Malaysia legislation

Section 45

of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998

Seksyen 45

Ketua Pengarah boleh mengeluarkan notis dalam seksyen 43 jika pemegang kelulusan atau pemegang lesen atau pemegang perakuan ialah tuan punya tunggal—

(a)

yang ialah pengamal perubatan berdaftar, dan yang namanya telah dipotong dari Daftar Perubatan Malaysia menurut perenggan 30(i) Akta Perubatan 1971;

(b)

yang ialah doktor pergigian berdaftar, dan yang namanya telah dipotong daripada Daftar Pergigian Malaysia menurut perenggan 33(1)(a) Akta Pergigian 1971;

(c)

yang ialah pengamal perubatan berdaftar, dan yang namanya telah digantung dari Daftar Perubatan Malaysia menurut perenggan 30(ii) Akta Perubatan 1971;

(d)

yang ialah doktor pergigian berdaftar, dan yang namanya telah digantung dari Daftar Pergigian Malaysia menurut perenggan 30(1)(b) Akta Pergigian 1971;

(e)

yang ialah jururawat berdaftar, dan yang namanya telah dipotong dari

Daftar

Jururawat menurut perenggan 32(a)

Peraturan-Peraturan

Pendaftaran

Jururawat 1985 [P.U. (A) 494/85];

(f)

yang ialah bidan berdaftar, dan yang namanya telah dipotong dari Daftar Bidan menurut perenggan 13B(a)

Akta Bidan 1966;

(g)

yang ialah jururawat berdaftar, dan yang namanya telah digantung dari Daftar Jururawat menurut perenggan 32(b)

Peraturan-Peraturan Pendaftaran Jururawat 1985; atau

(h)

yang ialah bidan berdaftar, dan yang namanya telah digantung dari Daftar Bidan menurut perenggan 13B(b)

Akta Bidan 1966.

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 586

Alasan bagi penggantungan, pembatalan atau keengganan untuk membaharui kelulusan, lesen atau perakuan pendaftaran

Section 45 — AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998