Malaysia legislation
Section 89
of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998
Seksyen 89
(a)
mana-mana kemudahan atau premis jagaan kesihatan swasta telah digunakan atau akan digunakan bagi; atau
(b)
ada dalam mana-mana kemudahan atau premis jagaan kesihatan swasta keterangan yang perlu untuk membuktikan, pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret itu boleh mengeluarkan waran geledah berkenaan dengan kemudahan atau premis itu kepada seseorang Inspektor.
78 Undang-Undang Malaysia AKTA 586
(2)
Seseorang Inspektor yang kepadanya suatu waran geledah telah dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh, pada bila-bila masa pada siang atau malam hari dan dengan atau tanpa bantuan—
(a)
memasuki kemudahan atau premis jagaan kesihatan swasta itu, jika perlu dengan kekerasan; dan
(b)
menggeledah kemudahan atau premis jagaan kesihatan swasta itu untuk mencari dan menyita dan memindahkan dari kemudahan atau premis itu, apa-apa buku, rekod, dokumen, perkakas, kelengkapan, alat, material, barang, sampel, darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau apa-apa hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikal, bahan atau apa-apa benda lain—
(i)
yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan;
(ii)
yang berkenaan dengannya suatu kesalahan disyaki telah dilakukan; atau
(iii)
yang semunasabahnya dipercayai memberikan keterangan tentang pelakuan kesalahan itu.
(3)
Seseorang Inspektor boleh—
(a)
memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam mana-mana kemudahan atau premis jagaan kesihatan, atau mana-mana pagar, kepungan, pintu pagar atau halangan lain ke kemudahan premis jagaan kesihatan itu, untuk masuk ke dalamnya;
(b)
mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pemindahan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya di bawah subseksyen (2);
(c)
menahan tiap-tiap orang yang ditemui dalam kemudahan atau premis jagaan kesihatan sehingga kemudahan atau premis itu selesai digeledah;
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 79
(d)
dalam hal kemudahan atau premis jagaan kesihatan bergerak, menyita kemudahan atau premis jagaan kesihatan itu;
(e)
menempatkan apa-apa buku, rekod, dokumen, perkakas, kelengkapan, alat, material, barang, sampel, darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau mana-mana hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikal, bahan atau benda lain, dalam suatu bekas;
(f)
jika apa-apa buku, rekod, dokumen, perkakas, kelengkapan, alat, material, barang, sampel, darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau mana-mana hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikal, bahan atau benda lain yang disebut dalam perenggan (e) telah disita di mana-mana kemudahan atau premis jagaan kesihatan swasta yang dimasuki mengikut seksyen 88 atau 89, menempatkan buku, rekod, dokumen, perkakas, kelengkapan, alat, material, barang, sampel, darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau mana-mana hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikal, bahan atau benda lain itu dalam bilik, petak atau cabinet yang terletak di kemudahan atau premis jagaan kesihatan itu;
(g)
menanda, menutup dan mengelak bekas yang disebut dalam perenggan (e), atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, pintu atau bukaan yang menyediakan akses kepada bilik, petak atau kabinet yang disebut dalam perenggan (f).
Menggeledah dan menyita tanpa waran