Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998

Seksyen 5

(a)

dalam hal seseorang orang individu—

(i)

didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya; dan

(ii)

bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; dan

(b)

dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—

(i)

didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; dan

(ii)

bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(2)

Jika suatu kesalahan di bawah seksyen 3 atau 4 dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—

(a)

dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yang bertanggungjawab bagi pertubuhan perbadanan itu;

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 21

(b)

dalam hal suatu perkongsian, setiap pekongsi dalam perkongsian itu;

(c)

dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya, juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh—

(aa) didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya; dan

(bb) dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Kelulusan dan lesen boleh dikeluarkan kepada tuan punya tunggal, perkongsian atau pertubuhan perbadanan

Section 5 — AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998