Malaysia legislation

Section 18

of *AKTA KERETAPI 1991

Seksyen 18

Lintasan rata jalan

(2)

Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masamengisytiharkan bahawa subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi lintasan yang dinyatakan dalam perisytiharan itu, dan sesudah itu syarikat keretapi itu hendaklah dilepaskan daripada obligasi yang dikenakan oleh subseksyen (1) berkenaan dengan lintasan tersebut.

(3)

Jika apa-apa perisytiharan sedemikian telah dibuat di bawah subseksyen (2), syarikat keretapi itu hendaklah mendirikan papan amaran di tepi jalan awam dan isyarat wisel di tepi landasan keretapi itu pada jarak yang sesuai dari lintasan rata itu, dan pemandu tiap-tiap enjin atau kenderaan bergerak lain hendaklah membunyikan wisel enjinnya atau kenderaan bergerak lain mengikut isyarat itu sebelum enjin atau kenderaan bergerak lain itu melintasi jalan awam itu.

(4)

Syarikat keretapi itu tidaklah bertanggungan bagi apa-apa kerosakan yang disebabkan kepada mana-mana orang atau harta oleh laluan apa-apa enjin, kenderaan bergerak lain atau apa-apa stokereta lain yang terpasang padanya yang melintasi jalan awam itu di mana-mana lintasan yang dinyatakan dalam perisytiharan di bawah subseksyen (2) melainkan jika dibuktikan bahawa pemandu enjin, kenderaan bergerak atau stokereta itu tidak membunyikan wisel enjin, kenderaan bergerak atau stokeretanya mengikut isyarat itu.

(5)

Jika sesuatu jabatan Kerajaan, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana orang lain membina jalan awam merintangi landasan keretapi yang sedia ada, maka jabatan Kerajaan, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana orang lain yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi penyenggaraan jalan sedemikian hendaklah

Keretapi 29

bertanggungan membayar kepada syarikat keretapi itu kos pembinaan apa-apa get atau sawar yang didirikan oleh syarikat itu di tempat yang mana jalan itu melintasi landasan keretapi itu dan sewa tahunan bagi penyenggaraannya.

Lintasan rata persendirian