Malaysia legislation
Section 46
of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998
Seksyen 46
Ketua Pengarah boleh mengeluarkan notis dalam seksyen 43 jika pemegang kelulusan atau pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran ialah suatu pertubuhan perbadanan atau perkongsian atau pertubuhan yang tidak membuang anggota lembaga pengarah, atau pekongsi atau pemegang jawatannya, mengikut mana-mana yang berkenaan—
(a)
yang namanya telah dipotong daripada Daftar Perubatan
Malaysia menurut perenggan 30(i) Akta Perubatan 1971;
(b)
yang namanya telah dipotong daripada Daftar Pergigian
Malaysia menurut perenggan 33(1)(a) Akta Pergigian 1971;
(c)
yang namanya telah dipotong daripada Daftar Jururawat menurut perenggan 32(a) Peraturan-Peraturan Pendaftaran
Jururawat 1985;
(d)
yang namanya telah dipotong daripada Daftar Bidan menurut perenggan 13B(a) Akta Bidan 1966;
(e)
yang namanya telah digantung daripada Daftar Perubatan
Malaysia menurut perenggan 30(ii) Akta Perubatan 1971;
(f)
yang namanya telah digantung daripada
Daftar
Pergigian Malaysia menurut perenggan 32(1)(b) Akta
Pergigian 1971;
(g)
yang namanya telah digantung daripada Daftar Jururawat menurut perenggan 32(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran
Jururawat 1985; atau
(h)
yang namanya telah digantung daripada Daftar Bidan menurut perenggan 13B(b) Akta Bidan 1966.
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 49
Alasan tambahan