Malaysia legislation

Section 91

of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998

Seksyen 91

(a)

tanpa dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta ini; atau

(b)

dengan melanggar mana-mana syarat yang dikenakan oleh

Ketua Pengarah,

Inspektor boleh dengan serta-merta mengambil apa-apa langkah yang difikirkannya perlu atau dengan apa-apa cara mengelak premis atau tempat itu.

(2)

Orang yang menggunakan premis atau tempat itu sebagai kemudahan jagaan kesihatan swasta atau bagi menyediakan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta hendaklah, jika premis itu telah dilak—

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 81

(a)

dalam masa dua puluh satu hari dari pengelakan itu mengemukakan kepada Ketua Pengarah lesen atau perakuan pendaftaran kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu; dan

(b)

menanggung apa-apa kos yang dilakukan berbangkit daripada tindakan itu.

(3)

Lak itu hendaklah dibuka jika—

(a)

orang yang disebut dalam subseksyen (2) mematuhi kehendak subseksyen itu; atau

(b)

suatu perintah mahkamah telah diperoleh supaya orang itu berhenti menggunakan premis atau tempat itu sebagai kemudahan jagaan kesihatan swasta atau menyediakan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta, mengikut mana-mana yang terdahulu.

(4)

Seseorang Inspektor yang bertindak di bawah seksyen ini tidaklah bertanggungan bagi apa-apa kos yang berbangkit daripada tindakan itu atau apa-apa kerosakan kepada premis atau tempat yang dilak di bawah seksyen ini melainkan jika kerosakan itu dilakukan dengan sengaja.

(5)

Apa-apa tindakan yang diambil di bawah seksyen ini berkenaan dengan mana-mana premis atau tempat hendaklah tidak boleh melarang pendakwaan mana-mana orang yang menggunakan premis atau tempat itu sebagai kemudahan jagaan kesihatan swasta atau bagi menyediakan perkhidmatan jagaan swasta dengan melanggar Akta ini.

Kuasa untuk menghendaki maklumat dan memeriksa orang

Section 91 — AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998