Malaysia legislation
Section 39
of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998
Seksyen 39
(2)
Jika kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar itu digunakan mengikut apa-apa cara yang berlawanan dengan subseksyen (1)—
(a)
jika pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran itu ialah tuan punya tunggal, dia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh—
(i)
didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
(ii)
dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan;
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 586
(b)
jika pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh—
(i)
didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit; dan
(ii)
dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; dan
(c)
jika suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—
(i)
dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yang bertanggungjawab bagi pertubuhan perbadanan itu;
(ii)
dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian itu;
(iii)
dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya, juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh—
(A)
didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
(B)
dalam hal kesalahan yang berterusan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 43
Larangan terhadap peluasan dan pengubahan