Malaysia legislation

Section 83

of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998

Seksyen 83

(a)

perubahan kuasa pengamal perubatan berdaftar atau pengamal pergigian mengenai pengurusan perubatan atau pergigian pesakit sebagaimana yang terletak hak dalam perenggan 78(a), dan perubahan kuasa pengamal perubatan berdaftar atau pengamal perubatan berdaftar pelawat mengenai pengurusan jagaan perubatan pesakit sebagaimana yang terletak hak dalam perenggan 79(a) dan 80(a);

(b)

perubahan dalam peranan dan tanggungjawab

Jawatankuasa Penasihat Perubatan, atau Jawatankuasa

Penasihat Perubatan dan Pergigian sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 78, Jawatankuasa

Penasihat

Jagaan

Perbidanan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 79 atau Jawatankuasa

Penasihat

Kejururawatan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 80;

(c)

pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(d)

pelanggaran kod etika mana-mana badan pengawalseliaan profesion bagi profesion perubatan, pergigian, kejururawatan atau perbidanan atau mana-mana badan pengawalseliaan profesion jagaan kesihatan lain; atau

(e)

pelanggaran mana-mana undang-undang bertulis lain.

(2)

Pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran atau organisasi jagaan yang diuruskan yang membuat kontrak atau membuat apa-apa perkiraan dengan melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—

(a)

dalam hal pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran yang ialah tuan punya tunggal, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya;

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 73

(b)

dalam hal pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran yang ialah suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit; dan

(c)

dalam hal suatu organisasi jagaan yang diuruskan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.

(3)

Jika suatu kesalahan di bawah subseksyen (2) dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian, pertubuhan atau organisasi jagaan yang diuruskan—

(a)

dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yang bertanggungjawab;

(b)

dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian itu;

(c)

dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya;

(d)

dalam hal suatu organisasi jagaan yang diuruskan, orang yang bertanggungjawab, juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pemegang lesen dan pemegang perakuan pendaftaran hendaklah memberikan maklumat tentang organisasi jagaan yang diuruskan kepada Ketua Pengarah

Section 83 — AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998