Malaysia legislation
Section 41
of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998
Seksyen 41
(2)
Sesuatu permohonan pindah hakmilik, penyerahhakan, atau pelupusan sesuatu kelulusan, lesen atau perakuan pendaftaran hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.
(3)
Ketua
Pengarah boleh atas permohonan sedemikian meluluskan pindah hakmilik, penyerahhakan atau pelupusan itu tertakluk kepada apa-apa terma atau syarat yang boleh dikenakan olehnya dengan mengendorskannya pada kelulusan, lesen atau perakuan pendaftaran atau boleh, jika dia berfikir patut, enggan meluluskan pindah hakmilik, penyerahhakan atau pelupusan itu.
Daftar