Malaysia legislation

Section 50

of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998

Seksyen 50

Jika kelulusan telah digantung atau dibatalkan atau lesen telah digantung atau dibatalkan atau telah enggan dibaharui atau pendaftaran telah digantung atau dibatalkan di bawah seksyen 44, 45

dan 46, pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran hendaklah menyerahkan kelulusan atau lesen atau perakuan pendaftaran itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada Ketua Pengarah.

Section 50 — AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998