(b)
sekiranya pemohon ialah suatu pertubuhan perbadanan,
Ketua Pengarah tidak berpuas hati tentang sifat dan kesesuaian anggota lembaga pengarah atau jawatankuasa atau lembaga pemegang amanah atau lembaga pengelola lain bagi pertubuhan perbadanan itu;
(c)
sekiranya pemohon ialah suatu perkongsian, Ketua
Pengarah tidak berpuas hati tentang sifat dan kesesuaian pekongsinya;
(d)
sekiranya pemohon ialah suatu pertubuhan, Ketua
Pengarah tidak berpuas hati tentang sifat dan kesesuaian pemegang jawatannya;
(e)
pada pendapat Ketua Pengarah premis yang berkenaan dengannya permohonan dibuat adalah tidak selamat, tidak bersih atau tidak suci, atau tidak dilengkapi secukupnya;
dan
(f)
pada pendapat Ketua Pengarah, kakitangan adalah tidak mencukupi atau tidak cekap bagi maksud kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu.
Pemberian atau keengganan untuk memberikan lesen