Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998

Seksyen 3

Tiada seorang pun boleh menubuhkan atau menyenggarakan mana-mana kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang berikut tanpa kelulusan yang diberikan di bawah perenggan 12(a) atau mengendalikan atau menyediakan apa-apa kemudahan atau perkhidmatan sedemikian tanpa lesen yang diberikan di bawah perenggan 19(a):

(a)

hospital swasta;

(b)

hospital psikiatri swasta;

(c)

pusat jagaan ambulatori swasta;

(d)

rumah jagaan kejururawatan swasta;

(e)

rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta;

(f)

rumah bersalin swasta;

(g)

bank darah swasta;

(h)

pusat hemodialisis swasta;

(i)

hospis swasta;

(j)

pusat kesihatan mental masyarakat swasta;

(k)

mana-mana kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta atau perkhidmatan yang berhubungan dengan kesihatan lain yang ditentukan oleh Menteri, dari semasa ke semasa, melalui pemberitahuan dalam Warta;

dan

(l)

premis jagaan kesihatan swasta yang menggabungkan mana-mana dua atau lebih daripada dua kemudahan atau perkhidmatan dalam perenggan (a) hingga (k).

Pendaftaran

Section 3 — AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998