Malaysia legislation
Section 24
of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998
Seksyen 24
Kuasa untuk mengubah terma atau syarat, atau maksud kelulusan atau lesen
Ketua Pengarah boleh, atas suatu permohonan bertulis kepadanya, mengubah terma atau syarat kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan atau lesen untuk mengendalikan atau menyediakan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dengan mengendorskannya pada kelulusan atau lesen atau selainnya secara bertulis dengan mengubah, mengikut cara yang difikirkannya patut, maksud atau maksud-maksud kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu ditubuhkan atau disenggarakan, atau dikendalikan atau disediakan, atau jenis kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan yang baginya lesen itu sedang berkuat kuasa.
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 586