/akn/my/act/act/1991/463

*AKTA KERETAPI 1991

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1991
Sections
107
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA KERETAPI 1991 is Malaysia Act, cited as Act 463 1991, currently marked in force and first recorded in 1991.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk membuat peruntukan baru dalam undang-undang yang berhubungan dengan keretapi dan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya. [1 Ogos 1992, P.U. (B) 401/1992] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Suggest a correction

Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(1A)

Walau apa pun subseksyen (1), Bahagian XII hendaklah terpakai bagi semua keretapi di Malaysia.

Suggest a correction

(2)

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta; dan

Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuatkuasanya—

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

(b)

kesemua peruntukan atau peruntukan yang berlainan dalam Akta ini berkenaan dengan Negeri atau wilayah yang berlainan.

Tafsiran

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“barang” termasuklah beg barang dan harta alih lain daripada apa-apa perihalan, dan haiwan sama ada yang hidup atau mati;

“beg barang” atau “beg barang penumpang” ertinya apa-apa artikel untuk kegunaan dan kemudahan sendiri sebagaimana yang biasanya dibawa oleh penumpang tetapi tidaklah, kecuali dalam hal pedagang kembara, termasuk artikel yang dibawa bagi maksud perniagaan, perdagangan atau keuntungan;

“demuraj” termasuklah caj bagi penahanan kenderaan, vesel, loji atau kelengkapan;

“gudang” ertinya apa-apa bangunan atau tempat yang disediakan atau digunakan oleh suatu syarikat keretapi bagi maksud menyimpan barang; dan sekiranya syarikat keretapi itu mendapati bahawa barang yang hendak disimpan dalam gudang itu lebih sesuai dibiarkan dalam trak, maka trak itu apabila ditempatkan di suatu sisian hendaklah, bagi maksud Akta ini, disifatkan sebagai suatu gudang;

“harta” ertinya apa-apa harta alih atau tak alih, dan termasuklah—

(a)

apa-apa hak, kepentingan, hak milik, tuntutan, hak dalam tindakan, kuasa, keistimewaan, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan dan sama ada terletak hak atau kontingen, berhubungan dengan mana-mana harta, atau yang selainnya mempunyai nilai;

Keretapi 13

Suggest a correction

(b)

apa-apa dokumen pemindahhakan yang disempurnakan bagi memindahhakkan, menyerahhakkan, menguntukkan, menyerahkan, atau selainnya memindahkan atau melupuskan harta tak alih yang dipunyai atau dimiliki oleh orang yang menyempurnakan dokumen pemindahhakan itu atau yang ke atasnya orang itu berhak mendapat hak kontingen, sama ada bagi seluruh kepentingannya atau apa-apa kepentingan yang kurang daripada itu;

Suggest a correction

(f)

apa-apa harta ketara atau tidak ketara lain;

“kadar” termasuklah apa-apa tambang, tambang muatan, caj atau bayaran lain bagi pengangkutan mana-mana penumpang atau barang;

“keretapi” ertinya apa-apa jenis keretapi bagi pembawaan awam penumpang atau barang atau kedua-duanya, atau mana-mana bahagian keretapi itu, dan termasuklah—

Suggest a correction

(a)

segala rel, rasuk, kabel, sisian atau cabang yang dikerjakan bagi maksud, atau berkaitan dengan, suatu keretapi;

Suggest a correction

(b)

segala stokereta yang digunakan bagi maksud trafik; dan

Suggest a correction

(c)

setakat yang konteksnya membenarkan, suatu keretapi yang sedang dalam pembinaan oleh atau bagi mana-mana syarikat keretapi, tetapi tidaklah termasuk—

Suggest a correction

(d)

Keretapi Negeri Sabah;

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

Suggest a correction

(e)

mana-mana keretapi yang digunakan atau, dalam hal suatu keretapi yang akan dibina, yang dimaksudkan untuk digunakan, oleh mana-mana orang untuk membawa barang dalam mana-mana premis yang diduduki oleh orang itu; dan

Suggest a correction

(f)

mana-mana keretapi yang digunakan atau, dalam hal suatu keretapi yang akan dibina, yang dimaksudkan untuk digunakan, keseluruhannya atau terutamanya untuk membawa penumpang dalam mana-mana premis hiburan atau rekreasi;

“Keretapi Tanah Melayu” ertinya pengusahaan yang dikenali sebagai Keretapi Tanah Melayu di bawah Ordinan termansuh;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Keretapi yang dilantik di bawah seksyen 3;

“lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 23;

“Menteri” ertinya Menteri yang sedang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi keretapi di Sabah, Sarawak dan Wilayah

Persekutuan Labuan;

“Ordinan termansuh”

ertinya

Ordinan

Keretapi 1948

[M.U. Ord. 8/1948];

“pegawai keretapi” ertinya mana-mana orang yang diambil kerja oleh atau bagi pihak mana-mana syarikat keretapi untuk melaksanakan apa-apa fungsi berkaitan dengan keretapi;

“Pentadbir” mempunyai erti yang sama yang diberi kepada

“Pentadbir Tanah” oleh seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965[Akta 56], “Pemungut” oleh seksyen 4 Ordinan Tanah Sabah [Sabah Bab 68] atau “Pengarah” oleh seksyen 2 Kanun Tanah Sarawak [Sarawak

Suggest a correction

Bab

Bab 81], mengikut mana-mana yang berkenaan;

“penyakit berjangkit atau menular” ertinya apa-apa penyakit yang diisytiharkan sebagai berjangkit atau menular oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 88;

Suggest a correction

Keretapi 15

“Pesuruhjaya Tanah Persekutuan” ertinya Pesuruhjaya Tanah

Persekutuan yang dilantik di bawah Akta Pesuruhjaya Tanah

Persekutuan 1957 [Akta 349];

“premis keretapi” ertinya kesemua premis yang di bawah kawalan atau yang diduduki atau digunakan oleh mana-mana syarikat keretapi;

“rizab keretapi” ertinya—

(a)

semua tanah yang dirizabkan sewajarnya, sama ada sebelum atau selepas mula berkuat kuasanya Akta ini, bagi maksud Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu atau Keretapi Negeri Johor atau Keretapi Tanah Melayu di bawah peruntukan seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965 atau di bawah peruntukan yang bersamaan dalam mana-mana undang-undang tanah terdahulu sebagaimana ditakrifkan dalam Kanun Tanah Negara 1965; dan

Suggest a correction

(b)

semua tanah yang disifatkan sebagai rizab keretapi di bawah peruntukan seksyen 16 atau seksyen 17 Ordinan termansuh;

“skim keretapi” ertinya suatu skim bagi pembinaan keretapi yang didepositkan dengan Menteri menurut seksyen 7;

“stokereta” termasuklah tender, motor, koc, wagon, trak, troli, pengangkut daripada apa-apa jenis dan enjin lokomotif serta enjin jenis lain yang digunakan di atas keretapi;

“syarikat keretapi” termasuklah mana-mana orang atau orang-orang, sama ada diperbadankan ataupun tidak, yang merupakan pemunya atau penerima pajak sesuatu keretapi atau pihak kepada suatu perjanjian bagi pengerjaan sesuatu keretapi;

“tambang” termasuklah semua jumlah wang yang diterima atau yang boleh diterima dan semua jumlah wang yang dikenakan atau yang boleh dikenakan bagi pembawaan penumpang;

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

“tambang muatan” termasuklah semua jumlah wang yang diterima atau yang boleh diterima dan semua jumlah wang yang dikenakan atau yang boleh dikenakan bagi pengangkutan barang; dan

“tanah Negeri” mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam

Kanun Tanah Negara 1965.

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Pengarah hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri selepas berunding dengan Suruhanjaya

Perkhidmatan Awam.

Suggest a correction

(3)

Ketua Pengarah hendaklah mempunyai suatu meterai rasmi bagi pengesahan dokumen yang dikehendaki bagi maksud tugas dan fungsinya di bawah Akta ini.

Tugas dan fungsi Ketua Pengarah

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk mengawal selia kendalian keretapi dan perkhidmatan keretapi;

Suggest a correction

(b)

untuk menetapkan standard keselamatan minimum bagi kendalian keretapi;

Keretapi 17

Suggest a correction

(c)

untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran dan menetapkan kelayakan minimum bagi mana-mana pegawai keretapi yang diamanahkan dengan penjagaan, pengawalan atau pengendalian sesuatu keretapi sebagaimana yang difikirkan wajar oleh

Ketua

Pengarah;

Suggest a correction

(d)

untuk memajukan kepentingan pengguna kemudahan dan perkhidmatan keretapi, khususnya berkenaan dengan kadar yang dikenakan, dan standard atau kualitinya; dan

Suggest a correction

(e)

untuk memajukan dan menggalakkan pengembangan dan pembaikan sistem keretapi dan kemudahan serta perkhidmatan keretapi di Sabah, Sarawak dan Wilayah

Persekutuan Labuan.

Suggest a correction

(2)

Pada menunaikan tugas dan fungsinya di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah hendaklah mengambil kira yang berikut:

(b)

semua permintaan munasabah bagi kemudahan dan perkhidmatan keretapi;

Suggest a correction

(c)

pemajuan kemudahan dan perkhidmatan keretapi pada kadar yang konsisten dengan perkhidmatan yang cekap;

Suggest a correction

(d)

pemupukan kemajuan sepatutnya sistem keretapi dan kemudahan serta perkhidmatan keretapi di Sabah,

Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan; dan

Suggest a correction

(e)

polisi semasa Kerajaan berkenaan dengan kemajuan sosial dan ekonomi serta perlindungan alam sekeliling.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

Kuasa untuk mewakil

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa perwakilan yang dibuat di bawah seksyen ini tidak boleh menahan Ketua Pengarah itu sendiri daripada melaksanakan tugas atau menjalankan fungsi yang diwakilkan demikian.

Kuasa Menteri untuk memberi arahan

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberi Ketua Pengarah arahan yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan Ketua Pengarah hendaklah melaksanakan semua arahan sedemikian.

Bahagian III

BAHAGIAN III

SKIM KERETAPI

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang berniat untuk membina suatu keretapi dalam Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan hendaklah membuat permohonan kepada dan mendepositkan dengan Menteri suatu skim keretapi yang hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:

(b)

laluan am dan tempat terminal bagi sistem keretapi yang dicadangkan;

Keretapi 19

Suggest a correction

(c)

aspek keselamatan sistem keretapi yang dicadangkan;

Suggest a correction

(d)

struktur tambang atau tambang muatan yang dicadangkan; dan

Suggest a correction

(e)

apa-apa perkara lain yang akan membolehkan Menteri menilai skim keretapi itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Tiap-tiap skim keretapi yang didepositkan di bawah subseksyen (2) hendaklah disertakan dengan suatu peta yang menunjukkan laluan yang dicadangkan bagi keretapi itu.

Suggest a correction

(4)

Menteri boleh menghendaki pemohon mengemukakan apa-apa maklumat lanjut atau tambahan sebagaimana yang difikirkannya perlu berkenaan dengan apa-apa maklumat yang terkandung dalam skim keretapi itu dan maklumat lanjut atau tambahan itu hendaklah dikemukakan dalam apa-apa tempoh dan mengikut apa-apa cara sebagaimana dikehendaki oleh Menteri.

Suggest a correction

(5)

Bagi mengelakkan keraguan, seksyen ini tidaklah terpakai bagi apa-apa kerja pembinaan yang dijalankan oleh suatu syarikat keretapi bagi maksud meningkatkan mutu atau memperbaiki mana-mana bahagian keretapi atau premis keretapi yang dikendalikan atau disenggarakan oleh syarikat keretapi itu di bawah terma lesennya setakat yang kerja itu tidak termasuk pemanjangan atau pelencongan laluan keretapi yang sedia ada.

Kelulusan skim keretapi dan pendepositan pelan, keratan, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika Menteri memberi kelulusan bersyarat kepada skim keretapi di bawah subseksyen

Suggest a correction

(1)

, pemohon hendaklah mendepositkan, di pejabat Ketua Pengarah, bagi pemeriksaan awam—

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

(a)

pelan dan keratan mengikut skala yang dinyatakan oleh

Ketua Pengarah yang menunjukkan jalan dan aras bagi keretapi yang dicadangkan itu dan juga—

Suggest a correction

(i)

apa-apa pengubahan dimaksudkan pada aras air mana-mana terusan atau pada aras atau kadar kecondongan mana-mana jalan awam atau keretapi yang akan dilintasi oleh keretapi yang dicadangkan itu;

(ii)

apa-apa pelencongan, perluasan atau penyempitan yang dimaksudkan pada mana-mana jalan awam, sungai boleh dilayari, terusan atau keretapi;

Suggest a correction

(iii)

apa-apa pembentangan dimaksudkan bagi mana-mana bahagian keretapi yang dicadangkan di sepanjang mana-mana jalan awam; dan

Suggest a correction

(iv)

apa-apa lintasan dimaksudkan bagi landasan keretapi yang dicadangkan atas mana-mana jalan awam, sungai boleh dilayari, terusan atau keretapi; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

suatu buku rujukan yang mengandungi nama tuan punya dan penerima pajak tanah yang dikehendaki bagi maksud keretapi yang dicadangkan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Ketua

Pengarah boleh menghendaki pemohon untuk mengemukakan apa-apa maklumat lanjut atau tambahan sebagaimana yang difikirkannya perlu berkenaan dengan pelan dan keratan serta buku rujukan yang disebut dalam subseksyen (2).

Suggest a correction

(4)

Pemohon hendaklah memberi notis mengenai pendepositan pelan dan keratan serta buku rujukan itu melalui iklan dalam sekurang-kurangnya tiga terbitan berturut-turut bagi sekurang-kurangnya dua akhbar kebangsaan, yang satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan, yang mempelawa semua orang yang mempunyai apa-apa bantahan terhadap pelan dan keratan serta buku rujukan itu supaya menghantar suatu pernyataan mengenai bantahan

Keretapi 21

mereka secara bertulis kepada Ketua Pengarah dalam masa tiga bulan dari tarikh notis terakhir dalam akhbar.

Suggest a correction

(5)

Apabila habis tempoh tiga bulan itu, Ketua Pengarah hendaklah mengemukakan pelan dan keratan serta buku rujukan yang disebut dalam subseksyen (2) berserta dengan bantahan mengenainya kepada Menteri untuk mendapatkan kelulusan muktamad.

Suggest a correction

(6)

Menteri boleh, selepas menimbangkan pelan dan keratan serta buku rujukan itu dan apa-apa bantahan mengenainya—

(a)

memberi kelulusan muktamad kepada atau menolak skim keretapi itu; atau

Suggest a correction

(b)

jika dia berpendapat bahawa pelan dan keratan itu patut dipinda, mengarahkan pemohon untuk menimbang semula pelan dan keratan itu dan melaporkan kepadanya dalam apa-apa tempoh yang dikehendakinya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(7)

Dalam hal di mana perenggan (6)(b) terpakai, Menteri boleh, selepas menimbangkan pindaan kepada pelan dan keratan itu dan dengan mengambil kira bantahan yang dibuat di bawah subseksyen

Suggest a correction

(4)

, memberi kelulusan muktamad kepada atau menolak skim keretapi itu.

Suggest a correction

(8)

Pelan dan keratan itu, jika diluluskan oleh Menteri, sama ada di bawah perenggan (6)(a) atau subseksyen (7), hendaklah disifatkan sebagai pelan didepositkan yang disebut dalam Akta ini.

Suggest a correction

(9)

Menteri boleh, apabila meluluskan mana-mana skim keretapi, mengenakan apa-apa kehendak atau syarat sebagaimana yang difikirkannya sesuai.

Keretapi hendaklah dibina mengikut pelan yang diluluskan

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu laluan keretapi boleh menyimpang dari jalan keretapi yang ditunjukkan di atas pelan didepositkan, tetapi tiada penyimpangan sedemikian boleh dilanjutkan melampaui had penyimpangan yang ditunjukkan di atas pelan itu.

Tanah persendirian boleh diambil bagi keretapi

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Prosiding di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 hendaklah diambil secara berasingan berkenaan dengan setiap tanah yang ditunjukkan di atas pelan dan keratan serta disebutkan dalam buku rujukan itu.

Suggest a correction

(3)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang pengambilan tanah bagi maksud pembinaan suatu keretapi melalui perjanjian antara syarikat keretapi dan tuan punya tanah sedemikian.

Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

PEMBINAAN DAN KERJA

Suggest a correction

Kuasa syarikat keretapi untuk melaksanakan segala kerja yang perlu

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(a)

membuat atau membina di, pada, merintangi, di bawah atau di atas mana-mana tanah atau sungai, apa-apa kerja atau struktur sementara, termasuklah jalan, jambatan, rel, jalan lalu, konduit dan parit, sebagaimana yang difikirkan patut oleh syarikat keretapi itu; dan

Suggest a correction

(b)

mengubah secara sementara haluan mana-mana jalan, lebuh atau jalan lalu, sebagaimana yang difikirkan patut oleh syarikat keretapi itu.

Suggest a correction

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), syarikat keretapi itu hendaklah tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa.

(3)

Suatu syarikat keretapi hendaklah, sebelum menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), memberi notis kepada tuan punya atau penduduk tanah itu mengenai niatnya untuk memasuki tanah itu.

Suggest a correction

(4)

Notis yang disebutkan dalam subseksyen (3) hendaklah menyatakan dengan selengkap dan setepat yang mungkin jenis dan takat tindakan yang diniatkan hendak dilakukan.

Suggest a correction

(5)

Ketua Pengarah boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan bagi menetapkan bentuk notis yang disebutkan dalam subseksyen (3) dan cara bagaimana notis itu boleh disampaikan ke atas tuan punya atau penduduk tanah.

Kuasa dalam hal kemalangan

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), syarikat keretapi boleh, dalam hal peri mustahak, memasuki mana-mana tanah bagi maksud menjalankan pembaikan atau mencegah suatu kemalangan tanpa mendapat kebenaran terdahulu daripada Ketua Pengarah, tetapi dalam hal sedemikian syarikat keretapi itu hendaklah, dalam masa dua puluh empat jam selepas kemasukan itu, membuat satu laporan kepada Ketua Pengarah, dengan menyatakan jenis kemalangan atau kemalangan yang dibimbangkan itu dan jenis kerja yang perlu dilakukan.

Suggest a correction

(3)

Jika selepas menimbangkan laporan itu Ketua Pengarah berpendapat bahawa tidak terdapat bahaya atau bahaya yang dibimbangkan kepada orang awam, syarikat keretapi itu hendaklah dengan serta-merta memberhentikan kerja di atas tanah itu.

Pembayaran pampasan

Suggest a correction

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Pada menjalankan kuasa di bawah seksyen 11 dan 12, syarikat keretapi hendaklah menyebabkan seberapa sedikit kerosakan yang mungkin pada tanah itu dan pampasan mencukupi hendaklah dibayar bagi apa-apa kerosakan yang diakibatkan oleh penjalanan kuasa itu.

(2)

Mana-mana orang yang menuntut pampasan daripada suatu syarikat keretapi bolehlah menyerahkan tuntutannya kepada

Pentadbir yang hendaklah mengemukakan tuntutan itu kepada syarikat keretapi itu.

Suggest a correction

(3)

Jika terdapat suatu pertikaian tentang amaun pampasan,

Pentadbir hendaklah menentukan amaun itu, setakat yang boleh, mengikut tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan pengambilan tanah bagi maksud awam yang berkuat kuasa dalam Negeri yang berkenaan.

Suggest a correction

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menahan penyelesaian melalui perjanjian akan amaun pampasan yang kena dibayar berkenaan dengan tanah yang rosak atau yang terjejas dengan mudaratnya oleh penjalanan kuasa yang diberikan oleh seksyen ini.

Keretapi 25

Kerja kemudahan

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(a)

apa-apa dan sekian banyak lintasan, jambatan, gerbang, pembentung dan lorong lalu yang sesuai di atas, di bawah atau di sisi atau menuju ke atau dari keretapi itu, yang pada pendapat Ketua Pengarah adalah perlu bagi maksud mengatasi apa-apa gangguan pada penggunaan tanah yang disebabkan oleh pembinaan suatu keretapi;

Suggest a correction

(b)

segala gerbang, terowong, pembentung, parit, alur air atau lorong lalu lain yang perlu di atas atau di bawah atau di sisi keretapi itu daripada apa-apa dimensi yang, pada pendapat Ketua Pengarah, adalah mencukupi pada setiap masa untuk membawa air dari atau ke tanah yang berdampingan atau terletak berhampiran dengan keretapi itu dengan semudahnya sebelum pembinaan keretapi itu atau dengan sehampir mudah yang boleh.

Suggest a correction

(2)

Tertakluk kepada Akta ini, kerja yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a) dan (b) hendaklah dibuat semasa atau selepas sahaja pembentangan atau pembentukan keretapi itu di atas tanah yang dilaluinya, dan mengikut apa-apa cara yang akan menyebabkan seberapa sedikit kerosakan, kemudaratan atau kesusahan yang mungkin kepada orang yang berkepentingan terhadap tanah itu atau yang terjejas oleh kerja itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan jika terdapat kerosakan atau kemudaratan pada tanah itu, syarikat keretapi hendaklah membayar pampasan mencukupi kepada orang yang berkepentingan terhadap tanah itu.

Suggest a correction

(3)

Syarikat keretapi tidaklah dikehendaki—

(a)

untuk membuat apa-apa kerja kemudahan mengikut apa-apa cara yang akan menahan atau menghalang pengerjaan atau penggunaan sesuatu keretapi; atau 26 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

Suggest a correction

(b)

untuk membuat apa-apa kerja kemudahan yang berkenaan dengannya tuan punya dan penduduk tanah itu telah bersetuju untuk menerima dan telah dibayar pampasan sebagai balasan kepada mereka yang tidak menghendaki kerja itu dibuat.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Jika syarikat keretapi telah mengadakan lintasan yang sesuai bagi sesuatu jalan atau anak sungai, dan jalan atau anak sungai itu kemudiannya dilencongkan oleh perbuatan atau pengabaian orang yang mempunyai kawalan ke atasnya, syarikat keretapi itu tidak boleh dikehendaki mengadakan apa-apa lintasan lain bagi jalan atau anak sungai itu.

Kerja tambahan

Suggest a correction

Seksyen 15

Jika—

Open as pageSuggest a correction

(a)

seorang tuan punya atau penduduk mana-mana tanah yang berdampingan dengan suatu keretapi berpendapat bahawa kerja kemudahan yang dibuat di bawah seksyen 14 adalah tidak mencukupi untuk kegunaan lega tanah itu; atau

Suggest a correction

(b)

mana-mana jabatan Kerajaan atau pihak berkuasa tempatan berhasrat untuk membina suatu jalan awam atau kerja lain merintangi, di atas atau di bawah suatu keretapi, tuan punya, penduduk, jabatan Kerajaan atau pihak berkuasa tempatan itu boleh, atas perbelanjaan sendiri, menyebabkan dibuat apa-apa kerja kemudahan selanjutnya yang difikirkannya perlu dan jika dipersetujui oleh syarikat keretapi itu atau, dalam hal perselisihan pendapat di antara tuan punya, penduduk, jabatan Kerajaan atau pihak berkuasa tempatan itu dengan syarikat keretapi, apa-apa kerja kemudahan selanjutnya sebagaimana dibenarkan oleh Ketua

Pengarah.

Keretapi 27

Pagar, adangan, get dan palang

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(a)

menyediakan atau memperbaharui, mengikut mana-mana yang berkenaan, pagar atau tanda sempadan untuk keretapinya dan mana-mana jalan yang dibina berkaitan dengannya; atau

Suggest a correction

(b)

menyediakan atau memperbaharui, mengikut mana-mana yang berkenaan, apa-apa kerja dalam bentuk adangan yang berhampiran atau berdampingan dengan sisi mana-mana jalan awam yang dibina sebelum pembuatan keretapi itu bagi maksud mencegah bahaya kepada orang awam yang menggunakan jalan itu.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana syarikat keretapi yang gagal mematuhi mana-mana rekuisisi yang dibuat di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Lintasan rata bergred

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

Jika sesuatu syarikat keretapi telah membina suatu landasan keretapi merintangi suatu jalan awam yang sama ratanya, Ketua

Pengarah boleh, jika ternyata kepadanya bahawa adalah perlu demi keselamatan dan kemudahan orang awam, pada bila-bila masa, menghendaki syarikat keretapi itu, dalam masa yang difikirkannya patut, untuk memindahkan jalan itu sama ada ke bawah atau ke atas landasan keretapi itu melalui suatu jambatan atau gerbang dengan pendakian dan penurunan yang mudah serta jalan masuk lain yang mudah sebagai ganti melintasi jalan yang sama ratanya itu, atau untuk melaksanakan kerja lain yang ternyata kepada Ketua Pengarah mengikut hal keadaan kes itu sebagai paling sesuai bagi menghapuskan atau mengurangkan bahaya yang berbangkit daripada lintasan rata itu dan bagi memenuhi kemudahan orang awam.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

Seksyen 18

Lintasan rata jalan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masamengisytiharkan bahawa subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi lintasan yang dinyatakan dalam perisytiharan itu, dan sesudah itu syarikat keretapi itu hendaklah dilepaskan daripada obligasi yang dikenakan oleh subseksyen (1) berkenaan dengan lintasan tersebut.

Suggest a correction

(3)

Jika apa-apa perisytiharan sedemikian telah dibuat di bawah subseksyen (2), syarikat keretapi itu hendaklah mendirikan papan amaran di tepi jalan awam dan isyarat wisel di tepi landasan keretapi itu pada jarak yang sesuai dari lintasan rata itu, dan pemandu tiap-tiap enjin atau kenderaan bergerak lain hendaklah membunyikan wisel enjinnya atau kenderaan bergerak lain mengikut isyarat itu sebelum enjin atau kenderaan bergerak lain itu melintasi jalan awam itu.

Suggest a correction

(4)

Syarikat keretapi itu tidaklah bertanggungan bagi apa-apa kerosakan yang disebabkan kepada mana-mana orang atau harta oleh laluan apa-apa enjin, kenderaan bergerak lain atau apa-apa stokereta lain yang terpasang padanya yang melintasi jalan awam itu di mana-mana lintasan yang dinyatakan dalam perisytiharan di bawah subseksyen (2) melainkan jika dibuktikan bahawa pemandu enjin, kenderaan bergerak atau stokereta itu tidak membunyikan wisel enjin, kenderaan bergerak atau stokeretanya mengikut isyarat itu.

Suggest a correction

(5)

Jika sesuatu jabatan Kerajaan, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana orang lain membina jalan awam merintangi landasan keretapi yang sedia ada, maka jabatan Kerajaan, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana orang lain yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi penyenggaraan jalan sedemikian hendaklah

Keretapi 29

bertanggungan membayar kepada syarikat keretapi itu kos pembinaan apa-apa get atau sawar yang didirikan oleh syarikat itu di tempat yang mana jalan itu melintasi landasan keretapi itu dan sewa tahunan bagi penyenggaraannya.

Lintasan rata persendirian

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kos pembinaan suatu lintasan rata persendirian dan sewa tahunan bagi penyenggaraannya hendaklah dibayar oleh orang yang baginya lintasan itu telah dibina.

Suggest a correction

(3)

Syarikat keretapi itu boleh, sekiranya orang yang baginya lintasan itu dibina gagal mematuhi syarat yang dikenakan, atau jika adalah suai manfaat untuk berbuat demikian demi kepentingan keretapi itu, menutup mana-mana lintasan rata persendirian.

Lintasan rata kerja

Suggest a correction

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila perisytiharan sedemikian telah dibuat, syarikat keretapi hendaklah menyediakan, di lintasan rata kerja itu, get atau sawar merintangi jalan atau jalan kecil itu, yang tidak boleh ditutup merintangi landasan keretapi itu, dan yang hendaklah dikunci apabila tidak digunakan. Kunci bagi get atau sawar itu hendaklah disimpan oleh seorang pegawai keretapi.

Suggest a correction

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), pendua bagi kunci get atau sawar bagi mana-mana lintasan rata kerja boleh diamanahkan oleh

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

syarikat keretapi kepada mana-mana orang yang kerap kali menggunakan lintasan rata kerja sedemikian dan kunci itu hendaklah dipegang simpan dan digunakan oleh orang itu selama apa-apa tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditetapkan oleh syarikat keretapi.

Suggest a correction

(4)

Syarikat keretapi boleh, dari semasa ke semasa, menentukan waktu yang sesuai bagi pembukaan get dan sawar mana-mana lintasan rata kerja, dan get atau sawar itu hendaklah hanya dibuka oleh pegawai keretapi yang menyimpan kunci get atau sawar itu pada masa yang telah ditentukan oleh syarikat keretapi.

Suggest a correction

(5)

Mana-mana orang, yang bukanlah seorang yang kunci get atau sawar diamanahkan kepadanya di bawah subseksyen (3), yang berniat untuk menggunakan sesuatu lintasan rata kerja di luar waktu yang ditentukan di bawah subseksyen (4), hendaklah memberi kepada pegawai keretapi yang menyimpan kunci get dan sawar itu, notis mengenai niatnya untuk berbuat demikian.

Pembuangan pokok yang merbahaya kepada atau yang menghalang pengerjaan sesuatu keretapi

Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika sesuatu pokok menghalang atau mengganggu mana-mana isyarat terpasang, syarikat keretapi boleh menyebabkan pokok itu ditebang atau diperlakukan mengikut apa-apa cara lain yang akan menghapuskan halangan atau gangguan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Suggest a correction

(3)

Apabila pokok yang disebutkan dalam subseksyen (1) dan (2)

telah wujud sebelum keretapi itu dibina, atau sebelum telegraf, telefon, isyarat, lampu elektrik atau wayar kuasa elektrik itu dibentangkan, atau sebelum tiang, struktur atau kelekapan itu didirikan atau dipasang, atau sebelum isyarat itu dipasang, pampasan mencukupi hendaklah dibayar oleh syarikat keretapi itu kepada tuan punya atau penduduk tanah di mana pokok itu terletak.

Notis mengenai penebangan atau penebasan pokok atau hutan yang bersempadan dengan keretapi

Suggest a correction

Seksyen 22

Keretapi 31

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika apa-apa kerosakan disebabkan pada keretapi atau pada mana-mana telegraf atau telefon yang didirikan di atasnya, syarikat keretapi boleh, jika tidak terdapat persetujuan, mendapatkan pampasan daripada tuan punya atau penduduk tanah itu melalui tindakan undang-undang.

Suggest a correction

Bahagian V

BAHAGIAN V

PELESENAN SYARIKAT KERETAPI

Suggest a correction

DAN PEMBUKAAN KERETAPI

Lesen untuk mengendalikan sesuatu keretapi

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa permohonan bagi pemberian lesen di bawah seksyen ini hendaklah dibuat secara bertulis, dan hendaklah mengandungi, atau disertai dengan, apa-apa maklumat dan dokumen sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah.

Suggest a correction

(3)

Apabila menerima suatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (2), Menteri boleh—

(a)

meluluskan permohonan itu dan mengeluarkan lesen kepada pemohon atas pembayaran apa-apa fi yang difikirkannya patut; atau

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Walau apa pun peruntukan subseksyen (3), jika suatu skim keretapi telah diluluskan oleh Menteri di bawah subseksyen 8(7), syarikat keretapi yang mengemukakan skim keretapi itu hendaklah, tertakluk kepada apa-apa syarat atau kehendak yang dikenakan oleh

Menteri atas kelulusan itu, disifatkan sebagai seorang pemohon yang berkelayakan dan sesuai bagi maksud mengendalikan keretapi yang diluluskan di bawah skim keretapi itu dan Menteri hendaklah, atas permohonan syarikat keretapi itu di bawah subseksyen (2), meluluskan permohonan itu dan mengeluarkan suatu lesen kepada syarikat keretapi itu atas pembayaran apa-apa fi sebagaimana yang difikirkannya patut.

Suggest a correction

(5)

Tiap-tiap lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3)

atau (4) hendaklah menyatakan jangka masa lesen itu dan hendaklah selanjutnya menetapkan—

(a)

jenis sistem dan perkhidmatan keretapi yang akan dikendalikan oleh sesuatu syarikat keretapi;

Suggest a correction

(b)

fi lesen tahunan yang kena dibayar oleh sesuatu syarikat keretapi;

Keretapi 33

Suggest a correction

(c)

kewajipan khusus sesuatu syarikat keretapi berkenaan dengan perkhidmatan keretapi yang dikendalikan atau kemudahan yang disediakan olehnya; dan

Suggest a correction

(d)

apa-apa perkara atau syarat lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Pengeluaran suatu lesen kepada sesuatu syarikat keretapi oleh

Menteri di bawah subseksyen (3) atau (4) tidak akan mengenakan apa-apa tanggungan ke atas Kerajaan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan, peninggalan atau kemungkiran syarikat itu.

Notis mengenai pembukaan yang dimaksudkan mengenai sesuatu keretapi

Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Pengarah boleh, jika difikirkannya patut atau atas permohonansesuatu syarikat keretapi, mengurangkan tempoh atau mengetepikan notisyang disebut dalam subseksyen (1).

Menteri hendaklah meluluskan pembukaan keretapi

Suggest a correction

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri hendaklah memberikan kelulusannya bagi pembukaan suatu keretapi hanya setelah dia menerima suatu laporan bertulis daripada jurutera yang dilantik oleh Ketua Pengarah bahawa—

(a)

dia telah membuat pemeriksaan cermat akan keretapi itu;

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

Suggest a correction

(b)

berat rel, kekuatan jambatan, sifat struktur am kerja, dan saiz serta muatan kasar maksimum di atas gandar mana-mana stokereta adalah seperti yang telah ditetapkan oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

dan

Suggest a correction

(c)

pada pendapatnya pembukaan keretapi itu tidak akan menyebabkan apa-apa bahaya kepada penumpang atau apa-apa kerosakan kepada barang yang dibawa di atasnya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Seksyen ini hendaklah terpakai mutatis mutandis—

(a)

bagi apa-apa kerja tambahan yang menjadi sebahagian daripada atau berkaitan secara langsung dengan keretapi yang telah dibina selepas pemeriksaan yang mendahului pembukaan pertama keretapi itu; dan

Suggest a correction

(b)

bagi apa-apa pembinaan semula yang menyentuh secara material sifat struktur mana-mana keretapi.

Pemeriksaan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

Selepas sesuatu keretapi telah dibuka, keretapi itu hendaklah diperiksa oleh seorang jurutera, yang hendaklah dilantik oleh Ketua

Pengarah, mengikut apa-apa cara dan pada apa-apa lat tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Seksyen 27

Kuasa untuk menutup keretapi apabila telah dibuka

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Pengarah boleh sesudah itu memerintahkan keretapi itu ditutup, atau dalam hal sesuatu stokereta, memerintahkan supaya penggunaan stokereta itu diberhentikan atau supaya keretapi itu digunakan hanya atas apa-apa syarat sebagaimana yang didapati perlu oleh Ketua Pengarah bagi keselamatan orang awam atau barang yang dibawa di atasnya.

Pembukaan semula keretapi selepas penutupan

Suggest a correction

Seksyen 28

Keretapi 35

Open as pageSuggest a correction

(2)

Stokereta yang telah diperintahkan supaya diberhentikan penggunaannya di bawah seksyen 27 tidak boleh digunakan sehinggalah ia telah diperakukan sebagai sesuai untuk digunakan oleh seorang jurutera yang dilantik oleh Ketua Pengarah selepas pemeriksaan dan Ketua Pengarah telah meluluskan penggunaannya.

Pembukaan semula landasan selepas penggantungan sementara

Suggest a correction

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

Apabila suatu kemalangan telah berlaku, yang mengakibatkan penggantungan sementara trafik, dan landasan dan kerja asal telah dipulihkan dengan cepat kepada standard asalnya atau suatu pelencongan sementara telah dibentangkan bagi maksud memulihkan perhubungan, maka landasan dan kerja asal yang dipulihkan sedemikian boleh dibuka semula atau pelencongan sementara itu dibuka, mengikut mana-mana yang berkenaan, tertakluk kepada syarat yang berikut:

(a)

bahawa pegawai keretapi yang menjaga kerja yang diusahakan disebabkan oleh kemalangan itu telah memperakui secara bertulis bahawa pembukaan semula landasan dan kerja yang dipulihkan itu atau pembukaan pelencongan sementara itu tidak akan, pada pendapatnya, menyebabkan apa-apa bahaya kepada

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

orang awam atau apa-apa kerosakan kepada barang yang dibawa di atasnya; dan

Suggest a correction

(b)

bahawa notis bertulis mengenai pembukaan semula landasan dan kerja itu atau pembukaan pelencongan itu hendaklah telah dihantar kepada Ketua Pengarah.

Penalti am kerana kegagalan mematuhi Bahagian V

Suggest a correction

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana syarikat keretapi yang bertindak berlanggaran dengan Bahagian ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

KEWAJIPAN SYARIKAT KERETAPI

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk menyediakan perkhidmatan dan kemudahan keretapi yang dinyatakan dalam lesennya pada takat yang perlu bagi syarikat keretapi itu memenuhi apa-apa standard prestasi yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah di bawah Akta ini; dan

Suggest a correction

(b)

untuk memajukan dan menyenggarakan suatu sistem keretapi yang cekap.

Standard prestasi

Suggest a correction

Seksyen 32

Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap syarikat keretapi—

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen itu boleh—

(a)

membuat peruntukan mengenai tatacara yang hendak diikuti bagi menguatkuasakan standard yang ditetapkan;

dan

Suggest a correction

(b)

menetapkan hal keadaan di mana sesuatu syarikat keretapi boleh dikecualikan daripada kehendak peraturan-peraturan itu.

Pengemukaan laporan, akaun, dsb.

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

(a)

suatu laporan mengenai kendalian syarikat keretapi itu dalam tahun kewangan itu yang mengandungi apa-apa maklumat sebagaimana yang perlu untuk membolehkan

Ketua Pengarah mentaksirkan syarikat keretapi itu; dan

Suggest a correction

(b)

kunci kira-kira, akaun keuntungan dan kerugian tahunan terauditnya, berserta dengan apa-apa notis mengenainya, dan laporan juruaudit dan pengarahnya.

Suggest a correction

(2)

Laporan yang dikehendaki oleh perenggan (1)(a) hendaklah dalam bentuk yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.

Pengemukaan maklumat

Suggest a correction

Seksyen 34

Pengarah—

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah boleh, dari semasa ke semasa, menghendaki sesuatu syarikat keretapi mengemukakan kepadanya—

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

(a)

apa-apa maklumat statistik berhubungan dengan operasi syarikat keretapi itu;

Suggest a correction

(b)

ramalan mengenai penumpang atau barangnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selama apa-apa tempoh dan dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah; dan

Suggest a correction

(c)

pelan kemajuan masa hadapan yang berhubungan dengan apa-apa perkhidmatan atau kemudahan yang perlu disediakan oleh syarikat itu di bawah syarat lesen.

Pengemukaan maklumat lanjut

Suggest a correction

Seksyen 35

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu syarikat keretapi yang gagal mematuhi seksyen ini atau seksyen 33 atau 34 hendaklah membayar kepada Kerajaan suatu jumlah wang sebanyak satu ratus ringgit bagi tiap-tiap hari yang keingkaran itu berterusan selepas hari yang ketiga puluh dari tarikh syarikat itu dikehendaki mengemukakan laporan atau maklumat itu.

Ketua Pengarah hendaklah diberitahu mengenai apa-apa pertukaran dalam kawalan syarikat, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 36

Open as pageSuggest a correction

(a)

apa-apa pertukaran dalam kawalan syarikat keretapi itu;

Keretapi 39

Suggest a correction

(b)

apa-apa pertikaian perindustrian di antara syarikat keretapi itu dengan pekerjanya;

Suggest a correction

(d)

apa-apa prosiding atau tuntutan yang dimulakan atau yang dibuat terhadap syarikat keretapi itu yang mungkin mempunyai kesan yang memudaratkan ke atas keadaan kewangannya atau ke atas keupayaannya untuk melaksanakan apa-apa syarat di bawah lesen.

Suggest a correction

(2)

Bagi maksud perenggan (1)(a), ungkapan “kawalan”, berhubungan dengan sesuatu syarikat keretapi, ertinya mempunyai kuasa, secara langsung atau tidak langsung, untuk mengarahkan pengurusan dan polisi syarikat keretapi itu.

Suggest a correction

(3)

Sesuatu syarikat keretapi yang gagal mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Suggest a correction

Bahagian VII

BAHAGIAN VII

KUASA SYARIKAT KERETAPI

Suggest a correction

Jadual waktu dan senarai tambang hendaklah ditampal di stesen

Seksyen 37

Open as pageSuggest a correction

Tiap-tiap syarikat keretapi hendaklah menyimpan, di tiap-tiap stesen keretapi, suatu salinan jadual waktu yang sedang berkuat kuasa atas keretapi itu dan suatu senarai tambang am yang dikenakan bagi perjalanan dari stesen yang mana senarai itu ditampal ke tiap-tiap tempat yang baginya tiket biasanya dikeluarkan kepada penumpang di stesen itu, dan hendaklah membenarkan semua orang memeriksanya dengan percuma pada setiap waktu yang munasabah.

Tambang hendaklah dibayar terlebih dahulu dan tiket penumpang hendaklah diserahkan apabila diminta

Seksyen 38

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap orang yang berniat membuat perjalanan dengan keretapi hendaklah, selepas membayar tambangnya, diberikan suatu tiket yang menyatakan kelas koc atau penginapan, dan stesen atau tempat dari mana, serta stesen atau tempat ke mana, yang baginya tambang itu telah dibayar, dan hendaklah, apabila dikehendaki berbuat demikian, menunjukkan tiketnya kepada mana-mana pegawai keretapi yang diberi kuasa sewajarnya untuk memeriksa tiket itu, dan hendaklah menyerahkan tiket itu apabila diminta kepada mana-mana pegawai keretapi yang diberi kuasa sewajarnya untuk memungut tiket.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang membuat perjalanan tanpa tiket atau yang tidak mengemukakan atau menyerahkan tiketnya seperti yang disebut terdahulu hendaklah bertanggungan membayar kepada syarikat keretapi itu—

(a)

tambang bagi jarak perjalanan yang telah dibuat atau, jika terdapat apa-apa keraguan tentang stesen atau tempat dari mana dia bermula, tambang dari stesen atau tempat dari mana keretapi itu mula-mula bertolak; dan

Suggest a correction

(b)

suatu caj khas sebagaimana yang ditetapkan di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Tambang dan caj khas sedemikian hendaklah dibayar apabila diminta kepada mana-mana pegawai keretapi yang diberi kuasa sewajarnya untuk memungut tiket, dan jika tidak dibayar sedemikian, bayarannya bolehlah didapatkan kembali oleh syarikat keretapi itu melalui tindakan undang-undang.

Lien bagi tambang, kadar dan caj lain

Suggest a correction

Seksyen 39

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila apa-apa barang telah ditahan di bawah subseksyen (1)

syarikat keretapi itu boleh—

(a)

dalam hal barang mudah musnah, menjualkannya dengan serta-merta melalui lelongan awam atau perjanjian persendirian sebagaimana yang difikirkannya suai manfaat; dan

Suggest a correction

(b)

dalam hal barang lain, menjual melalui lelongan awam, apabila habis tempoh notis sekurang-kurangnya empat belas hari mengenai lelongan yang diniatkan itu yang disiarkan dalam satu atau lebih akhbar tempatan, apa-apa kuantiti barang yang memadai untuk mendapatkan semula jumlah wang yang kena dibayar kepada atau yang boleh didapatkan kembali oleh syarikat keretapi itu berserta dengan segala perbelanjaan bagi penahanan, notis dan jualan sedemikian, termasuklah, dalam hal haiwan, perbelanjaan bagi memberi makan, memberi minuman dan menjaganya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Syarikat keretapi boleh, daripada hasil jualan itu, memegang simpan amaun jumlah wang dan perbelanjaan yang kena dibayar kepada atau yang boleh didapatkan kembali oleh syarikat keretapi itu, dengan memberikan lebihan hasil jualan itu, jika ada, dan apa-apa barang yang masih tidak terjual kepada orang yang berhak kepadanya.

Suggest a correction

(4)

Jika orang yang berhak kepada barang itu gagal mengalihkan mana-mana barang yang masih tidak terjual dari premis keretapi itu, dalam sesuatu masa yang munasabah, syarikat keretapi itu boleh menjual keseluruhan barang itu dan hendaklah, selepas memotong perbelanjaan penahanan dan penjualan lanjut barang itu, memberikan lebihan hasil jualan itu kepada orang yang berhak kepadanya.

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

Suggest a correction

(5)

Orang yang berhak mengalihkan barang itu tidak boleh berbuat demikian melainkan jika dia memberi syarikat keretapi itu sejumlah wang yang sama dengan kos, caj dan perbelanjaan penahanan lanjut barang itu dari tarikh penjualan di bawah subseksyen (2) sehinggalah tarikh pengalihan barang itu.

Suggest a correction

(6)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini, syarikat keretapi itu boleh mendapatkan kembali apa-apa jumlah wang yang disebutkan dalam subseksyen (1) melalui guaman atau tindakan.

Pelupusan barang tidak dituntut

Suggest a correction

Seksyen 40

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika pemunya atau orang itu tidak dikenali, atau notis itu tidak boleh disampaikan kepadanya, atau jika dia tidak mematuhi notis itu, syarikat keretapi itu boleh, selepas masa yang munasabah, menjual barang itu dengan seberapa hampir yang boleh mengikut seksyen 39

dan memberikan lebihan hasil jualan itu, jika ada, kepada mana-mana orang yang berhak kepadanya.

Rekuisisi bagi akuan bertulis mengenai perihalan barang

Suggest a correction

Seksyen 41

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika pemunya, orang, atau penerima konsain itu enggan atau abai memberikan suatu akuan sedemikian atau enggan membuka bungkusan yang mengandungi barang itu supaya perihalannya boleh ditentukan, syarikat keretapi itu boleh—

(a)

berkenaan dengan barang yang telah dibawa bagi maksud pengangkutan, enggan membawa barang itu melainkan jika suatu kadar dibayar berkenaan dengannya yang tidak melebihi kadar tertinggi yang berkuat kuasa pada masa itu di atas keretapi bagi apa-apa kelas barang; atau

Suggest a correction

(b)

berkenaan dengan barang yang telah diangkut, mengenakan suatu kadar yang tidak melebihi kadar tertinggi itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika suatu akuan yang dihantar serah di bawah subseksyen (1)

adalah pada materialnya palsu berkenaan dengan perihalan mana-mana barang yang dikatakan dimaksudkan olehnya, dan yang telah diangkut, maka syarikat keretapi itu boleh mengenakan, berkenaan dengan pengangkutan barang itu, suatu kadar yang tidak melebihi dua kali ganda kadar tertinggi yang berkuat kuasa pada masa itu di atas keretapi bagi apa-apa kelas barang.

Suggest a correction

(4)

Jika apa-apa perselisihan berbangkit di antara seorang pegawai keretapi dengan pemunya atau orang yang menjaga, atau penerima konsain, mana-mana barang yang telah dihantar serah untuk pengangkutan, atau yang telah diangkut, berkenaan dengan perihalan barang yang menjadi subjek suatu akuan di bawah seksyen ini, pegawai keretapi itu boleh menahan dan memeriksa barang itu.

Suggest a correction

(5)

Jika ternyata daripada pemeriksaan itu bahawa perihalan barang itu adalah berbeza daripada apa yang dinyatakan dalam akuan yang dihantar serah di bawah subseksyen (1), orang yang menghantar serah akuan itu, jika orang itu bukan pemunya barang itu, maka orang itu dan pemunya barang itu secara bersesama dan berasingan, adalah

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

bertanggungan membayar kepada syarikat keretapi itu kos penahanan dan pemeriksaan barang itu, dan syarikat keretapi itu hendaklah dilepaskan daripada segala tanggungjawab bagi apa-apa kerugian yang mungkin telah disebabkan oleh penahanan atau pemeriksaan barang itu.

Suggest a correction

(6)

Jika ternyata bahawa perihalan barang itu tidak berbeza daripada apa yang dinyatakan dalam akuan yang dihantar serah di bawah subseksyen (1), syarikat keretapi itu hendaklah membayar kos penahanan dan pemeriksaan itu, dan hendaklah bertanggungjawab kepada pemunya barang itu atas apa-apa kerugian seperti yang disebut terdahulu.

Suggest a correction

(7)

Mana-mana orang yang terjejas secara mudarat oleh peruntukan subseksyen (3) atau (5) boleh, melainkan jika dia telah terdahulu mengakui liabilitinya, dalam masa tujuh hari daripada pembuatan suatu tuntutan oleh atau bagi pihak syarikat keretapi itu di bawah mana-mana subseksyen yang terdahulu, menghendaki, melalui notis bertulis, syarikat keretapi itu supaya mendapatkan tuntutan itu melalui guaman atau tindakan, dan sehingga penamatan guaman atau tindakan itu, hak syarikat keretapi untuk mendapat tuntutan itu melalui penjualan dan penahanan hasilnya mengikut cara yang ditetapkan di bawah seksyen ini adalah tergantung.

Barang merbahaya atau memudaratkan

Suggest a correction

Seksyen 42

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini atau dalam mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh ditafsirkan sebagai mengurangkan kuasa mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa berhubungan dengan pemilikan atau pengangkutan barang merbahaya atau memudaratkan.

Keretapi 45

Kemudahan trafik

Suggest a correction

Seksyen 43

Open as pageSuggest a correction

Tiap-tiap syarikat keretapi hendaklah mengadakan segala kemudahan munasabah bagi menerima, menghantar, dan menghantar serah trafik di atas keretapi.

Seksyen 44

Syarikat keretapi bukan suatu pengangkutan umum

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun apa-apa undang-undang bertulis yang lain, suatu syarikat keretapi tidak boleh disifatkan sebagai suatu pengangkutan umum atau tertakluk kepada mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pengangkutan umum.

Bahagian VIII

BAHAGIAN VIII

KEMALANGAN

Suggest a correction

Notis mengenai kemalangan hendaklah diberi

Seksyen 45

Open as pageSuggest a correction

(a)

pegawai keretapi yang menjaga stesen yang paling hampir dengan tempat di mana kemalangan itu berlaku hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu tetapi dalam apa-apa hal tidak lewat dari dua puluh empat jam selepas kemalangan itu berlaku, memberi notis mengenai kemalangan itu secara bertulis atau melalui apa-apa bentuk telekomunikasi kepada pegawai yang menjaga balai polis yang hampir; dan

Suggest a correction

(b)

syarikat keretapi hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu tetapi dalam apa-apa hal tidak lewat dari dua puluh empat jam selepas kemalangan itu berlaku, menghantar notis bertulis mengenai kemalangan itu kepada Ketua Pengarah.

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

Suggest a correction

(2)

Notis itu hendaklah mengandungi suatu pernyataan ringkas mengenai jenis kemalangan itu dan mengenai takat kecederaan atau kerosakan yang disebabkan oleh kemalangan itu.

Siasatan

Suggest a correction

Seksyen 46

Bila masa suatu kemalangan berlaku di atas suatu keretapi—

Open as pageSuggest a correction

(2)

Syarikat keretapi hendaklah mengemukakan kepada Ketua

Pengarah suatu laporan mengenai kemalangan itu dan laporan itu hendaklah menyatakan tindakan yang akan diambil oleh syarikat itu berkenaan dengan pegawai yang bertanggungjawab bagi kemalangan itu atau bagi penyemakan kaedah-kaedah atau sistem bekerja dan, jika suatu siasatan telah diadakan di bawah subseksyen (1), suatu laporan mengenai siasatan itu.

Suggest a correction

(3)

Ketua Pengarah boleh, jika dia tidak berpuas hati dengan laporan yang dikemukakan kepadanya di bawah subseksyen (2), dan dengan kelulusan

Menteri, membentuk suatu jawatankuasa penyiasatan untuk menyiasat sebab kemalangan itu.

Suggest a correction

(4)

Bagi maksud siasatan sedemikian, jawatankuasa penyiasatan itu boleh memanggil mana-mana orang supaya menghadiri apa-apa mesyuarat jawatankuasa tersebut untuk memberi keterangan atas sumpah atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain dalam milikannya dan untuk memeriksanya sebagai seorang saksi atau menghendakinya supaya mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain dalam milikannya berhubungan dengan perkara yang menjadi hal perkara siasatan sedemikian.

Suggest a correction

(5)

Mana-mana orang yang, di bawah subseksyen (4)—

Keretapi 47

(a)

setelah dipanggil menghadiri mana-mana siasatan sedemikian, gagal berbuat demikian;

Suggest a correction

(b)

menunjukkan apa-apa perbuatan tidak hormat atau apa-apa penghinaan atau ancaman kepada jawatankuasa itu atau mana-mana anggotanya semasa sesuatu siasatan;

atau

Suggest a correction

(c)

setelah dikehendaki oleh jawatankuasa itu supaya memberi keterangan atas sumpah atau supaya mengemukakan suatu dokumen atau benda lain, enggan berbuat demikian atau memberikan keterangan palsu atau mengemukakan dokumen atau apa-apa benda lain yang diketahuinya adalah palsu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Jawatankuasa penyiasatan itu hendaklah, apabila selesainya siasatan itu, mengemukakan laporannya kepada Ketua Pengarah dan laporan itu hendaklah menyatakan pendapat jawatankuasa itu tentang sebab kemalangan itu dan butir-butir lengkap kes itu.

Menteri boleh memerintahkan siasatan

Suggest a correction

Seksyen 47

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang dilantik sedemikian hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan, bagi maksud siasatan itu, segala kuasa statutori dan kuasa lain sebagaimana yang sedang terletak hak pada dan boleh dijalankan oleh seorang majistret bagi memanggil dan menguatkuasakan kehadiran saksi, bagi mentadbirkan sumpah atau ikrar kepada saksi itu dan bagi memaksa saksi itu menjawab semua soalan yang munasabah dan berpatutan berhubungan dengan perkara yang menjadi subjek siasatan itu.

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

Suggest a correction

(3)

Orang yang mengadakan siasatan sedemikian hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu salinan prosiding itu dan melaporkan pendapatnya tentang sebab kemalangan itu berserta dengan butir-butir lengkap kes itu.

Erti “kemalangan”

Suggest a correction

Seksyen 48

Open as pageSuggest a correction

Bagi maksud seksyen 45, 46 dan 47, “kemalangan” ertinya suatu kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa manusia atau cedera parah kepada mana-mana penumpang di atas mana-mana tren atau kepada mana-mana orang yang terlibat dalam pengerjaan keretapi atau yang melibatkan kerosakan teruk kepada harta atau suatu kemalangan dari sekian perihalan yang biasanya melibatkan kehilangan nyawa, kecederaan atau kerosakan sedemikian.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan yang berhubungan dengan notis mengenai kemalangan, dsb.

Seksyen 49

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan yang berhubungan dengan—

(a)

bentuk notis yang tersebut dalam seksyen 45, dan butir-butir kemalangan yang hendaklah terkandung dalam notis itu;

Suggest a correction

(b)

kelas kemalangan yang berkenaan dengannya notis hendaklah dihantar melalui apa-apa bentuk telekomunikasi selepas sahaja kemalangan itu berlaku;

Suggest a correction

(c)

tugas pegawai keretapi atau pegawai polis apabila berlakunya sesuatu kemalangan; dan

Suggest a correction

(d)

tatacara bagi apa-apa siasatan ke atas sesuatu kemalangan.

Pengemukaan penyata mengenai kemalangan

Suggest a correction

Seksyen 50

Tiap-tiap syarikat keretapi hendaklah menghantar kepada Ketua

Open as pageSuggest a correction

Pengarah suatu penyata mengenai kemalangan yang berlaku di atas

Keretapi 49

keretapinya, sama ada yang melibatkan kecederaan diri ataupun tidak, dalam bentuk dan mengikut cara dan pada apa-apa lat tempoh atau masa sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.

Seksyen 51

Penalti kerana kegagalan mematuhi seksyen 45

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana pegawai keretapi yang menjaga stesen yang tidak memberi notis mengenai kemalangan sebagaimana yang dikehendaki oleh seksyen 45 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya.

Penalti kerana kegagalan mematuhi seksyen 50

Suggest a correction

Seksyen 52

Mana-mana syarikat keretapi yang gagal mematuhi seksyen 50

Open as pageSuggest a correction

hendaklah membayar kepada Kerajaan suatu jumlah wang sebanyak lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari selama keingkaran itu berterusan selepas hari yang keempat belas dari tarikh yang ditetapkan bagi pengemukaan penyata itu.

Seksyen 53

Pemeriksaan perubatan wajib bagi orang yang tercedera dalam kemalangan keretapi

Open as pageSuggest a correction

Bila masa mana-mana orang yang tercedera dalam sesuatu kemalangan atas keretapi menuntut pampasan oleh sebab kecederaannya itu, mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa ke atas perkara sedemikian boleh memerintahkan supaya orang yang tercedera itu diperiksa oleh seorang pengamal perubatan berkelayakan sewajarnya yang bukanlah seorang saksi bagi mana-

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

mana pihak, dan boleh membuat perintah mengenai kos pemeriksaan itu sebagaimana yang difikirkannya patut.

Bahagian IX

BAHAGIAN IX

Seksyen 54

Mana-mana pegawai keretapi yang—

Open as pageSuggest a correction

(a)

berada dalam keadaan mabuk semasa menunaikan apa-apa tugas; atau

Suggest a correction

(b)

enggan atau abai melaksanakan tugasnya atau melaksanakan tugasnya mengikut cara yang tidak wajar, jika tugasnya adalah sedemikian sehingga keadaan mabuk, keengganan, keabaian atau pelaksanaan tidak wajar tugasnya itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkemungkinan membahayakan keselamatan mana-mana orang atau barang yang dibawa di atas keretapi, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Membawa barang merbahaya atau memudaratkan ke atas keretapi dengan menyalahi undang-undang

Suggest a correction

Seksyen 55

Open as pageSuggest a correction

Jika, berlanggaran dengan seksyen 42, mana-mana orang membawa atau menyebabkan dibawa atau didepositkan apa-apa barang merbahaya atau memudaratkan ke atas keretapi, atau memberi atau menghantar serah atau mendepositkan mana-mana barang sedemikian untuk diangkut di atas keretapi, maka orang itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Keretapi 51

Memasuki atau meninggalkan koc keretapi, dsb., semasa koc sedang bergerak, atau membuat perjalanan secara luar aturan

Seksyen 56

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana penumpang yang masuk ke dalam atau ke atas, atau cuba untuk masuk ke dalam atau ke atas, atau keluar atau cuba untuk keluar dari mana-mana koc keretapi semasa koc itu sedang bergerak, atau yang membuat perjalanan atau cuba membuat perjalanan atas atau di dalam mana-mana bahagian koc yang bukan dimaksudkan untuk kegunaan penumpang, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap kesalahan.

Seksyen 57

Memasuki atau meninggalkan koc keretapi secara luar aturan

Open as pageSuggest a correction

(a)

pada bila-bila masa memasuki atau meninggalkan atau cuba memasuki atau meninggalkan mana-mana koc keretapi selain melalui pintu yang disediakan bagi maksud itu di sisi koc itu yang berhampiran dengan platform atau tempat seumpamanya yang lain yang ditetapkan oleh syarikat keretapi sebagai tempat bagi orang memasuki atau meninggalkan sesuatu koc keretapi; atau

Suggest a correction

(b)

membuka mana-mana pintu luar mana-mana koc sedemikian semasa ia sedang bergerak, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.

Menahan kemasukan, dan memasuki serta enggan meninggalkan tren yang penuh

Suggest a correction

Seksyen 58

Mana-mana penumpang yang—

Open as pageSuggest a correction

(a)

menahan kemasukan sah penumpang lain ke dalam sesuatu koc keretapi atau bahagian koc keretapi yang

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

tidak dikhaskan oleh syarikat keretapi bagi kegunaan penumpang yang menahan itu;

Suggest a correction

(b)

selepas tidak dibenarkan masuk ke dalam sesuatu tren oleh seorang pegawai keretapi, oleh sebab tren itu penuh, namun begitu berkeras untuk memasuki atau cuba memasuki tren itu; atau

Suggest a correction

(c)

setelah menaiki suatu tren di mana-mana tempat dan setelah diminta oleh seorang pegawai keretapi, oleh sebab tren itu penuh, supaya meninggalkan tren itu sebelum tren itu meninggalkan tempat itu, tidak mematuhi permintaan itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit dan, sebagai tambahan, boleh dikeluarkan dari keretapi itu oleh mana-mana pegawai keretapi.

Penalti kerana kelakuan tidak senonoh atau sumbang atau kacau ganggu

Suggest a correction

Seksyen 59

Mana-mana orang yang—

Open as pageSuggest a correction

(a)

berkelakuan mengikut cara yang tidak senonoh atau sumbang atau melakukan apa-apa kacau ganggu di atas sesuatu koc keretapi atau di atas mana-mana premis keretapi; atau

Suggest a correction

(b)

menyerang, menghalang atau menggalang seorang pegawai keretapi dalam melaksanakan tugasnya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya dan sebagai tambahan, pesalah itu boleh dikeluarkan oleh mana-mana pegawai keretapi daripada mana-mana koc atau premis keretapi itu dan hendaklah, jika dia seorang penumpang, dilucuthakkan tambangnya.

Keretapi 53

Penalti kerana penggunaan tidak wajar alat isyarat kecemasan

Suggest a correction

Seksyen 60

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang menggunakan secara tidak wajar alat isyarat kecemasan yang disediakan oleh sesuatu syarikat keretapi dalam mana-mana koc atau di atas mana-mana tren bagi kegunaan penumpang untuk memberhentikan sesuatu tren dalam hal kecemasan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 61

Penalti kerana mengalihkan, dsb., tonggak, pancang atau tanda lain

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang mengalihkan, mencacatkan atau dengan apa-apa jua cara mengganggu mana-mana tonggak, pancang, atau tanda lain, yang diletakkan oleh atau bagi maksud sesuatu syarikat keretapi di sepanjang landasan keretapi atau berdampingan dengannya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 62

Penalti kerana menceroboh

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang menceroboh sesuatu keretapi atau mana-mana premis keretapi melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit dan, jika mana-mana orang sedemikian enggan meninggalkan keretapi atau premis keretapi itu apabila diminta berbuat demikian oleh mana-mana pegawai keretapi, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit, dan boleh dikeluarkan dengan serta-merta dari keretapi atau premis keretapi.

Penalti kerana memandu apa-apa kenderaan atau menghalau haiwan ke atas atau melintasi landasan keretapi

Seksyen 63

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang dengan sengaja menunggang, membawa, atau memandu atau menghalau ke atas atau melintasi

54 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

landasan keretapi apa-apa kenderaan atau haiwan, kecuali apabila secara terus melintasi landasan keretapi itu di mana-mana jalan atau tempat yang ditetapkan bagi maksud itu pada masa yang dia boleh berbuat demikian dengan sah, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap kesalahan.

Seksyen 64

Penalti kerana kerosakan, sama ada sengaja atau cuai

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan sengaja atau dengan cuai merosakkan mana-mana keretapi atau mana-mana harta yang dipunyai oleh suatu syarikat keretapi;

Suggest a correction

(b)

mengalihkan pasir, batu, tanah, atau apa-apa perkara atau benda lain dari tebing, jambatan, pembetung, tembok penahan atau landasan keretapi kepunyaan suatu syarikat keretapi; atau

Suggest a correction

(c)

menebang balak mengikut cara yang berkemungkinan membahayakan keselamatan tren yang lalu atau mana-mana orang di dalam atau di atas tren itu, atau menyebabkan kerosakan kepada landasan keretapi itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang mengikat dawai bagi pagar dawai, memecahkan atau memusnahkan apa-apa pagar atau pagar hidup, atau melakukan atau menyebabkan dilakukan apa-apa perbuatan yang merosakkan atau berkemungkinan merosakkan apa-apa pagar atau pagar hidup yang berkaitan dengan suatu keretapi melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Keretapi 55

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang, dengan sengaja atau dengan cuai, melencongkan mana-mana anak sungai atau parit atau, melalui apa-apa cara, menyebabkan air mengalir ke atas keretapi atau menyebabkan kerosakan kepada sesuatu keretapi mengikut apa-apa cara melalui air, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang, yang mempunyai apa-apa kontrak untuk membekalkan batu-bata, batu kerikil, balak, bahan api, atau apa-apa bahan lain kepada syarikat keretapi, atau yang diambil kerja berkaitan dengan pembekalan bahan itu kepada syarikat keretapi, yang dengan cuai meletakkan atau menyusun bahan tersebut mengikut cara yang tidak selamat atau tidak cermat, atau kurang daripada jarak yang ditetapkan dari rel itu, sehinggakan keselamatan tren yang lalu atau mana-mana orang di dalam atau di atas tren itu dibahayakan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Membuka atau tidak menutup get dengan betul

Suggest a correction

Seksyen 65

Mana-mana orang yang—

Open as pageSuggest a correction

(a)

mana-mana orang membuka atau cuba membuka mana-mana get yang diletakkan di mana-mana belah landasan keretapi yang merintangi sesuatu jalan, atau lalu atau cuba untuk lalu, atau memandu atau membawa atau cuba untuk memandu atau membawa, apa-apa kenderaan, haiwan atau benda lain melintasi landasan keretapi itu; atau

Suggest a correction

(b)

semasa ketiadaan seorang penjaga get, mana-mana orang tidak menutup dan menyelak dan, jika perlu, tidak mengunci sesuatu get seperti yang disebut terdahulu sebaik sahaja dia dan mana-mana kenderaan, haiwan atau benda lain yang di bawah jagaannya telah lalu menerusi get itu,

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

maka dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Menghalang atau cuba menghalang keretapi dengan niat jahat

Suggest a correction

Seksyen 66

Jika mana-mana orang dengan menyalahi undang-undang—

Open as pageSuggest a correction

(a)

meletakkan, melemparkan atau menyebabkan terjatuh ke arah, di atas atau merintangi sesuatu keretapi apa-apa kayu, batu atau bahan atau benda lain;

Suggest a correction

(b)

mengambil, mengalihkan, melonggarkan, atau memindahkan apa-apa rel, ranjang landas atau perkara atau benda lain yang berkaitan dengan sesuatu keretapi;

Suggest a correction

(c)

memusingkan, menggerakkan, membuka kunci atau melencongkan apa-apa tempat keretapi atau jentera lain yang berkaitan dengan sesuatu keretapi;

Suggest a correction

(d)

menggerakkan mana-mana bahagian stokereta di atas landasan keretapi atau meninggalkannya di atas mana-mana bahagian landasan keretapi;

Suggest a correction

(e)

membuat, menunjukkan, menyembunyikan atau mengalihkan apa-apa isyarat atau lampu di atas atau berhampiran dengan sesuatu keretapi; atau

Suggest a correction

(f)

melakukan atau menyebabkan dilakukan atau cuba melakukan apa-apa perbuatan atau benda lain berhubungan dengan sesuatu keretapi, dengan niat, atau dengan mengetahui bahawa dia berkemungkinan, menghalang pengerjaan keretapi itu, atau membahayakan keselamatan mana-mana orang yang membuat perjalanan dengan, atau yang berada di atas, keretapi itu, maka dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan

Keretapi 57

selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya.

Mencederakan atau cuba mencederakan dengan niat jahat orang yang membuat perjalanan dengan tren

Suggest a correction

Seksyen 67

Open as pageSuggest a correction

Jika mana-mana orang dengan menyalahi undang-undang melemparkan atau menyebabkan terjatuh atau terketuk apa-apa kayu, batu atau bahan atau benda lain pada, ke arah, ke dalam, atau ke atas mana-mana stokereta yang membentuk sebahagian daripada suatu tren dengan niat, atau dengan mengetahui bahawa dia berkemungkinan, membahayakan keselamatan mana-mana orang yang berada di dalam atau di atas stokereta itu atau di dalam atau di atas mana-mana stokereta lain yang membentuk sebahagian daripada tren yang sama, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 68

Penalti kerana menyebabkan tren berhenti

Open as pageSuggest a correction

Jika mana-mana orang yang bukan seorang pegawai keretapi, tanpa alasan yang munasabah, dengan membuat apa-apa pergerakan atau menunjukkan apa-apa isyarat atau selainnya, menyebabkan tren yang sedang bergerak berhenti, maka dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 69

Penalti kerana perbuatan atau peninggalan sengaja yang membahayakan penumpang

Open as pageSuggest a correction

Sesiapa jua pun yang dengan sengaja melakukan apa-apa perbuatan, atau dengan sengaja meninggalkan apa-apa perbuatan yang dia terikat di sisi undang-undang untuk melakukan, berniat melalui perbuatan atau peninggalan itu untuk menyebabkan atau mengetahui bahawa dengan yang demikian dia berkemungkinan

58 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

menyebabkan keselamatan mana-mana orang yang membuat perjalanan dengan atau yang berada di atas keretapi itu dibahayakan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 70

Penalti kerana perbuatan cuai

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang dengan gopoh atau dengan cuai, dan tanpa alasan sah, melakukan apa-apa perbuatan yang berkemungkinan membahayakan keselamatannya sendiri atau keselamatan mana-mana orang yang membuat perjalanan dengan atau yang berada di atas sesuatu keretapi, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Membuat pernyataan palsu, dsb.

Seksyen 71

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang, apabila memberikan apa-apa maklumat atau membuat apa-apa permohonan di bawah atau bagi maksud mana-mana peruntukan Akta ini, membuat apa-apa pernyataan yang diketahuinya palsu dalam suatu butir material, atau yang dengan melulu membuat apa-apa pernyataan yang palsu dalam suatu butir material, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit.

Penalti kerana pelanggaran Akta atau peraturan-peraturan yang baginya tiada penalti khas diperuntukkan

Seksyen 72

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya melakukan suatu kesalahan dan, jika tiada penalti lain diperuntukkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu

Keretapi 59

ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 73

Tugas di sisi undang-undang pegawai keretapi

Open as pageSuggest a correction

Tiap-tiap pegawai keretapi hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk melakukan segala jua yang perlu untuk atau yang berfaedah bagi keselamatan orang awam, dan tiap-tiap pegawai sedemikian adalah dilarang di sisi undang-undang daripada melakukan apa-apa perbuatan yang berkemungkinan menyebabkan bahaya.

Seksyen 74

Penangkapan pesalah

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang didapati melakukan atau cuba melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya boleh ditangkap, tanpa waran, oleh mana-mana pegawai keretapi atau oleh mana-mana pegawai polis atau oleh mana-mana orang lain yang boleh dipanggil oleh pegawai keretapi atau pegawai polis itu untuk membantunya, dan tiap-tiap orang yang ditangkap sedemikian hendaklah, dengan seberapa segera yang patut, dibawa ke balai polis yang berhampiran supaya dapat diuruskan mengikut undang-undang:

Dengan syarat bahawa seorang pegawai keretapi tidak boleh melakukan apa-apa tangkapan sedemikian di luar premis keretapi.

Seksyen 75

Mendapatkan kembali tambang, caj atau ganti rugi

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh menahan pendapatan kembali apa-apa tambang, caj, ganti rugi, perbelanjaan atau apa-apa jua pun jumlah wang lain yang mungkin menjadi kena dibayar oleh mana-mana orang kepada syarikat keretapi melalui suatu tuntutan sivil di hadapan suatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa sivil.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

Suggest a correction

Seksyen 76

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika hal ehwal sesuatu pertubuhan perbadanan diuruskan oleh anggotanya, subseksyen (1) hendaklah terpakai berhubungan dengan perbuatan dan keingkaran seseorang anggota berkaitan dengan fungsi pengurusannya seolah-olah dia adalah pengarah pertubuhan perbadanan itu.

Mengkompaun kesalahan

Suggest a correction

Seksyen 77

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua

Pengarah boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan kesalahan yang boleh dikompaunkan dan cara dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan itu.

Pendakwaan

Suggest a correction

Seksyen 78

Keretapi 61

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya adalah berkompeten untuk menjalankan suatu pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya di hadapan mana-mana mahkamah.

Bahagian X

BAHAGIAN X

PENGGANTUNGAN ATAU PEMBATALAN LESEN

Seksyen 79

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika apabila habis tempoh yang ditetapkan dalam notis itu, syarikat keretapi itu gagal mematuhi syarat yang tersebut di dalamnya, Ketua Pengarah hendaklah mengemukakan kepada

Menteri suatu laporan mengenai kegagalan syarikat keretapi itu dan laporan itu hendaklah dalam bentuk yang didapati sesuai oleh Ketua

Pengarah.

Suggest a correction

(3)

Jika, selepas menimbangkan laporan daripada

Ketua

Pengarah, Menteri berpuas hati bahawa pelanggaran itu, atau pelanggaran yang dibimbangkan itu adalah, bersifat serius atau menjejaskan atau berkemungkinan menjejaskan kepentingan atau keselamatan awam, dan bahawa syarikat keretapi itu telah enggan

62 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

mengambil atau telah tidak mengambil segala langkah yang ternyata kepada Menteri adalah perlu bagi maksud memastikan pematuhan syarat yang berkenaan, Menteri boleh memberi syarikat keretapi itu notis yang menyatakan bahawa dia bercadang untuk menggantungkan atau membatalkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, lesen syarikat keretapi itu dan notis sedemikian hendaklah juga menetapkan atau menyatakan—

(a)

syarat lesen yang telah dilanggar oleh syarikat itu dan perbuatan atau peninggalan yang membentuk pelanggaran itu; dan

Suggest a correction

(b)

tempoh (yang tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh notis itu) yang dalam mana syarikat keretapi itu boleh membuat representasi mengenai penggantungan atau pembatalan yang dicadangkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis itu dan menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh syarikat keretapi,

Menteri hendaklah memutuskan sama ada untuk meneruskan tindakan yang dicadangkan itu atau tidak mengambil apa-apa tindakan lanjut.

Suggest a correction

(5)

Suatu notis hendaklah diberikan oleh Menteri kepada syarikat keretapi itu mengenai keputusannya dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang notis tersebut disampaikan kepada syarikat itu.

Suggest a correction

(6)

Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad dan konklusif.

Tindakan Menteri dalam hal keadaan tertentu

Suggest a correction

Seksyen 80

Open as pageSuggest a correction

(a)

memperuntukkan bagi Ketua Pengarah mengambil alih kawalan ke atas keseluruhan harta, perniagaan dan hal ehwal syarikat keretapi itu, dan menjalankan keseluruhan perniagaan dan hal ehwalnya, atau untuk mengambil alih kawalan ke atas sekian bahagian harta, perniagaan dan hal ehwalnya dan menjalankan sekian bahagian perniagaan dan hal ehwalnya, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, atau memperuntukkan bagi Ketua Pengarah melantik mana-mana orang untuk berbuat demikian bagi pihak Ketua

Pengarah dan memperuntukkan bagi kos dan perbelanjaan Ketua Pengarah, atau saraan orang yang dilantik sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, supaya kena dibayar daripada kumpulan wang dan harta syarikat itu sebagai gadaian pertama ke atasnya;

Suggest a correction

(b)

sama ada atau tidak suatu perintah telah dibuat di bawah perenggan (a), membenarkan suatu permohonan yang hendaklah dibuat oleh

Ketua

Pengarah kepada

Mahkamah Tinggi untuk melantik seseorang penerima atau pengurus untuk menguruskan keseluruhan perniagaan, hal ehwal dan harta syarikat keretapi itu, atau sekian bahagiannya sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, dan bagi segala perintah atau arahan

Mahkamah Tinggi yang sampingan, tambahan atau berbangkit berhubungan dengan perlantikan itu sebagaimana yang didapati perlu atau suai manfaat oleh

Ketua Pengarah.

Suggest a correction

(2)

Suatu perintah Menteri di bawah subseksyen (1) boleh, dari semasa ke semasa, diubah suai, dipinda, diubah pinda, diubah atau digantikan sama ada secara prospektif, atau jika ia praktik atau adil untuk berbuat demikian, secara retrospektif, melalui suatu perintah lanjut di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(3)

Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau subseksyen (2) boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan melalui suatu perintah yang dibuat seumpamanya oleh Menteri dan apa-apa perintah sedemikian boleh mengandungi segala perintah,

64 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

arahan atau peruntukan yang bersifat sampingan, tambahan atau berbangkit sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Menteri.

Peruntukan yang berhubungan dengan pelantikan di bawah seksyen 80

Suggest a correction

Seksyen 81

Keretapi 63

Open as pageSuggest a correction

(2)

Terma dan syarat pelantikan yang disebutkan dalam subseksyen (1) hendaklah, tertakluk kepada perintah yang di bawahnya pelantikan itu dibuat dan kepada subseksyen (1), ditentukan oleh Ketua Pengarah dan hendaklah mengikat syarikat keretapi yang berkenaan.

Suggest a correction

(3)

Seseorang yang memegang mana-mana pelantikan sebagaimana yang disebutkan dalam subseksyen (1) tidaklah melakukan apa-apa obligasi atau liabiliti semata-mata disebabkan dia memegang pelantikan sedemikian.

Suggest a correction

(4)

Jika seorang penerima atau pengurus telah dilantik berkenaan dengan sesuatu syarikat keretapi oleh Mahkamah Tinggi di bawah perenggan 80(1)(b), segala kos, caj dan perbelanjaan yang sepatutnya, termasuklah saraan penerima atau pengurus itu, hendaklah kena dibayar daripada aset syarikat keretapi itu dengan diberi keutamaan daripada segala tuntutan lain.

Peruntukan yang berhubungan dengan pengambilalihan kawalan di bawah seksyen 80

Suggest a correction

Seksyen 82

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika kawalan ke atas sesuatu syarikat keretapi telah diambil alih menurut perintah di bawah seksyen 80, Ketua Pengarah atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terus mempunyai kawalan ke atas harta, perniagaan dan hal ehwal syarikat keretapi yang berkenaan, dan menjalankan perniagaan dan hal ehwal syarikat itu atas nama dan bagi pihak syarikat itu, sebagaimana yang diperuntukkan dalam perintah tersebut, sehinggalah suatu masa apabila perintah tersebut dibatalkan di bawah subseksyen 80(3).

Suggest a correction

(3)

Di sepanjang tempoh kawalan sesuatu syarikat keretapi menurut perintah di bawah seksyen 80, hendaklah terletak hak pada

Ketua Pengarah atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana berkenaan, segala kuasa syarikat itu dan pengarahnya, di bawah dokumen konstituen syarikat itu atau yang boleh dijalankan oleh syarikat itu atau pengarahnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau dengan cara apa sekalipun selainnya, tidak kira sama ada kuasa itu boleh dijalankan melalui ketetapan, ketetapan khas, atau mengikut apa-apa jua pun cara lain, dan apa-apa jua pun kesulitan yang berbangkit berhubungan dengannya boleh diselesaikan oleh

Menteri melalui arahan bertulis.

Suggest a correction

(4)

Dalam tempoh yang suatu perintah di bawah seksyen 80

sedang berkuat kuasa, tiada pengarah syarikat keretapi yang dimaksudkan oleh perintah itu boleh, sama ada secara langsung atau tidak langsung, melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti berhubungan dengan syarikat itu, kecuali sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Ketua Pengarah atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan tiada saraan daripada apa jua pun jenis boleh terakru atau menjadi kena dibayar kepada mana-mana pengarah syarikat itu, kecuali sebagaimana yang diluluskan secara

66 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

bertulis oleh Ketua Pengarah atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, berhubungan dengan apa-apa aktiviti yang dikehendaki atau dibenarkan seperti yang disebut terdahulu oleh

Ketua Pengarah atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Suggest a correction

(5)

Bagi mengelakkan keraguan, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 80 tidak berkuat kuasa untuk memberi kepada, atau meletakhakkan pada,

Ketua Pengarah atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, apa-apa hak milik bagi, atau apa-apa kepentingan benefisial dalam, mana-mana harta syarikat keretapi yang dimaksudkan oleh perintah itu.

Suggest a correction

Bahagian XI

BAHAGIAN XI

Seksyen 83

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya bagi maksud itu, boleh bagi maksud Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, memasuki mana-mana keretapi atau premis keretapi untuk memeriksa dan meneliti keadaan keretapi atau premis keretapi itu.

Penyelesaian perselisihan di antara syarikat keretapi berkenaan dengan pengurusan trafik bersama

Seksyen 84

Open as pageSuggest a correction

Jika dua atau lebih syarikat keretapi, yang keretapi masing-masing mempunyai satu terminal yang sama atau suatu bahagian daripada jalan perhubungan keretapi yang sama, tidak dapat bersetuju mengenai perkiraan bagi menguruskan, di terminal yang sama itu atau di tempat persimpangan di antaranya, keselamatan trafik bersama mereka, maka Ketua Pengarah, atas permohonan salah satu atau mana-mana syarikat itu, boleh memutuskan perkara yang dipertikaikan di antara mereka, setakat yang perkara itu berhubungan dengan keselamatan orang awam, dan boleh menentukan sama ada

Keretapi 67

keseluruhan atau sekian kadar perbelanjaan yang terlibat dalam perkiraan itu hendaklah ditanggung oleh salah satu atau mana-mana syarikat itu masing-masingnya.

Seksyen 85

Pengemukaan memorandum bagi apa-apa pertukaran pada struktur tambang, dsb., yang sedia ada

Open as pageSuggest a correction

(2)

Syarikat keretapi itu hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, menyiarkan pertukaran struktur tambang, kadar atau caj yang sedia ada itu dalam sekurang-kurangnya dua akhbar tempatan, salah satunya hendaklah dalam bahasa kebangsaan.

Suggest a correction

(3)

Ketua Pengarah hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, membuat pemberitahuan yang perlu dalam Warta berkenaan dengan pertukaran struktur tambang, kadar atau caj yang sedia ada itu.

Kuasa khas semasa darurat

Suggest a correction

Seksyen 86

Open as pageSuggest a correction

(a)

mengambil milikan sementara akan mana-mana keretapi atau perkhidmatan atau kemudahan keretapi yang diadakan, disenggarakan atau dikerjakan oleh sesuatu syarikat keretapi;

68 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

Suggest a correction

(b)

menarik balik, sama ada sebahagiannya atau keseluruhannya, penggunaan apa-apa perkhidmatan atau kemudahan keretapi daripada mana-mana orang atau golongan orang atau daripada orang awam pada umumnya.

Suggest a correction

(2)

Jika apa-apa keraguan berbangkit mengenai kewujudan sesuatu darurat awam atau sama ada apa-apa tindakan yang dilakukan di bawah subseksyen (1) adalah demi kepentingan ketenteraman atau keselamatan awam, suatu perakuan yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan

Agong dan dipamerkan di mana-mana tempat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri hendaklah menjadi bukti konklusif mengenai hal itu.

Suggest a correction

(3)

Jika Kerajaan mengambil milik mana-mana keretapi atau perkhidmatan atau kemudahan keretapi di bawah perenggan (1)(a),pampasan mencukupi hendaklah dibayar.

Sekatan mengenai pelaksanaan terhadap harta keretapi

Suggest a correction

Seksyen 87

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh ditafsirkan sebagai menyentuh kuasa mana-mana mahkamah untuk menahan pendapatan sesuatu syarikat keretapi untuk pelaksanaan sesuatu penghakiman atau perintah.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

Suggest a correction

Seksyen 88

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat—

(a)

untuk memastikan dan mengawal selia pembawaan selamat penumpang dan barang oleh mana-mana syarikat keretapi;

Suggest a correction

(b)

untuk mengawal selia penggunaan dan penyenggaraan selamat premis keretapi;

Suggest a correction

(c)

untuk menetapkan apa yang hendak disifatkan sebagai barang merbahaya atau memudaratkan dan pengawalseliaan pembawaan barang sedemikian;

Suggest a correction

(d)

untuk menetapkan caj maksimum yang kena dibayar bagi membawa penumpang dan barang oleh mana-mana syarikat keretapi;

Suggest a correction

(e)

untuk menetapkan apa yang hendak disifatkan sebagai penyakit berjangkit atau menular dan untuk mengawal selia syarat yang di bawahnya syarikat keretapi boleh membawa orang atau haiwan yang mengalami penyakit berjangkit atau menular itu, dan untuk mengadakan peruntukan mengenai disinfeksi koc yang telah digunakan oleh orang atau haiwan itu;

Suggest a correction

(f)

untuk mengawal selia pembinaan dan penyenggaraan keretapi dan pelintasan atau cara menghampiri mana-mana jalan awam atau jalan besar oleh sesuatu tren;

Suggest a correction

(g)

untuk mengadakan peruntukan bagi pencegahan pencerobohan, kacau ganggu atau galangan ke atas, atau kerosakan atau kecacatan kepada, sesuatu keretapi;

Suggest a correction

(h)

untuk mengadakan peruntukan bagi pengekalan dan penggalakan ketertiban, kesucian dan kebersihan di atas sesuatu keretapi;

70 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

Suggest a correction

(i)

untuk menetapkan borang dan tatacara yang berhubungan dengan pendaftaran pemandu tren dan mana-mana orang lain yang diamanahkan dengan penjagaan, pengawalan atau pengendalian keretapi dan untuk menetapkan kelayakan minimum yang perlu dimiliki oleh orang itu; dan

Suggest a correction

(j)

untuk menetapkan standard dan spesifikasi minimum berkenaan dengan reka bentuk, pembinaan dan penyenggaraan get atau sawar sesuatu lintasan rata kerja dan untuk mengawal selia penggunaan lintasan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian XII

BAHAGIAN XII

PERBADANAN ASET KERETAPI DAN HARTA KERETAPI

Suggest a correction

Penubuhan, keanggotaan dan fungsi Perbadanan Aset Keretapi

Seksyen 89

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perbadanan hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:

(a)

seorang wakil Kementerian Pengangkutan;

Keretapi 71

Suggest a correction

(e)

Pengurus AsetKeretapi yang hendaklah menjadi anggota ex officio; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Menteri hendaklah melantik seorang daripada kalangan anggota Perbadanan untuk menjadi Pengerusi.

Suggest a correction

(4)

Jika Pengerusi tidak dapat hadir di mana-mana mesyuarat

Perbadanan oleh sebab sakit, ketidakupayaan atau apa-apa sebab lain, maka Menteri boleh melantik mana-mana anggota lain sebagaimana yang difikirkannya patut untuk mempengerusikan mesyuarat dan anggota tersebut bolehlah menjalankan semua kuasa Pengerusi berkenaan dengan mesyuarat itu.

Suggest a correction

(5)

Pengerusi dan empat orang anggota lain hendaklah membentuk kuorum di sesuatu mesyuarat Perbadanan.

Suggest a correction

(6)

Jika, mengenai apa-apa soal yang hendak diputuskan, terdapat undi yang sama banyak, maka Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

Suggest a correction

(7)

Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi Perbadanan.

Suggest a correction

(8)

Fungsi Perbadanan adalah—

(a)

untuk mengurus, mentadbir dan menyenggarakan—

Suggest a correction

(i)

segala harta dan hak Pentadbiran Keretapi Tanah

Melayu di bawah Ordinan termansuh yang menurut kuasa seksyen 92 adalah terletak hak pada Perbadanan;

72 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

(ii)

segala harta yang terletak hak pada, atau dipegang atau diperoleh oleh Pesuruhjaya Tanah

Persekutuan di bawah Ordinan termansuh yang menurut kuasa seksyen 93 adalah terletak hak pada Perbadanan, dan untuk mengurus dan mentadbirkan segala liabiliti berkenaan dengannya;

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

mengusahakan projek bagi pemajuan atau pemajuan semula mana-mana infrastruktur atau kemudahan keretapi; dan

Suggest a correction

(c)

untuk menjalankan dan melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri di bawah Akta ini.

Pelantikan Pengurus Aset Keretapi

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 90

Open as pageSuggest a correction

(2)

Maka hendaklah dibayar kepada Pengurus Aset Keretapi apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.

Kuasa Menteri untuk memberi arahan

Suggest a correction

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Pada menjalankan mana-mana arahan Menteri di bawah subseksyen (1), Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau yang Keretapi 73 semunasabahnya perlu atau bersampingan dengan penunaian fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan apa yang disebut terdahulu, hendaklah mempunyai kuasa—

(a)

untuk menerima bantuan atau pemberian kewangan daripada Kerajaan Persekutuan atau mana-mana orang lain atau selainnya dengan kelulusan Menteri Kewangan untuk meminjam wang daripada mana-mana institusi kewangan atau orang lain dan berkaitan dengannya untuk mengadakan apa-apa cagaran sebagaimana yang difikirkannya sesuai;

Suggest a correction

(b)

dengan kelulusan Menteri Kewangan, untuk memberi bantuan kewangan kepada mana-mana syarikat keretapi yang dinamakan oleh Menteri, termasuk subsidiari syarikat itu, bagi menjalankan mana-mana projek yang berhubungan dengan pengadaan kemudahan dan perkhidmatan keretapi; dan

Suggest a correction

(c)

dengan kelulusan Menteri Kewangan, untuk membuat apa-apa perkiraan bagi perkongsian keuntungan, penyatuan kepentingan, kerjasama atau usaha sama dengan mana-mana syarikat keretapi yang dinamakan oleh Menteri atau mana-mana orang lain atau kumpulan orang atau untuk menubuhkan atau menggalakkan penubuhan dan perkembangan syarikat di bawah Akta

Syarikat 1965 [Akta 125].

Pembubaran

Pentadbiran

Keretapi

Tanah

Melayu dan peletakhakan hartanya pada Perbadanan

Suggest a correction

Seksyen 92

Open as pageSuggest a correction

(2)

Segala harta, hak dan liabiliti Pentadbiran Keretapi Tanah

Melayu di bawah Ordinan termansuh hendaklah, apabila mula berkuat kuasanya Akta ini, terletak hak pada Perbadanan tanpa apa-apa jua pun pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan dan segala sebutan mengenai “Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu”,

74 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

“Keretapi Tanah Melayu”, atau “Pengurus Besar, Keretapi Tanah

Melayu” berhubungan dengan mana-mana harta dalam apa-apa surat cara, surat ikatan, hak milik, dokumen atau undang-undang bertulis hendaklah ditafsirkan seolah-olah segala sebutan sedemikian adalah sebutan mengenai “Perbadanan Aset Keretapi”.

Peletakhakan harta pada Perbadanan

Suggest a correction

Seksyen 93

Open as pageSuggest a correction

Segala harta yang terletak hak pada, dipegang atau diperoleh oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di bawah Ordinan termansuh hendaklah terletak hak pada Perbadanan di bawah Akta ini tanpa apa-apa jua pun pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan bagi hak milik, estet, atau kepentingan yang serupa dan selama pemegangan serupa sebagaimana ia telah terletak hak atau dipegang sebelum sahaja mula berkuat kuasa Akta ini dan segala sebutan mengenai “Pesuruhjaya Tanah Persekutuan” berhubungan dengan mana-mana harta dalam apa-apa surat cara, surat ikatan, hak milik, dokumen atau undang-undang bertulis hendaklah ditafsirkan seolah-olah segala sebutan sedemikian adalah sebutan mengenai

“Perbadanan Aset Keretapi”.

Peletakhakan harta yang, terletak di

Singapura pada

Seksyen 94

Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Segala harta yang terletak di Singapura dan yang terletak hak pada, dipegang atau telah diperoleh oleh Pesuruhjaya Tanah

Persekutuan di bawah Ordinan termansuh hendaklah masih terletak hak pada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di bawah Akta ini.

Keretapi 75

Liabiliti boleh dikuatkuasakan terhadap Perbadanan atau

Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

Suggest a correction

Seksyen 95

Open as pageSuggest a correction

Segala liabiliti sedia ada yang dilakukan oleh atau bagi pihak atau bagi maksud Keretapi Tanah Melayu boleh dikuatkuasakan terhadap Perbadanan atau Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Seksyen 96

Pelantikan pegawai, dsb., Perbadanan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perbadanan boleh, dari semasa ke semasa, mengguna khidmat dan membayar ejen dan penasihat teknik, termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur, penilai dan orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan dalam melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya atau menunaikan kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik.

Suggest a correction

(3)

Seseorang pegawai atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Perbadanan hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan

Perbadanan.

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

Suggest a correction

Seksyen 97

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]

Open as pageSuggest a correction

hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Perbadanan atau terhadap mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan berkenaan dengan mana-mana tindakan, keabaian atau kemungkiran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat itu.

76 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

Seksyen 98

Penubuhan Kumpulan Wang Perbadanan Aset Keretapi

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Kerajaan

Persekutuan dari semasa ke semasa bagi maksud

Perbadanan di bawah Bahagian ini;

Suggest a correction

(b)

apa-apa jumlah wang yang disedia adakan dari semasa ke semasa bagi Perbadanan melalui pinjaman; dan

Suggest a correction

(c)

wang yang didapatkan atau yang berbangkit daripada apa-apa jualan harta atau apa-apa urus niaga lain yang berhubungan dengan harta atau pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Perbadanan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh

Perbadanan bagi melaksanakan peruntukan Bahagian ini, dan saraan bagi pegawai dan pekhidmat yang dilantik dan diambil kerja oleh

Perbadanan, termasuk elaun persaraan, pencen atau ganjaran.

Suggest a correction

(4)

Perbelanjaan Perbadanan sehingga suatu amaun yang dibenarkan oleh Menteri Kewangan, selepas berunding dengan

Menteri, bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada

Kumpulan Wang.

Suggest a correction

(5)

Sebelum bermulanya setiap tahun kewangan, Perbadanan hendaklah mengemukakan kepada Menteri Kewangan suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi projek pemajuan) bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butiran sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri Kewangan, dan Menteri Kewangan hendaklah, selepas berunding dengan

Menteri, sebelum bermulanya tahun yang berikut itu, memberitahu

Perbadanan mengenai amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan

Keretapi 77

secara amnya atau mengenai amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan.

Suggest a correction

(6)

Perbadanan boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan kepada Menteri Kewangan suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri Kewangan boleh, selepas berunding dengan Menteri, membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan itu.

Ketidaklayakan untuk diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat Perbadanan

Suggest a correction

Seksyen 99

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan yang mempunyai atau memperoleh apa-apa syer atau kepentingan sedemikian boleh menurut budi bicara Perbadanan dibuang kerja.

Suggest a correction

(3)

Jika mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan pada masa pelantikannya sebagai pegawai atau pekhidmat sedemikian telah pun mempunyai atau mengawal apa-apa syer atau kepentingan dalam mana-mana harta yang, terkemudian daripada pelantikannya sebagai pegawai atau pekhidmat sedemikian, dimasukkan atau diniatkan untuk dimasukkan dalam mana-mana kontrak atau kontrak dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Perbadanan, maka dia hendaklah mendedahkan perkara itu kepada Perbadanan secara bertulis.

Akaun teraudit, penyata, laporan, akaun dan maklumat

Suggest a correction

Seksyen 100

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perbadanan hendaklah memberi Menteri segala penyata, laporan, akaun dan maklumat mengenai harta dan aktivitinya sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa.

Suggest a correction

(3)

Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan subseksyen (1),

Perbadanan hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantarkan kepada Menteri suatu laporan mengenai aktiviti

Perbadanan dalam tahun kewangan yang sebelumnya dan dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan polisi Perbadanan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

Kuasa untuk membuang kerja pegawai dan pekhidmat dan menyelesaikan soalan tentang saraan, dsb., mereka

Suggest a correction

Seksyen 101

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tertakluk kepada apa-apa kaedah yang dibuat di bawah

Bahagian ini, Perbadanan boleh mewakilkan kuasanya untuk menjalankan kawalan tatatertib ke atas pegawai dan pekhidmat

Perbadanan kepada Pengurus Aset Keretapi kecuali kuasanya untuk membuang kerja mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan.

Kaedah-kaedah yang menentukan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat

Suggest a correction

Seksyen 102

Perbadanan boleh, dengan persetujuan Jabatan Perkhidmatan

Open as pageSuggest a correction

Awam dan Perbendaharaan, dari semasa ke semasa, membuat kaedah-kaedah berkenaan dengan terma dan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat Perbadanan termasuk kaedah-kaedah untuk mengadakan peruntukan mengenai tatatertib pegawai dan pekhidmat

Perbadanan.

Keretapi 79

Seksyen 103

Perbadanan boleh melupuskan harta tak alih yang terletak hak padanya

Open as pageSuggest a correction

Perbadanan boleh menjual, memindahhakkan, memindahkan, memajakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadai janjikan, menggadaikan, memindahhakkan semula, menyerahhakkan semula, atau selainnya mengurusniagakan mana-mana harta tak alih yang disebut dalam seksyen 93 atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.

Seksyen 104

Tanah awam tertentu disifatkan sebagai rizab keretapi

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perizaban tanah bagi maksud awam—

(a)

semua tanah Negeri yang pada mula berkuat kuasanya

Ordinan termansuh telah diduduki, atau di bawah kawalan, atau digunakan bagi maksud, Keretapi Tanah

Melayu, hendaklah disifatkan sebagai rizab keretapi di bawah Akta ini sama ada atau tidak apa-apa perizaban nyata telah disiarkan berkenaan dengannya; dan

Suggest a correction

(b)

semua tanah yang disifatkan sebagai rizab keretapi di bawah seksyen 16 atau 17 Ordinan termansuh hendaklah terus disifatkan sebagai rizab keretapi di bawah Akta ini.

Suggest a correction

Bahagian XIII

BAHAGIAN XIII

PEMANSUHAN DAN KECUALIAN

Seksyen 105

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), semua perundangan subsidiari yang dibuat di bawah atau mengikut Ordinan termansuh hendaklah, setakat yang perundangan subsidiari itu selaras dengan Akta ini, terus

80 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

berkuat kuasa sehinggalah dipinda, dibatalkan atau digantikan oleh

Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Kecuali setakat yang diperuntukkan dengan nyata sebaliknya, tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh—

(a)

menyentuh penguatkuasaan terdahulu, atau apa-apa jua yang dilakukan atau dibiarkan dengan sewajarnya di bawah Ordinan termansuh; dan

Suggest a correction

(b)

menyentuh apa-apa hak, hak milik, kepentingan, kebebasan, keistimewaan, obligasi atau liabiliti yang diperoleh, terakru atau dilakukan di bawah Ordinan termansuh.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Segala sewa yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa pajakan rizab keretapi yang diberikan di bawah peruntukan Ordinan termansuh hendaklah, apabila mula berkuat kuasanya Akta ini, dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

Kuasa

Menteri untuk membuat peruntukan peralihan tambahan, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 106

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, melalui peraturan-peraturan, membuat apa-apa peruntukan yang didapatinya perlu atau suai manfaat bagi maksud menghapuskan apa-apa kesusahan yang disebabkan oleh mula berkuat kuasanya Akta ini, dan mana-mana peraturan sedemikian boleh dibuat supaya mempunyai kuat kuasa mulai dari tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini.

Keretapi 81

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

(Subseksyen 89(7))

Pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan

1. (1)

Tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, seseorang anggota Perbadanan hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan adalah layak dilantik semula.

(2)

Pelantikan mana-mana anggota boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh

Menteri.

(3)

Seseorang anggota boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan mengutus surat kepada Menteri.

(4)

Tiap-tiap anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan

Perbadanan sebanyak yang perlu bagi menunaikan kewajipannya dengan berkesan.

Pengosongan jawatan

2. (1)

Jawatan seseorang anggota Perbadanan hendaklah menjadi kosong—

(a)

jika dia mati;

(b)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;

(c)

jika dia menjadi bankrap;

(d)

jika dia tidak sempurna akal atau, kerana apa-apa sebab lain, tidak berupaya menunaikan kewajipannya;

(e)

jika dia tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Perbadanan;

82 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

(f)

sekiranya peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau

(g)

jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.

(2)

Jika mana-mana orang terhenti menjadi anggota oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seorang lain hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut peruntukan yang berkenaan.

Saraan atau elaun

3. Maka hendaklah dibayar kepada anggota Perbadanan apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Mesyuarat

4. (1)

Perbadanan hendaklah bermesyuarat sebagaimana dan apabila dikehendaki.

(2)

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Perbadanan hendaklah menetapkan tatacaranya sendiri.

Perbadanan boleh mengundang orang lain menghadiri mesyuarat

5. Perbadanan boleh meminta mana-mana orang (yang bukan anggota

Perbadanan) menghadiri mana-mana mesyuarat atau perbincangan Perbadanan bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak mengundi dalam mesyuarat atau perbincangan itu.

Penzahiran kepentingan

6. Seseorang anggota Perbadanan yang, secara langsung atau tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau usaha yang dengannya Perbadanan bercadang hendak membuat apa-apa kontrak atau yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Perbadanan hendaklah menzahirkan hakikat dan jenis kepentingannya itu kepada Perbadanan, dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit Perbadanan dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus olehPengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa perbincangan atau keputusan Perbadanan yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu.

Keretapi 83

Minit

7. Perbadanan hendaklah menyebabkan minit segala mesyuarat disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.

84

Akta 463

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A1377

Akta Keretapi (Pindaan) 2010

15-09-2010

_____________

85

Akta 463

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

1

2

4

7

66

89

Akta A1377

Akta A1377

Akta A1377

Akta A1377

Akta A1377

Akta A1377

15-09-2010

15-09-2010

15-09-2010

15-09-2010

15-09-2010

15-09-2010

__________

Common questions

What is AKTA KERETAPI 1991?
*AKTA KERETAPI 1991 is Malaysia Act, cited as Act 463 1991, currently marked in force and first recorded in 1991.
Is AKTA KERETAPI 1991 still in force?
Yes — AKTA KERETAPI 1991 is currently in force.
When did AKTA KERETAPI 1991 take effect?
AKTA KERETAPI 1991 was first recorded in 1991.
How many sections does AKTA KERETAPI 1991 have?
AKTA KERETAPI 1991 contains 106 sections.
Where can I read the official version of AKTA KERETAPI 1991?
The official text of AKTA KERETAPI 1991 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA KERETAPI 1991 (No. 463) | mylaw.my