Malaysia legislation

Section 51

of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998

Seksyen 51

Pemberhentian pengendalian

Semasa tempoh penggantungan sesuatu kelulusan, lesen atau pendaftaran atau dari tarikh pembatalan kelulusan, lesen atau pendaftaran, mengikut mana-mana yang berkenaan, pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran itu hendaklah berhenti mengendalikan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang berkenaan dengannya kelulusan, lesen atau perakuan pendaftaran itu telah digantung, dibatalkan atau enggan dibaharui, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Section 51 — AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998