Malaysia legislation
Section 61
of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998
Seksyen 61
Menyenggara rekod resit dan pelupusan darah
Tiap-tiap hospital swasta, rumah bersalin swasta dan pusat jagaan pembedahan ambulatori swasta, dan mana-mana kemudahan jagaan kesihatan swasta lain yang memberikan perkhidmatan kecemasan dengan kerap atau secara tetap atau perkhidmatan pembedahan, hendaklah menyenggarakan rekod yang menunjukkan penerimaan dan pelupusan semua darah dan hasil darah yang diberikan kepada pesakit dalam premisnya.
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 57