Malaysia legislation

Section 57

of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998

Seksyen 57

Pengeluaran perakuan untuk mengimport dan mengeksport darah asli manusia dan hasil darah

(a)

untuk mengimport atau mengeksport hasil darah bagi maksud transfusi;

(b)

untuk mengimport atau mengeksport darah asli manusia bagi maksud transfusi.

(2)

Sesuatu perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)

boleh pada bila-bila masa dibatalkan melalui notis bertulis.

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 55

(3)

Apabila menerima notis di bawah subseksyen (2) daripada

Ketua Pengarah, orang yang kepadanya perakuan di bawah subseksyen (1) dikeluarkan, boleh mengemukakan representasi kepada Ketua Pengarah dalam masa yang ditentukan oleh Ketua

Pengarah dalam notis itu.

(4)

Selepas habis tempoh masa yang ditentukan dalam notis itu untuk membuat representasi dan setelah menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat di bawah subseksyen (3) Ketua Pengarah boleh—

(a)

membatalkan perakuan itu;

(b)

mengeluarkan amaran dan memberikan arahan kepada pemegang perakuan itu supaya mengambil apa-apa tindakan sehingga Ketua Pengarah berpuas hati; atau

(c)

tidak mengambil apa-apa tindakan lanjut.

Kebenaran untuk menguji darah daripada penderma

Section 57 — AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998