Malaysia legislation

Section 25

of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998

Seksyen 25

(2)

Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan bagi pendaftaran dan sebelum permohonan itu ditentukan, Ketua Pengarah boleh dengan notis bertulis menghendaki pemohon memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan.

(3)

Jika maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) adalah atau tidak diberikan oleh pemohon dalam masa yang dinyatakan atau masa lanjutan, permohonan itu—

(a)

hendaklah disifatkan telah ditarik balik; dan

(b)

tidak boleh diteruskan selanjutnya, tanpa menjejaskan pembuatan permohonan baru oleh pemohon.

(4)

Sesuatu permohonan boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan itu dibenarkan atau ditolak.

Keengganan untuk memproses permohonan bagi pendaftaran

Section 25 — AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998