Malaysia legislation

Section 49

of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998

Seksyen 49

Kuasa Ketua Pengarah untuk menggantung, membatalkan atau enggan membaharui

(a)

menggantung kelulusan, lesen atau pendaftaran selama apa-apa tempoh yang boleh ditentukannya dan tertakluk kepada apa-apa terma atau syarat yang boleh dikenakannya;

(b)

membatalkan kelulusan, lesen atau pendaftaran, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(c)

enggan membaharui lesen; atau

(d)

mengeluarkan amaran dan memberikan arahan kepada pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran supaya membetulkan keadaan sehingga Ketua Pengarah berpuas hati.

(2)

Mana-mana pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran yang terkilan dengan perintah Ketua

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 586

Pengarah di bawah subseksyen (1) boleh merayu kepada Menteri dalam masa tiga puluh hari dari penyampaian perintah itu kepadanya dan keputusan Menteri untuk mengesahkan, mengubah atau membatalkan perintah Ketua Pengarah adalah muktamad dan konklusif.

Penyerahan lesen atau perakuan

Section 49 — AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998