Malaysia legislation
Section 8
of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998
Seksyen 8
(a)
dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan;
(b)
disertakan dengan fi yang ditetapkan; dan
(c)
dengan mengemukakan bersama permohonan—
(i)
suatu pelan yang menyeluruh bagi penubuhan atau penyenggaraan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang dicadangkan itu termasuk pelan tapak, pelan susun atur bangunan, reka bentuk, pembinaan, spesifikasi, jenis kemudahan atau perkhidmatan yang akan diberikan dan perkiraan yang dicadangkan bagi pengambilan tenaga manusia termasuk perkiraan bagi latihan tenaga manusia;
(ii)
jika pemohon bukan orang sebenar tetapi suatu syarikat, perkongsian atau pertubuhan, sesalinan dokumen konstituennya, yang disahkan dengan sewajarnya dengan akuan berkanun yang dibuat oleh pegawai yang diberi kuasa bagi pemohon; dan
(iii)
apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen lain sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud menentukan permohonan dan kesesuaian pemohon.
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 586
(2)
Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan itu Ketua
Pengarah boleh dengan notis secara bertulis menghendaki pemohon memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan.
(3)
Kehendak di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh berbeza antara pemohon dan golongan, kategori, atau perihal permohonan yang berlainan.
(4)
Jika maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subperenggan (1)(c)(iii) dan subseksyen (2)
tidak diberikan oleh pemohon dalam masa yang dinyatakan atau masa lanjutan yang diberikan, permohonan itu—
(a)
hendaklah disifatkan telah ditarik balik; dan
(b)
tidak boleh diteruskan selanjutnya, tanpa menjejaskan pembuatan permohonan baru oleh pemohon.
(5)
Sesuatu permohonan boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan itu dibenarkan atau ditolak.
Perkara yang hendaklah dipertimbangkan sebelum kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan diberikan