Malaysia legislation
Section 84
of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998
Seksyen 84
(2)
Pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran yang enggan atau tidak memberikan maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) atau memberikan maklumat yang palsu atau mengelirukan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—
(a)
dalam hal tuan punya tunggal, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya; atau
(b)
dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
(3)
Jika suatu kesalahan di bawah subseksyen (2) dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—
(a)
dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yang bertanggungjawab;
(b)
dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian itu;
(c)
dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya, juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
Maklumat oleh organisasi jagaan yang diuruskan