Malaysia legislation

Section 40

of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998

Seksyen 40

(a)

maksud yang baginya kemudahan jagaan kesihatan swasta berlesen itu ditubuhkan, disenggarakan, dikendalikan atau disediakan;

(b)

mana-mana terma atau syarat kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan atau lesen untuk mengendalikan atau menyediakan; atau

(c)

standard kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan, melainkan jika kelulusan bertulis Ketua Pengarah diperoleh terlebih dahulu.

(2)

Sesuatu permohonan bagi peluasan atau pengubahan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.

(3)

Jika Ketua Pengarah berpendapat bahawa suatu permohonan di bawah subseksyen (2) adalah berhubungan dengan cadangan bagi peluasan atau pengubahan—

(a)

yang tidak berhubungan dengan atau yang tidak menjejaskan penjagaan dan keselamatan pesakit; atau

(b)

yang kecil pada dasarnya,

Ketua Pengarah boleh mengetepikan fi yang kena dibayar, atau membayar balik fi yang telah dibayar, di bawah subseksyen (2) yang berhubungan dengan suatu permohonan bagi kelulusan peluasan atau pengubahan.

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 586

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

Pemindahan, dsb., kelulusan, lesen dan perakuan

Section 40 — AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998