Malaysia legislation
Section 26
of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998
Seksyen 26
Ketua Pengarah boleh enggan untuk meneruskan pertimbangan sesuatu permohonan bagi pendaftaran, dan boleh menghendaki supaya permohonan itu dipinda atau dilengkapkan dengan sewajarnya dan dikemukakan semula atau supaya suatu permohonan baru dikemukakan bagi menggantikannya jika—
(a)
borang permohonan sebagaimana yang ditetapkan tidak dilengkapkan dengan sewajarnya disebabkan oleh apa-apa peninggalan atau salah perihal;
(b)
borang permohonan itu mengandungi kesilapan atau ubahan; atau
(c)
permohonan itu tidak mematuhi apa-apa kehendak lain yang ditetapkan.
Pemberian perakuan pendaftaran