Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998

Seksyen 2

Tafsiran

“bank darah swasta” ertinya mana-mana premis, selain bank darah

Kerajaan, yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan untuk

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 586

mengumpul, memeriksa, memproses, menyimpan atau mengedarkan darah asli manusia atau hasil darah;

“bidan berdaftar” ertinya mana-mana orang yang didaftarkan sebagai yang sedemikian di bawah Akta Bidan 1966 [Akta 436] dan yang memegang perakuan pengamalan yang sah;

“daftar” ertinya daftar yang dikehendaki disenggara di bawah seksyen 42;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui perintah atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“hospis swasta” ertinya mana-mana premis yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan semata-mata untuk menyediakan jagaan hospis atau jagaan pelegaan;

“hospital swasta” ertinya mana-mana premis, selain hospital atau institusi Kerajaan, yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi penerimaan, penginapan, rawatan dan penjagaan orang yang memerlukan rawatan perubatan atau yang menghidap apa-apa penyakit atau yang memerlukan rawatan pergigian yang memerlukan kemasukan ke hospital;

“jagaan hospis atau jagaan pelegaan” ertinya penjagaan orang sakit yang tiada harapan sembuh bagi menangani keperluan fizikal, psikologi, emosi dan sosial orang itu atau keluarganya;

“jagaan kejururawatan” ertinya apa-apa penjagaan bagi pesakit yang diberikan oleh jururawat berdaftar mengikut arahan pengamal perubatan berdaftar atau pengamal pergigian berdaftar dan amalan kejururawatan yang diterima;

“jagaan perbidanan” ertinya penilaian atau pemantauan atau penjagaan wanita semasa mengandung biasa atau sakit hendak bersalin atau dalam tempoh postpartum dan bayi baru lahirnya yang normal, dan mengendalikan kelahiran biasa melalui faraj secara spontan;

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 13

“jagaan peribadi”

ertinya apa-apa fungsi yang biasanya dilaksanakan sendiri oleh seseorang individu, tetapi yang baginya individu itu memerlukan bantuan daripada yang lain kerana umur yang lanjut, keuzuran, atau batasan fizikal atau mental dan boleh termasuk apa-apa perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan;

“jururawat berdaftar” ertinya mana-mana orang yang didaftarkan sebagai yang sedemikian di bawah Akta Jururawat 1950 [Akta 14]

dan yang memegang perakuan pengamalan yang sah;

“kakitangan teknikal” ertinya seseorang juruteknologi makmal perubatan atau pegawai sains atau mana-mana orang lain yang mempunyai kelayakan, latihan dan pengamalan yang diiktiraf oleh

Ketua Pengarah;

“kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan” ertinya kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta yang diberikan di bawah perenggan 12(a);

“kemudahan jagaan kesihatan” ertinya mana-mana premis yang dalamnya seorang atau lebih daripada seorang orang awam menerima perkhidmatan jagaan kesihatan;

“kemudahan jagaan kesihatan

Kerajaan”

ertinya apa-apa kemudahan yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi mengadakan perkhidmatan jagaan kesihatan yang ditubuhkan, disenggarakan, dikendalikan atau disediakan oleh Kerajaan tetapi tidak termasuk kemudahan jagaan kesihatan Kerajaan yang diswastakan atau yang diperbadankan;

“kemudahan jagaan kesihatan swasta” ertinya mana-mana premis, selain kemudahan jagaan kesihatan Kerajaan yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi menyediakan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perkhidmatan yang berhubungan dengan kesihatan, seperti hospital, hospis, pusat jagaan ambulatori, rumah jagaan kejururawatan, rumah bersalin, hospital psikiatri, rumah jagaan psikiatri, pusat kesihatan mental masyarakat, pusat hemodialisis, klinik perubatan, klinik pergigian swasta dan apa-apa

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 586

premis jagaan kesihatan atau yang berhubungan dengan kesihatan lain yang boleh ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia;

“klinik pergigian swasta” ertinya mana-mana premis, selain kemudahan jagaan kesihatan Kerajaan, yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi amalan pergigian dan termasuklah premis yang digunakan oleh mana-mana orang—

(a)

untuk merawat atau cuba untuk merawat atau mengaku untuk merawat, mengubati, melegakan atau mencegah apa-apa penyakit, kekurangan atau lesi atau sakit gigi atau rahang manusia;

(b)

untuk melaksanakan atau cuba untuk melaksanakan apa-apa pembedahan pada gigi atau rahang manusia;

(c)

untuk melaksanakan apa-apa kerja radiografi berkaitan dengan gigi atau rahang atau rongga mulut manusia; atau

(d)

untuk memberikan apa-apa rawatan, nasihat atau bantuan pada atau kepada mana-mana orang berkaitan dengan pemadanan atau pemasukan bagi maksud pemadanan atau pemasangan gigi buatan atau korona atau jambatan atau suatu alat bagi pemulihan atau pengaturan gigi atau rahang manusia;

“klinik perubatan swasta” ertinya mana-mana premis, selain kemudahan jagaan kesihatan Kerajaan, yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi amalan perubatan atas dasar pesakit luar termasuklah—

(a)

memeriksa, mendiagnosis, atau merawat mana-mana orang yang menghidap, atau dipercayai menghidap, apa-apa penyakit, kecederaan atau hilang upaya minda atau badan;

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 15

(b)

perkhidmatan jagaan kesihatan pencegahan atau penggalakan; dan

(c)

mengubati atau mengurangkan apa-apa keadaan luar biasa badan manusia dengan pemakaian apa-apa perkakas, kelengkapan, alat atau peranti;

“Lembaga Pelawat” ertinya Lembaga Pelawat yang ditubuhkan di bawah seksyen 104;

“Lembaga Pengurusan” ertinya lembaga pemegang amanah atau lembaga pengarah, atau apa-apa badan pentadbiran lain yang padanya terletak hak kuasa dan tanggungjawab utama bagi mengendalikan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang dinyatakan dalam Bahagian XIV;

“lesen untuk mengendalikan atau menyediakan” ertinya lesen untuk mengendalikan atau menyediakan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta yang diberikan di bawah perenggan 19(a);

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan;

“orang yang bertanggungjawab”

ertinya seseorang yang mempunyai apa-apa kelayakan, latihan dan pengalaman sebagaimana yang ditetapkan dan yang bertanggungjawab bagi pengurusan dan kawalan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang ada kena-mengena dengan sesuatu lesen atau pendaftaran;

“orang yang bertanggungjawab bagi pertubuhan perbadanan”

ertinya mana-mana orang yang menjadi pengarah atau pegawai pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa sebagai bertindak atas mana-mana sifat sedemikian atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau membantu dalam pengurusan sedemikian;

“pemegang lesen” ertinya seseorang yang kepadanya suatu lesen untuk mengendalikan atau menyediakan kemudahan atau

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 586

perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta yang diberikan di bawah perenggan 19(a);

“pengamal pergigian berdaftar” ertinya mana-mana orang yang didaftarkan sebagai yang sedemikian di bawah Akta Pergigian 1971

[Akta 51] dan yang memegang perakuan pengamalan yang sah;

“pengamal perubatan berdaftar” ertinya mana-mana orang yang didaftarkan sebagai yang sedemikian di bawah Akta Perubatan 1971

[Akta 50] dan yang memegang perakuan pengamalan yang sah;

“perakuan” ertinya perakuan yang dikeluarkan di bawah seksyen 57

yang membenarkan pengimportan atau pengeksportan hasil darah atau darah asli manusia bagi maksud transfusi;

“perakuan pendaftaran” ertinya perakuan yang dikeluarkan di bawah seksyen 27;

“perkhidmatan jagaan kesihatan” termasuklah—

(a)

perkhidmatan perubatan, pergigian, kejururawatan, perbidanan, kesihatan berkaitan, farmasi, dan ambulans dan apa-apa perkhidmatan lain yang disediakan oleh profesional jagaan kesihatan;

(b)

tempat tinggal bagi maksud apa-apa perkhidmatan yang disediakan di bawah Akta ini;

(c)

apa-apa perkhidmatan untuk memeriksa, mendiagnosis, atau merawat orang yang menghidap atau dipercayai menghidap apa-apa penyakit, kecederaan atau hilang upaya minda atau badan;

(d)

apa-apa perkhidmatan bagi maksud kesihatan pencegahan atau penggalakan;

(e)

apa-apa perkhidmatan yang disediakan oleh mana-mana profesional separa jagaan kesihatan;

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 17

(f)

apa-apa perkhidmatan bagi mengubati atau mengurangkan apa-apa keadaan luar biasa tubuh manusia dengan menggunakan apa-apa perkakas, kelengkapan, alat, atau peranti atau apa-apa teknologi perubatan lain; atau

(g)

apa-apa perkhidmatan yang berhubungan dengan kesihatan;

“perkhidmatan jagaan kesihatan Kerajaan” ertinya apa-apa perkhidmatan jagaan kesihatan yang disediakan, dikendalikan atau disenggarakan oleh Kerajaan tetapi tidak termasuk perkhidmatan jagaan kesihatan

Kerajaan yang diswastakan atau yang diperbadankan;

“perkhidmatan jagaan kesihatan swasta”

ertinya apa-apa perkhidmatan yang disediakan oleh kemudahan jagaan kesihatan swasta;

“pertubuhan perbadanan” ertinya pertubuhan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125];

“premis” ertinya mana-mana tempat, bangunan atau kenderaan, sama ada kekal atau sementara;

“profesional jagaan kesihatan” termasuklah pengamal perubatan, pengamal pergigian, ahli farmasi, ahli psikologi klinikal, jururawat, bidan, pembantu perubatan, ahli fisioterapi, ahli terapi pekerjaan dan profesional jagaan kesihatan berkaitan lain dan mana-mana orang lain yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan perubatan, kesihatan, pergigian, farmaseutikal, atau apa-apa perkhidmatan jagaan kesihatan lain yang di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan;

“pusat hemodialisis swasta” ertinya pusat jagaan ambulatori, selain pusat hemodialisis Kerajaan, yang menyediakan atau bertujuan untuk menyediakan rawatan hemodialisis, apa-apa tatacara atau bentuk rawatan lain bagi pembersihan darah manusia;

“pusat jagaan ambulatori swasta” ertinya mana-mana premis, selain pusat jagaan ambulatori Kerajaan, klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta, yang terutamanya digunakan atau dimaksudkan

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 586

untuk digunakan bagi maksud menjalankan apa-apa tatacara yang berhubungan dengan amalan perubatan dalam mana-mana disiplinnya atau apa-apa tatacara pergigian dan dengan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang relevan yang berterusan termasuklah perkhidmatan kejururawatan bilamana pesakit berada dalam premis itu, dan yang dalamnya jagaan kesihatan, katil atau penginapan lain sebagai tempat tinggal bagi mana-mana seorang pesakit bagi tempoh tidak lebih daripada 23 jam disediakan dan yang darinya pesakit sama ada dibenarkan keluar dalam keadaan ambulatori tanpa menghendaki jagaan atau pengawasan sentiasa atau yang berterusan dan tanpa bahaya kepada kesejahteraan berterusan pesakit itu atau dipindahkan ke hospital;

“rumah bersalin swasta” ertinya mana-mana premis, selain rumah bersalin Kerajaan, yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi menerima, dan menyediakan jagaan kejururawatan dan jagaan perbidanan bagi, wanita yang sakit hendak bersalin atau sebaik selepas melahirkan anak;

“rumah jagaan kejururawatan swasta” ertinya mana-mana premis selain rumah jagaan kejururawatan Kerajaan, yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi menerima, dan menyediakan jagaan kejururawatan bagi, orang-orang yang menghidap atau sedang berehat supaya sembuh daripada apa-apa penyakit, kecederaan atau kelemahan.

Section 2 — AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998