Malaysia legislation

Section 60

of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998

Seksyen 60

Tiap-tiap hospital swasta, rumah bersalin swasta dan pusat jagaan pembedahan ambulatori swasta, dan mana-mana kemudahan jagaan kesihatan swasta lain yang menyediakan perkhidmatan kecemasan dengan kerap atau secara tetap atau perkhidmatan pembedahan, hendaklah menyenggara bekalan darah minimum dalam premisnya pada setiap masa bagi kegunaan hariannya atau dapat memperoleh darah dengan cepat daripada bank darah berlesen lain atau kemudahan Kerajaan bagi keperluan hariannya.

Section 60 — AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998