Malaysia legislation
Section 9
of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998
Seksyen 9
Dalam memutuskan sama ada untuk memberikan atau tidak kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta, Ketua Pengarah hendaklah menimbangkan perkara yang berikut:
(a)
jenis kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan yang akan disediakan;
(b)
takat kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan itu yang telah sedia ada dalam sesuatu kawasan;
(c)
keperluan bagi kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan dalam sesuatu kawasan;
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 25
(d)
keperluan masa hadapan bagi kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan dalam sesuatu kawasan;
atau
(e)
apa-apa perkara lain yang pada pendapatnya adalah relevan.
Keengganan untuk memproses permohonan bagi kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan