Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998

Seksyen 6

(a)

tuan punya tunggal yang ialah pengamal perubatan berdaftar;

(b)

suatu perkongsian yang terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang pekongsi yang ialah pengamal perubatan berdaftar; atau

(c)

suatu pertubuhan perbadanan yang lembaga pengarahnya terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang yang ialah pengamal perubatan berdaftar.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan atau lesen untuk mengendalikan atau menyediakan rumah jagaan kejururawatan swasta boleh dikeluarkan kepada jururawat berdaftar jika perkiraan kontraktual telah dibuat

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 586

bagi pengamal perubatan berdaftar melawat pesakit di rumah itu sekerap yang ditetapkan.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan atau lesen untuk mengendalikan atau menyediakan rumah bersalin swasta boleh dikeluarkan kepada bidan berdaftar jika perkiraan kontraktual telah dibuat bagi pengamal perubatan berdaftar melawat pesakit di rumah itu sekerap yang ditetapkan.

(4)

Walau apa pun subseksyen (1), kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan atau lesen untuk mengendalikan atau menyediakan hospis swasta atau pusat hemodialisis swasta, atas dasar sukarela atau khairat, boleh dikeluarkan kepada pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335].

Perakuan pendaftaran untuk mengendalikan klinik perubatan swasta dan klinik pergigian swasta

Section 6 — AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998