Malaysia legislation
Section 85
of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998
Seksyen 85
(2)
Sesuatu organisasi jagaan yang diuruskan atau tuan punya sesuatu organisasi jagaan yang diuruskan yang tidak memberikan maklumat di bawah subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—
(a)
dalam hal tuan punya tunggal, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit; atau
(b)
dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit.
(3)
Jika suatu kesalahan di bawah subseksyen (2) dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—
(a)
dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yang bertanggungjawab;
(b)
dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian itu;
(c)
dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya, juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Daftar organisasi jagaan yang diuruskan