Malaysia legislation

Section 90

of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998

Seksyen 90

Jika seseorang Inspektor mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh waran geledah di bawah seksyen 89—

(a)

penyiasatan akan terjejas;

80 Undang-Undang Malaysia AKTA 586

(b)

matlamat kemasukan mungkin terkecewa;

(c)

buku, rekod, dokumen, perkakas, kelengkapan, alat, material, barang, sampel, darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau mana-mana hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikal, bahan atau benda lain yang dicari mungkin dialih atau diusik; atau

(d)

keterangan yang dicari mungkin diganggu atau dimusnahkan, dia boleh menjalankan di, dan berkenaan dengan, kemudahan atau premis jagaan kesihatan swasta itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 89 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia telah diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Kuasa untuk mengelak

Section 90 — AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998