Malaysia legislation
Section 58
of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998
Seksyen 58
Orang yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan atau kemudahan jagaan kesihatan swasta yang hendak menguji darah seseorang penderma hendaklah memperoleh kebenaran bertulis penderma itu untuk menguji darahnya bagi apa-apa penyakit yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa dan mengikut apa-apa tatacara yang ditetapkan.