Malaysia legislation

Section 44

of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998

Seksyen 44

Ketua Pengarah boleh mengeluarkan notis tunjuk sebab dalam seksyen 43 jika dia berpuas hati bahawa adalah suai manfaat untuk berbuat demikian atas alasan bahawa pemegang kelulusan atau pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran itu, mengikut mana-mana yang berkenaan—

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 586

(a)

telah memperoleh kelulusan, lesen atau pendaftaran itu melalui apa-apa kenyataan palsu atau mengelirukan;

(b)

telah melanggar apa-apa terma atau syarat yang dikenakan oleh Ketua Pengarah ke atas kelulusan, lesen atau pendaftaran itu;

(c)

telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain;

(d)

telah tidak mematuhi apa-apa arahan, perintah atau garis panduan yang diberikan kepadanya oleh Menteri atau

Ketua Pengarah;

(e)

telah menggunakan premis yang berhubung dengan kelulusan, lesen atau pendaftaran itu berlawanan dengan maksud kelulusan lesen atau pendaftaran itu;

(f)

telah mengendalikan atau menggunakan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu mengikut cara yang memudaratkan kepentingan orang awam sebagaimana yang diputuskan oleh Ketua Pengarah;

(g)

telah mewujudkan atau menyenggarakan dasar atau mengeluarkan arahan yang menyebabkan profesional jagaan kesihatan melanggar tatalaku profesional bagi profesion perubatan, pergigian atau kejururawatan atau profesion jagaan kesihatan lain yang dikeluarkan oleh

Majlis Perubatan Malaysia, Majlis Pergigian Malaysia,

Lembaga Jururawat atau Lembaga Perbidanan atau mana-mana badan pengawalseliaan jagaan kesihatan lain, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau

(h)

telah berhenti mengendalikan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu.

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 47

Alasan bagi penggantungan, pembatalan, keengganan untuk membaharui lesen, dsb., yang berhubungan dengan kelayakan tuan punya tunggal

Section 44 — AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998